KUALA LUMPUR: Sekali pandang, kolam takungan banjir di Taman Wahyu dan Delima di Kepong dekat sini tidak ada bezanya dengan tasik buatan manusia atau bekas tapak lombong yang banyak ditemukan di sekitar Lembah Klang.
Apatah lagi tidak ada papan tanda pemakluman bahawa kedua-duanya adalah kolam takungan banjir yang mempunyai fungsi khusus, bukan seperti tasik buatan manusia yang mengindahkan landskap di kawasan berkenaan.
Hakikatnya, kedua-dua kolam itu adalah antara enam lokasi tadahan banjir yang didakwa telah diluluskan dan diubah status untuk projek pembangunan pada 18 Jan 2018, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2 yang dibentangkan pada 2 Dis 2021.
Namun pada 16 Mac lepas, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias memberitahu Persidangan Dewan Rakyat bahawa kelulusan pembangunan itu hanya membabitkan kolam takungan banjir di Taman Wahyu dan Delima.
Tidak ada kebenaran pembangunan diberikan kepada empat lagi yang disenaraikan, iaitu masing-masing di Batu, Nanyang (berhampiran Sungai Jinjang), Batu 4 1/2 dan Taman Desa, katanya.
Beliau juga memberi jaminan projek pembangunan yang berlangsung berhampiran Taman Wahyu dan Delima itu tidak akan menjejaskan fungsi dan kapasiti takungan air kedua-dua kolam.
Namun jaminan beliau tidak meredakan kebimbangan penduduk di kawasan berhampiran selepas mengetahui fungsi sebenar kolam terbabit. Rata-rata bimbang dilanda banjir kilat yang menenggelamkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang pada Disember lepas.
SEPERTI TASIK
Projek pembangunan di sekitar Kolam Takungan Banjir Taman Wahyu telah dimulakan pada 2018, iaitu pembangunan campuran 10 fasa meliputi pembinaan kediaman jenis pangsapuri, pusat beli-belah dan taman rekreasi. Pembangunan kini memasuki fasa dua.
Tinjauan Bernama di kawasan berkenaan mendapati tidak ramai penduduk yang mengetahui kolam itu sebenarnya berfungsi sebagai pengurusan saliran untuk menyimpan air larian dan mencegah banjir.
Ketika ditemu bual oleh Bernama, rata-rata Penduduk Taman Wahyu 1 yang terletak hanya kira-kira 200 meter dari kolam tersebut, berkata mereka sangkakan kolam itu adalah bekas tapak lombong yang dijadikan tasik untuk rekreasi.
"Kami di sini memang tidak tahu tasik itu rupa-rupanya kolam takungan banjir. Kolam ini dah wujud semasa saya berpindah ke sini 10 tahun lepas dan semua penduduk yang saya kenali anggap itu adalah tasik (buatan) dan ada juga yang kata bekas tapak lombong," kata Yusof Ismail, 57.
Menurutnya, apabila projek pembangunan di sekitar kolam itu bermula kira-kira empat tahun lepas, kawasan tersebut dicantikkan persis tasik rekreasi dan difahamkan bakal dibuka kepada umum apabila pembinaan pangsapuri di situ siap.
"Apabila kami dah tahu tasik ini sebenarnya kolam takungan banjir, ramai antara kami yang risau. Kami tidak mahu projek pembangunan yang sedang berlangsung ini mengecilkan saiz kolam hingga menyebabkan fungsi kolam terjejas dan meningkatkan risiko banjir kilat, terutama apabila hujan lebat," ujarnya.
HILANG FUNGSI
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama MC Villamas 1 di Taman Wahyu Vincent Yap berkata di sebalik jaminan pemaju bahawa pembangunan itu tidak akan menjejaskan fungsi kolam, penduduk tetap berasa risau.
"Kami risau sekiranya kolam tadahan banjir itu akan dikecilkan saiznya dalam jangka masa panjang dan tidak mampu berfungsi untuk mengawal air banjir," katanya kepada Bernama.
Menurutnya, pihak pemaju turut membina bangunan di atas air dengan menanam cerucuk bagi meninggikan tapak asas bangunan.
"Mereka menggunakan tagline 'pembangunan lestari' dan bebas banjir untuk menarik pelabur-pelabur hartanah, namun mereka tidak ambil kira perubahan iklim dan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.
"Mereka boleh jamin macam-macam untuk tujuan komersial dan melariskan jualan hartanah mereka, namun kami khuatir tidak sampai 10 tahun lagi kolam akan dikecilkan, sekali gus meningkatkan potensi banjir," tegasnya, dan menambah mereka tidak mahu kawasan yang hingga kini belum pernah dilanda banjir kilat itu terdedah kepada bencana tersebut atas nama pembangunan.
Pada masa sama, beliau juga mahu pihak berkuasa meletakkan papan tanda pemakluman agar orang awam tahu membezakan kolam tadahan hujan dan tasik buatan.
PEMBANGUNAN TERANCANG, WARTAKAN KOLAM TADAHAN
Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah Dr Nor Shahidah Mohd Nazer berkata sebarang pembangunan di kawasan berdekatan kolam tadahan banjir sedia ada akan mengurangkan kapasiti takungan air dan menambah risiko banjir kilat yang lebih serius di Lembah Klang.
"Pembangunan sedia ada di ibu kota telahpun tepu dan padat. Jika kolam tadahan banjir pula dibangunkan, isu pemendapan bakal menjadi masalah seterusnya, yang mana struktur tanah menjadi lembut.
