KOTA BHARU: Sumber air bawah tanah dan atas permukaan bumi terlalu banyak di Kelantan sehingga melebihi keperluan sedia ada.
Bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, tiada tempat simpanan air yang sesuai sehinggakan sumber air yang ada di bumi negeri itu tidak dapat dimanfaatkan.
"Kita di Kelantan, air ini melebihi keperluan. Dalam tanah, dalam sungai, air hujan semua tu melebihi, cuma kita tak boleh nak simpan, tak ada tempat nak simpan.
"Air bawah tanah kita banyak, lebih daripada keperluan, tapi tak cukup loji.
"Bila buat loji paip pula pecah, jadi kita guna air bawah tanah lebih senang daripada guna air sungai. Masalah air sungai ni berkeladak.
"Air bawah tanah kita pula banyak kandungan besi, dan ini diakui oleh jurutera, sebab itu air nampak keruh.
"Bukan air kotor, tapi air bersih dan selamat untuk diminum. Bila masuk klorin, dia bertindak balas menyebabkannya menjadi keruh, ini yang terpaksa kita hadapi.
"Kalau kita buat tab (kolam takungan), kita boleh simpan air dan dari kolam atau tab dan kita boleh salur ke kawasan yang perlu," katanya kepada pemberita di pejabatnya semalam.
Mohd Amar berkata, cadangan projek pembinaan kolam takungan terbesar di Kelantan itu telah mendapat kelulusan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
Beliau berkata, pembinaan kolam takungan yang terletak di Machang itu sudah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan cadangannya dikemukakan dua tahun lalu.
Beliau sekali lagi menegaskan masalah air di Kelantan dapat diselesaikan sekiranya Kelantan memperoleh peruntukan mencukupi dianggarkan sekurang-kurangnya RM7 bilion.
Jelasnya, tidak pelik dan masuk akal keperluan peruntukan itu memandangkan keadaan keperluan semasa dan peningkatan kos.
"Sekarang ni tahun 2022, keperluan kewangan semakin meningkat sebab isu air kita tengok ialah pertambahan penduduk," kata Mohd Amar.
Jelasnya, anggaran RM7 bilion itu antaranya melibatkan pembinaan loji rawatan air (LRA) yang baharu, kolam takungan serta penukaran paip lama kepada yang baharu sekitar 5,000 kilometer.
Sebelum ini ada pihak termasuk badan bukan kerajaan dikenali sebagai Save Kelantan mempersoalkan jumlah RM7 bilion itu.
Wanna Abd Rahim
Thu May 12 2022
![Air banyak di Kelantan, cuma tak ada tempat nak simpan - Mohd Amar Air banyak di Kelantan, cuma tak ada tempat nak simpan - Mohd Amar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652258596_DatukMohdAmarNik.jpg)
MOHD AMAR: Kita di Kelantan, air ini melebihi keperluan. Dalam tanah, dalam sungai, air hujan semua tu melebihi, cuma kita tak boleh nak simpan, tak ada tempat nak simpan. -Gambar fail/Bernama
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.
![Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740032529_HusseinOmarKhan.jpg)
Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740133923_PolistumpasSindik.jpg)
Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.
![Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740134070_cabul.jpg)
Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.
!['Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga' 'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740133599_tercekikgulagula.jpg)
'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
![Bekas pengurus besar Air Kelantan mengaku tidak bersalah terima rasuah Bekas pengurus besar Air Kelantan mengaku tidak bersalah terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659439276_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas pengurus besar Air Kelantan mengaku tidak bersalah terima rasuah
Wan Mohamad Zamri Wan Ismail, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.
![AKSB berjaya selesaikan projek tukar paip sepanjang 87 km di Kelantan AKSB berjaya selesaikan projek tukar paip sepanjang 87 km di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61654000545_MenteriBesarKelant.jpg)
AKSB berjaya selesaikan projek tukar paip sepanjang 87 km di Kelantan
Semua projek penukaran paip di seluruh Kelantan dijangka siap sepenuhnya secara berperingkat berdasarkan pelan Induk AKSB 2021-2030.
![Syarikat air Kelantan saman Husam Musa Syarikat air Kelantan saman Husam Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41455357292_HusamMusa.jpg)
Syarikat air Kelantan saman Husam Musa
Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) mengesahkan telah menghantar notis saman terhadap Husam Musa berhubung kenyataan dan dakwaan ke atas syarikat berkenaan.
![Struktur semula AKSB: RM56 juta hutang air Kelantan dihapus kira Kerajaan Persekutuan Struktur semula AKSB: RM56 juta hutang air Kelantan dihapus kira Kerajaan Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/51466429060_AirKelantan.jpg)
Struktur semula AKSB: RM56 juta hutang air Kelantan dihapus kira Kerajaan Persekutuan
Menurut KeTTHA, baki hutang RM604.5 juta pula akan distruktur semula dengan tempoh bayaran balik dipanjangkan sehingga 45 tahun.