KUANTAN: Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 yang membuka tirainya hari ini bakal merancakkan pembangunan atlet di peringkat akar umbi di samping menonjolkan bakat atlet senior negara ke peringkat Asia dan dunia.
Setiausaha Jawatankuasa Pengelola kejohanan Datuk R. Annamalai berkata hal ini kerana kejohanan yang berlangsung selama tiga hari di Stadium Darul Makmur di sini bakal menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar seperti Australia dan Rusia.
"Trek kita telah diberi pengiktirafan oleh World Athletics (Olahraga Dunia) dengan semua rekod dicapai akan diberi pengiktirafan dan markah kepada atlet, ini menjadi tarikan buat para atlet dalam negara dan antarabangsa menyertainya.
"Kejohanan ini juga secara langsung memberi ruang kepada atlet kita, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy untuk mencatat kemenangan bagi memperbaiki catatan rekod larian mahupun mengutip mata tinggi bagi menyertai temasya Olimpik di Paris mengikut merit," katanya pada sidang media selepas Majlis Aluan kejohanan berkenaan di sini semalam.
Annamalai berkata pihaknya berbesar hati mengadakan kejohanan itu di bandar raya ini sejak kali terakhir menjadi hos 25 tahun lepas dan beliau amat berterima kasih kepada pihak penaja, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) serta mereka yang terlibat menjayakannya.
Sementara itu, Muhammad Azeem ketika ditemui selepas sesi latihan berkata beliau meletakkan dirinya dalam keadaan tiada tekanan untuk tampil cemerlang pada kejohanan berkenaan.
"Saya akan menyertai acara larian 100 meter dan 200 meter dan saya merasakan sudah bersedia untuk beraksi.
"Saya cuba untuk menikmati pertandingan ini dan tidak terlalu memikirkan tentang saingan pencabar mahupun memecahkan sebarang rekod, cuma saya yakin jika tenang, saya mampu menghasilkan keputusan yang baik," katanya.
Bagaimanapun, Muhammad Azeem berkata berdasarkan pemerhatiannya, kini terdapat lebih ramai atlet muda dan senior yang dilihat berpotensi memberi saingan hebat.
"Saya percaya mereka adalah pelari pecut yang bagus dan dapat memberikan saingan, namun cabaran terbesar kejohanan ini adalah mengatasi diri sendiri.
"Oleh itu, persiapan saya dari pelbagai sudut antaranya persediaan mental, pemulihan, pengambilan makanan dan hidrasi dilihat amat penting bagi diri saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024

Kejohanan ini juga memberi ruang kepada atlet seperti Shereen (gambar) untuk mencatat kemenangan bagi memperbaiki catatan rekod larian atau mengutip mata tinggi bagi menyertai Olimpik Paris 2024. - Facebook Malaysia Athletics Federation
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 bermula hari ini
Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu bakal menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar.