Kalangan penduduk di bandar ini yakin Seremban mampu menarik lebih banyak pelaburan sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi serta menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan apabila diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Jan 2020.
Pekerja swasta, Nurul Haryani Hasrol, 23, berkata status Seremban yang dinaik taraf menjadi bandar raya dilihat akan merancakkan aktiviti ekonomi serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutamanya kepada generasi muda.
"Di Seremban terdapat banyak kawasan perindustrian dan kompleks pentadbiran yang menjadi tumpuan anak muda untuk mencari peluang pekerjaan.
"Apabila berstatus bandar raya, saya percaya ia bakal mempengaruhi kedatangan pelabur ke negeri ini khususnya ke Seremban. Pengisytiharan ini tepat pada masanya di saat suasana ekonomi yang tidak menentu serta cabaran peluang pekerjaan," katanya kepada Bernama di sini, pada Ahad.
Pelajar universiti tempatan, Nurul Izzah Azizah Samsuddin, 18, berkata status bandar raya itu perlulah seiring dengan kemajuan teknologi seperti akses internet berkelajuan tinggi dan kemudahan internet percuma di beberapa lokasi tumpuan di Seremban.
"Kita tahu dalam mendepani Revolusi Industri 4.0 ia melibatkan teknologi dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan ia memerlukan jaringan internet yang meluas," katanya.
Penjawat awam Shahidan Mohd Adnan, 43, berkata Seremban merupakan sebuah bandar satelit yang strategik kerana berhampiran dengan Sepang, Selangor dan Kuala Lumpur.
"Pengisytiharan ini bakal merancakkan lagi pembangunan di negeri ini sekali gus mempengaruhi jumlah pertambahan penduduk dan kerajaan negeri harus bersedia daripada pelbagai aspek termasuk dari segi infrastruktur dalam mendepani perubahan-perubahan ini."
Aishah Nadirah Mohd Alauddin, 33, pula mahu masalah kesesakan lalu lintas dan masalah parkir di bandar ini dapat diselesaikan secara lebih efisien.
"Jadi saya harap infrastruktur lebih baik untuk memperbaiki aliran trafik dan masalah berkaitan di bandar ini," kata penjawat awam itu.
Pada 11 Dis lepas, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Seremban bakal diisytihar sebagai bandar raya pada 1 Jan 2020 dan pengisytiharan rasmi dijangka dilakukan pada 20 Jan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 29 2019

Penduduk berharap status bandar raya Seremban akan seiring dengan kemajuan teknologi seperti akses internet berkelajuan tinggi dan kemudahan internet percuma di beberapa lokasi tumpuan.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

IMF kekalkan ramalan pertumbuhan global 2024 pada 3.2 peratus, amaran ketegangan geopolitik
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Selasa mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi global bagi 2024 pada 3.2 peratus, selaras dengan ramalan terdahulu yang dibuat pada Julai.

Kestabilan politik bantu pemimpin Sarawak fokus kepada pembangunan - Abang Johari
Keadaan politik yang stabil menjadi antara ramuan utama yang membolehkan pemimpin di Sarawak memberikan tumpuan penuh kepada program pembangunan negeri itu.

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pergerakan di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Kenanga Research jangka harga resin stabil walaupun harga minyak mentah tinggi
Kenanga Research menjangkakan harga resin global akan kekal stabil sehingga 1HCY22.

MEF, SAMENTA setuju lanjutan PKP 3.0 perlu, harap langkah-langkah lebih efektif
Meskipun ia satu keperluan, kerajaan juga perlu memastikan langkah-langkah berkesan disediakan untuk menyokong majikan yang terkesan.

PKP: Tak perlu cap polis, hanya dua dokumen ini sahaja jika anda bekerja - MITI
Wujud kekeliruan dalam kalangan mereka yang bekerja tetapi terpaksa rentas daerah atau negeri, susulan larangan yang berkuat kuasa hari ini.

Sektor ekonomi di Selangor dibenar beroperasi mengikut SOP ditetapkan - MITI
MITI dalam satu kenyataan berkata SOP Am PKP 3.0 adalah berdasarkan SOP yang sedia ada kecuali 'dine-in' (makan di restoran), ia tidak dibenarkan.

Pasar malam di Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi
Pengoperasian ini dibenarkan setelah pihak penganjur dan peniaga bersetuju mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Kerajaan cuba sebaik mungkin elak pelaksanaan PKP sepenuhnya - MoF
Negara tidak mampu untuk menangani krisis ekonomi yang lebih serius dan berpanjangan.