Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Mohd Johari Baharum berkata pihak pembangkang sememangnya tidak akan bersetuju dengan apa sahaja yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan termasuk Bajet 2016.
Menurut beliau, bajet itu adalah cukup baik kerana Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sedar golongan sasar mana yang harus diberikan keutamaan.
"Seperti mana pada masa-masa lalu, pembangkang tidak pernah bersetuju dengan bajet yang dibentangkan kerajaan. Saya tahu mereka amat kecewa melihat bajet yang begitu baik yang diumumkan semalam," katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang memetik Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua sebagai berkata, Najib didakwa tidak menyediakan pelan yang dipercayai boleh mengatasi sebarang masalah luar jangka yang timbul kesan daripada isu 1Malaysia Development Bhd.
Menurut Johari, keadaan ekonomi yang agak perlahan pada masa sekarang bukan sahaja dihadapi negara ini sahaja tetapi di negara-negara juga.
Namun demikian katanya, Malaysia dapat mengadakan satu bajet baik seperti peruntukan bagi pembinaan hospital, sekolah dan yang paling penting kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikembalikan kepada rakyat selain menekankan aspek penjagaan keselamatan negara.
Sebelum itu, Mohd Johari melawat keluarga anggota 9 Briged Infantri mendiang Koperal Victoria Rantai di Jalan Sentosa di sini.
Victoria, 38 bersama rakan setugasnya mendiang Koperal Jaman Garai, 35 terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Km 121 Jalan Sibu-Bintulu ketika dalam perjalanan untuk satu tugasan di Sungai Asap baru-baru ini.
Mohd Johari kemudiannya melawat keluarga mendiang Koperal Jaman di Taman Kenari, Kemuyang di sini sebelum makan tengah hari di Wisma Perwira 9 Briged di Kem Rascom dan kemudiannya berlepas untuk lawatan ke Miri.
Bernama
Sat Oct 24 2015
![Pembangkang tidak akan bersetuju apa saja yang dilakukan kerajaan Pembangkang tidak akan bersetuju apa saja yang dilakukan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81445678822_MohdJohariBaharum.jpg)
MOHD JOHARI: bajet itu adalah cukup baik kerana Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sedar golongan sasar mana yang harus diberikan keutamaan. - Gambar Fail
![Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723704365_QRCode.jpg)
Pelajar tukar kod QR curi duit tabung derma
Tindakan seorang pelajar jurusan undang-undang menukar kod QR peribadi pada tabung derma sebuah kuil akhirnya terbongkar apabila dia berjaya ditangkap polis baru-baru ini.
![Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715377_TBJapan.jpg)
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Jepun pada Khamis menamatkan nasihat risiko gempa bumi dengan magnitud yang lebih tinggi daripada biasa, seminggu selepas gegaran kuat di dasar laut Palung Nankai.
Fahmi nafi arah Google nyahaktif ciri graf penukar ringgit
Menjawab tuduhan seorang pengguna X, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerusi platform sama menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan penyedia perkhidmatan itu berbuat demikian.
![Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723715171_TBIPDSentul.jpg)
Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah di Residensi Sky Awani 1 dan 2 di Sentul.
!['Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso 'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723710107_TBFAhmi.jpg)
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
![Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715159_jeddahkandasawani.jpg)
Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Beberapa penumpang menunggu lebih 24 jam untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengurusan MAB namun terus hampa.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723712690_kemalangantrelerP.jpg)
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
![Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723706908_TBFaisalHalim.jpg)
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.
![Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bantu usaha pemilikan rumah - Kumpulan BDB Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bantu usaha pemilikan rumah - Kumpulan BDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51445857152_Bajet.jpg)
Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bantu usaha pemilikan rumah - Kumpulan BDB
BDB kini sedang bekerjasama dengan Perbadanan PR1MA, Syarikat Perumahan Negara dan Jabatan Perumahan Negara untuk membangunkan tanah sedia ada dengan projek perumahan mampu milik.
![Bajet 2016: Gaji minimum naik untuk kurang pergantungan kepada pekerja asing Bajet 2016: Gaji minimum naik untuk kurang pergantungan kepada pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71445784782_foreignworkers.jpg)
Bajet 2016: Gaji minimum naik untuk kurang pergantungan kepada pekerja asing
Dalam Bajet 2016, kerajaan menggariskan gaji minimum untuk pekerja sektor swasta di Semenanjung dinaikkan kepada RM1,000 sebulan, dan bagi mereka di Sabah, Sarawak dan Labuan naik kepada RM920.