"Pembangunan baharu juga akan menambah zon tidak telap air di sekitar ibu kota yang secara tidak langsung akan memburukkan aliran air permukaan ketika hujan dan berpotensi menjadi banjir kilat yang lebih besar," jelas pensyarah kanan di Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia itu kepada Bernama.
Sehubungan itu kata beliau, satu tindakan susulan yang komprehensif perlu dilakukan untuk mengawal selia kadar pembangunan sedia ada di kawasan bandaran dan pinggir bandar.
"Kewujudan projek-projek mega perlu dikoordinasi semula supaya tidak berlaku pertindihan pembinaan antara projek-projek yang diluluskan. Ini amat penting untuk mengurangkan tekanan ke atas alam sekitar akibat eksplorasi berterusan ke atas permukaannya," kata Nor Shahidah.
Beliau juga berpandangan langkah yang lebih tegas termasuk mewartakan kolam takungan banjir perlu diambil segera bagi menghalang pelaksanaan pembangunan yang berpotensi menggagalkan fungsi asal kolam, iaitu menyimpan air dan menghalangnya melimpah keluar.
"Kerajaan perlu ambil cakna dan mendengar keluhan rakyat. Tidak ada gunanya pembangunan demi pembangunan dijalankan jika tempias yang diterima rakyat adalah bencana yang tidak berkesudahan," tegasnya.
PENYIMPANAN AIR DI BAWAH TANAH
Pada masa sama, beliau mengesyorkan pembinaan takungan bawah permukaan tanah seperti di Jepun, sekiranya kaedah takungan di atas permukaan sudah tidak mampu menampung jumlah hujan semasa.
"Kapasiti takungan bawah tanah boleh dibuat pada skala berlipat kali ganda lebih besar namun masih mengekalkan fungsi sebagaimana kolam takungan banjir di permukaan.
"Tidak dinafikan kaedah ini akan menelan kos pembinaan dan pengoperasian mega. Di Jepun sendiri mereka membelanjakan kira-kira AS$2 bilion atau RM8.4 bilion untuk pembinaan tersebut, namun jika difikirkan dari segi jangka panjang, kaedah ini sangat realistik dan mampu menjimatkan berbilion ringgit yang dibelanjakan oleh Malaysia setiap kali kejadian banjir melanda," katanya.
Menurutnya, pelaburan besar untuk membina kemudahan lebih canggih itu perlu ditimbang oleh kerajaan bagi menangani masalah banjir kilat yang dijangka bertambah serius pada masa akan datang disebabkan pembangunan tidak terancang yang diburukkan oleh perubahan iklim.
"Untuk rekod, Malaysia mencatatkan kerugian antara RM5.3 bilion hingga RM6.5 bilion dalam kejadian banjir besar yang melanda beberapa negeri di seluruh negara baru-baru ini.
"Jika pengiraan mudah dibuat bagi unjuran tempoh 10 tahun dengan kadar kerugian RM5 bilion setahun, jumlah RM50 billion ini boleh diperuntukkan kepada empat sistem takungan bawah tanah mega seperti di Jepun," ujar beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 03 2022
Sistem saliran yang dibina oleh JPS untuk mengalirkan air hujan daripada melimpah keluar dari Kolam Takungan Banjir Sungai Tambul di Kota Damansara. - Foto BERNAMA
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Mayat lelaki ditemukan dalam kolam takungan
Mayat seorang lelaki ditemukan orang awam dalam kolam takungan bersebelahan Lebuhraya Utara Selatan di Kilometer 240.8 tengah hari semalam.
Selangor bina infrastruktur salur air mentah dari kolam secara sistematik - Exco
Katanya projek berbentuk langkah jangka masa panjang jaminan sumber air kepada ketiga-tiga negeri itu dijangka siap akhir tahun ini.
Kelulusan apartmen mewah, DBKL perlu beri penjelasan - Fahmi Fadzil
Kolam takungan itu sering kali melimpah apabila hujan lebat hingga merosakkan jalan di Lorong Maarof serta mengakibatkan Taman Bangsar dinaiki air.
Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM
Banjir Baling: "Besar mana kolam itu?" - MB Kedah
Muhammad Sanusi tertanya-tanya...
Dua beranak lemas ketika bersihkan kolam takungan
Niat seorang remaja membantu ayahnya pada hujung minggu berakhir tragedi apabila dua beranak itu lemas di kolam takungan di Taman Cahaya Sungai Chua di sini, hari ini.
Air banyak di Kelantan, cuma tak ada tempat nak simpan - Mohd Amar
Tiada tempat simpanan air yang sesuai sehinggakan sumber air yang ada di bumi Kelantan tidak boleh dimanfaatkan.
Pembangunan berhampiran kolam takungan banjir berisiko cetuskan banjir kilat
Sekali pandang, kolam takungan banjir di Taman Wahyu dan Delima di Kepong dekat sini tidak ada bezanya dengan tasik buatan manusia atau bekas tapak lombong yang banyak ditemukan di sekitar Lembah Klan
Pencarian kanak-kanak dikhuatiri lemas diperluas hingga ke Sungai Linggi
Pencarian Mohammad Syafiq yang ditangguh pada pukul 3.30 pagi disambung semula sekitar 7.40 pagi tadi.
RM1.8 bilion diperuntukkan bagi projek tebatan banjir, baik pulih hakisan pantai di Pahang
Peruntukan berkenaan juga bagi tujuan pembinaan kolam takungan, projek empangan selain program ramalan dan amaran banjir.