KUANTAN: Menara Kuantan 188, tersergam megah di tebing Sungai Kuantan di sini, bukan hanya menjadi mercu baharu pengenalan bandar raya pertama Pahang, malah turut menukar suasana malam dan hujung minggu bandar Kuantan.
Sejak hari pertama dibuka secara rasmi pada 22 Feb, menara dengan reka bentuk menegak dan profil tirus melambangkan senjata Melayu lama iaitu lembing dan hujung bilah lembing - seperti di Jata Negeri Pahang - tidak putus menerima kunjungan pelawat yang mahu merasai pengalaman berada di menara tinjau kedua tertinggi di Malaysia dan juga menara tertinggi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Perasaan teruja melihat menara itu pada waktu siang, pasti bertambah ketika melihat Menara Kuantan 188 waktu malam, apabila menara yang dahulunya dikenali sebagai Menara Teruntum, bercahaya dilimpahi lampu berwarna sekali gus menghidupkan suasana sekitar Kuantan Waterfront.
Penggunaan lif kaca membolehkan pelancong disaji dengan pemandangan bandar raya Kuantan sehingga tiba di bahagian anjung menara, yang dibina dengan inspirasi daun dan bunga pokok Teruntum, dahulunya dikatakan banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan.
Bagi mereka yang mengikut 'trend bergambar untuk media sosial', sudah pasti rambang mata semasa memilih gambar untuk dimuat naik di akaun masing-masing kerana Menara Kuantan 188 menawarkan pemandangan 360 darjah bandar raya Kuantan, dengan setiap sudut menawarkan hasil akhir yang tidak mengecewakan.
BACA: Perubahan status Kuantan akan bawa banyak kesan positif - Muhyiddin
Perkara itu diakui oleh pekerja swasta Lee Chern Lai, 40, dengan berseloroh berkata dirinya bernasib baik kerana gambar kini boleh dirakam menggunakan telefon pintar dan kamera digital, atau 'mereka perlu membeli lebih banyak filem' kerana dia bersama lima rakan tidak berhenti merakam gambar kenangan sepanjang berada di situ.
"Bukan hanya gambar, malah kami juga merakam video untuk dimuat naik di akaun Facebook. Selain disebabkan teruja dengan reka bentuk menara, kami juga berharap rakan-rakan boleh merasai keseronokan kami berpeluang menjejak kaki di menara tertinggi di ECER.
"Ramai yang menekan tanda suka dan hati (love) pada gambar saya dan menyatakan tidak sabar untuk merasai pengalaman sama... gambar-gambar saya menjadi teaser kepada mereka yang tidak dapat ke sini kerana larangan merentas negeri buat masa ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Lee menambah, kedudukan menara itu juga 'sangat sesuai' kerana terdapat banyak lagi lokasi menarik berhampiran dengan berjalan kaki, seperti ke Kuantan Art Street, Taman Kerang, deretan kedai lama di Jalan Besar dan Kuantan Waterfront yang membolehkan pengunjung merakam gambar dengan arca gergasi 'KUANTAN' berwarna putih pada waktu siang sebelum bertukar warna dek limpahan lampu pada waktu malam.
Bagi mereka yang berani, Menara Kuantan 188 yang disempurnakan perasmiannya oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 21 Feb lepas, turut menawarkan peluang melakukan aktiviti skywalk, pendakian tiang serta terjunan bertali dari aras 104 meter, pertama seumpamanya di sini, apabila mula beroperasi kelak.
BACA: Agong mahu Kuantan jadi bandar raya unggul
Menara Kuantan 188 yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama kerajaan negeri Pahang mula dibina pada Ogos 2017 dan memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan pada November 2020 sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri sekitar Disember tahun lepas.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Baidzawi Che Mat berkata Menara Kuantan 188 akan melengkapi tarikan pelancongan lain memaparkan kekayaan sejarah, warisan, dan khazanah alam semula jadi di negeri Tok Gajah, khususnya di kawasan berhampiran, seperti Kuantan Waterfront yang dilihat bakal menjadi tarikan pelancong bagi tahun mendatang sekali gus merancakkan pembangunan sosioekonomi ECER khususnya di Pahang.
"Pembangunan projek Kuantan Waterfront adalah sebahagian daripada strategi keseluruhan ECERDC untuk merancakkan sektor pelancongan serta meningkatkan lagi minat pelabur ke kawasan sekitarnya dengan pelbagai aktiviti menarik berpotensi menjadi tarikan kepada warga tempatan dan luar negara. Secara langsung, ia akan menyumbang kepada peningkatan dalam kegiatan dan aktiviti pelancongan di kawasan ini," katanya.
Sementara itu, anak jati Kuantan, Badarudin Jaafar, 68, berkata dia tidak pernah terfikir sebuah menara dengan reka bentuk moden akan berdiri megah di tapak yang dahulunya adalah stesen bas dan gerai medan pelancong - antara lokasi kerap dikunjunginya semasa bergelar penjawat awam kerajaan negeri selama 32 tahun.
BACA: Daun, bunga pokok teruntum inspirasi reka bentuk anjung Menara Kuantan 188
Melihat gambar yang tular di media sosial, menyebabkan dia dan ahli keluarganya tidak sabar untuk ke menara itu namun 'terpaksa menahan diri' kerana tidak mahu bersesak pada hujung minggu sebelum niat untuk ke situ berjaya direalisasikan pada tengah hari Rabu, semasa majoriti masyarakat masih di tempat kerja.
"Lepas hajat untuk melihat pemandangan dari aras atas... memang cantik dan sayu juga bila dapat melihat bangunan tempat saya mencari rezeki sebelum ini dari atas. Apabila berada di atas, terbit juga rasa bangga dalam diri sebagai anak Pahang kerana kita sudah ada menara yang boleh dibanggakan," katanya.
Badaruddin juga berharap menara yang dinamakan sempena ketinggiannya itu, akan merancakkan lagi sektor pelancongan Kuantan dan membantu rakyat setempat termasuk nelayan, pengusaha produk hasil laut, pengusaha hotel dan inap desa serta peniaga kecil di daerah ini.
BACA: Agong berkenan rasmi Menara Kuantan 188, Jambatan Putra
Kuantan, menurut Badaruddin mempunyai pelbagai destinasi pelancongan menarik buat mereka yang mahukan 'lokasi lengkap' seperti bandar, perkampungan nelayan seperti di Beserah, pantai seperti Teluk Cempedak, Pantai Sepat, Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam serta alam sekitar seperti Hutan Lipur Sungai Pandan atau Air Terjun Pelangi di Sungai Lembing selain Zoo Mini Teruntum sesuai untuk kanak-kanak.
"Saya berharap selepas ini ada pihak boleh tampil dengan idea menaiki bot menyusuri Sungai Kuantan yang berpotensi menjadi aktiviti pilihan pelancong, seperti dibuat di tempat lain. Malah, ia juga boleh membuka ruang kepada pengusaha bot untuk menambah pendapatan," katanya.
Pelukis mural di Kuantan Art Street, Ahmad Fadzril Abdul Ruzsnan, 27, juga mengakui pembukaan Menara Kuantan 188 menjadikan lorong belakang deretan kedai di Jalan Besar di sini, yang menjadi 'kanvas seni mereka', menjadi tumpuan pelancong, termasuk pada hari bekerja.
Ahmad Fadzril secara bergurau berkata jika sebelum ini mereka berkarya dengan tenang untuk menyiapkan mural sepanjang 200 meter, namun kini mereka bekerja 'di bawah pemerhatian' pelancong kerana ramai akan berjalan kaki ke Kuantan Art Street selepas berkunjung ke Menara Kuantan 188, yang jaraknya kurang daripada 100 meter.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 08 2021

