KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan sebarang kerja pembangunan di sepanjang kaki Bukit Dinding di Wangsa Maju di sini, selagi sesi komunikasi strategik bersama penduduk belum dimuktamadkan.
DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan tapak projek itu merupakan kawasan dikhaskan untuk pembangunan kediaman di kawasan R12, Bandar Baru Wangsa Maju berdasarkan Pelan Konsep Pembangunan Bandar Baru Wangsa Maju yang diluluskan pada 1984.
"Tanah tapak projek ini milik persendirian dan pelan susun atur yang dikemukakan pemilik tanah diluluskan pada 2004 adalah untuk pembangunan kediaman.
"Pelan susun atur pindaan diluluskan pada 2018 pula bagi pembangunan kediaman dan kemudahan sebuah rumah kelab. Kelulusan pindaan pelan susun atur ini telah dinilai dan mendapati ia mematuhi Garis Panduan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Cerun WPKL 2010 (GPWPKL2010)," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu pelan susun atur pindaan itu juga mematuhi keperluan jabatan teknikal dalaman DBKL dan agensi teknikal luaran yang berkaitan.
"Selain itu, cadangan pembangunan berkenaan telah diperakukan oleh pemeriksa bebas bertauliah yang dilantik bagi memeriksa kestabilan cerun di tapak cadangan. Sebahagian keluasan cadangan pembangunan telah dikhaskan bagi tujuan kawasan lapang/kawasan hijau," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan cadangan pembangunan tersebut juga telah melalui proses pandangan awam dan DBKL turut mengadakan sesi libat urus bersama penduduk setempat seawal 2015.
Seterusnya, Perintah Pembangunan bagi cadangan pembinaan pembangunan Parcel 2 yang mengandungi dua blok kediaman 26 tingkat telah diluluskan pada 2022 selaras dengan pelan susun atur yang diluluskan pada 2018.
Sebelum ini, dalam satu laporan media, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad menyuarakan kebimbangan penduduk setempat dan menuntut DBKL memberikan butiran terperinci mengenai isu keselamatan serta kestabilan cerun di kawasan berkenaan.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, DBKL pada 9 Mei lepas telah mengeluarkan Pelan Tindakan Banjir Kilat 2022 bagi mengurangkan masalah banjir kilat yang berlaku di ibu negara.
Menurut kenyataan itu DBKL bersama beberapa agensi sedang melaksanakan tindakan tebatan banjir seperti yang terdapat dalam pelan tersebut dan warga kota juga boleh merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 1 dengan melayari laman sesawang di https://lkan.audit.gov.my/.
Semalam, media melaporkan bekas presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan dan tujuh lagi penduduk di ibu negara memberi tempoh lima hari kepada DBKL untuk mendedahkan maklumat kepada warga kota berhubung pelan mitigasi banjir bagi musim tengkujuh atau berdepan tindakan undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022

DBKL memberitahu, tanah tapak projek di kaki Bukit Dinding itu adalah milik persendirian dan pelan susun atur yang dikemukakan pemilik tanah diluluskan pada 2004 adalah untuk pembangunan kediaman. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Februari 2025.

Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.

Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.

DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.

Rasuah: Biar DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu - Azam
SPRM serah kepada DBKL untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku salah seorang ahli lembaga penasihatnya yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.