Kedudukan Menara Kuantan 188 'sangat sesuai' kerana terdapat banyak lokasi menarik berhampiran seperti Kuantan Art Street, Taman Kerang, deretan kedai lama di Jalan Besar dan Kuantan Waterfront. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kes bunuh peniaga wanita: Suspek disambung reman tujuh hari
Proses sambung reman itu dibuat selepas kes dirujuk kepada Majistret Nor Izzati Zakaria, berikutan tempoh remannya tamat hari ini.

Polis selamatkan remaja perempuan dilarikan lelaki warga China di Kuantan
Polis Johor menahan seorang lelaki warga China dan berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai dilarikannya, di Kuantan, Pahang, semalam.

JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.

Pegawai agensi kerajaan negeri antara ditahan SPRM lindungi kegiatan punggah keluar hasil galian
Seorang pegawai agensi kerajaan negeri antara tiga individu ditahan dalam serbuan oleh SPRM kerana disyaki terbabit rasuah bagi melindungi kegiatan memunggah keluar hasil galian.

Lima individu termasuk kerabat diraja Pahang didakwa cederakan lelaki
Lima individu, termasuk seorang kerabat diraja Pahang, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki pada Jun lalu.

Mangsa teruja turun cari kepah sebelum hilang - Rakan
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang di muara Sungai Balok, Kuantan pada Sabtu ketika sedang mencari kepah.

Dua penuntut Polisas maut motosikal hilang kawalan
Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mangsa berusia 20 tahun itu dari arah Kuantan menghala ke arah Taman Dato Rashid.

Isteri maut, suami sesak nafas kereta terjunam dalam sungai
Seorang wanita maut manakala suaminya mengalami sesak nafas selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan terbabas ke dalam sungai.

Penunggang maut dalam nahas lima kenderaan di LPT1
Muhammad Al-Faries Faiz yang beralamat di Kampung Sungai Rambai, Sega, Raub mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini
Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar.