KUALA LUMPUR: Tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang melakukan pembakaran terbuka menyebabkan kualiti indeks pencemaran udara (IPU) di negara ini bertambah buruk.
Justeru, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka terutama ketika negara dilanda masalah jerebu.
"Kita meningkatkan aktiviti dari segi penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan kawasan harian yang berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta kita juga memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa.
"Selain itu, Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah diaktifkan bagi menyelaras tindakan agensi Kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka," katanya dalam program Buletin AWANI Khas pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pemilik tanah supaya memantau secara rapi kawasan yang mudah terbakar mengambil langkah mencegah pencerobohan pihak tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan berdasarkan MetMalaysia, subjektori asap jerebu dijangka memberi kesan kepada selatan Semenanjung Malaysia serta Kapit dan Miri, Sarawak dalam tempoh 72 jam bermula 1 hingga 4 Oktober 2023.
"Kualiti udara pada hari ini merosot dengan peningkatan kawasan mencatatkan IPU tidak sihat terutama di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia yang disebabkan bawaan angin asap jerebu yang masuk ke negara kita, Sarawak merekodkan bacaan sederhana sehingga jam 10 pagi ini, walaupun kemungkinan terdapat risiko berlaku kebakaran yang menyebabkan jerebu," katanya.
Berdasarkan kemas kini laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) sehingga petang ini, Cheras mencatatkan IPU tertinggi dengan 164, diikuti Petaling Jaya, Shah Alam dan Banting masing-masing 157; Putrajaya (156); Batu Muda dan Johan Setia (153); serta Klang (152).
Bacaan udara tidak sihat turut dicatatkan di Negeri Sembilan, melibatkan tiga stesen iaitu Nilai (163); Seremban (158); dan Port Dickson (156).
Dua stesen di Melaka, iaitu Bukit Rambai dan Alor Gajah, masing-masing merekodkan bacaan IPU 153 dan 138,Seberang Jaya, Pulau Pinang (107); Taiping, Perak (137); dan Tangkak, Johor (104).
Bacaan IPU 0-50 dikategorikan sebagai baik; 51-100 sederhana; 101-200 tidak sihat; 201-300 sangat tidak sihat; 301-400 berbahaya; 401-500 sangat bahaya, dan bacaan lebih 501 menandakan kecemasan.
Faida Rahim
Mon Oct 02 2023
Wan Abdul Latiff menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka terutama ketika negara dilanda masalah jerebu.- Foto JAS
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Letupan kilang kimia: JAS siasat elemen cuai
Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, pihaknya akan menunggu kebenaran pihak bomba sebelum memasuki lokasi tersebut.
Pegawai JAS tanpa punca kuasa, justifikasi cuba lepaskan kontena e-waste - EAIC
EAIC mengemukakan syor tindakan tatatertib terhadap pegawai JAS yang terlibat dan penambahbaikan Prosedur Tetap Operasi (PTO) serta Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan (ATOP).
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
500 terumbu karang tanduk rusa dibiak semula di Pulau Jemuruk
Sebanyak 500 terumbu karang jenis tanduk rusa atau nama saintifiknya Acropora berjaya dibiak semula ke habitat semula jadi di sekitar perairan Pulau Jemuruk, di Langkawi.
Alam sekitar tanggungjawab kolektif semua pihak - JAS
Tanggungjawab memelihara kesejahteraan alam sekitar perlu melibatkan setiap lapisan masyarakat, termasuk sektor industri dan komuniti.
JAS pertingkat kerjasama dengan agensi terlibat banteras operasi e-waste
Tindakan berterusan akan dilaksanakan bersama agensi terlibat untuk membanteras kemasukan haram e-waste di pelabuhan negara.
NRES harap Belanjawan 2025 tumpu usaha perkasa JAS - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berharap hasrat untuk memperkasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan dimasukkan dalam Belanjawan 2025.
JAS ambil sampel Sungai Sekah, loji kumbahan disyaki tercemar
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mengambil sampel air di Sungai Sekah dan sebuah loji sisa kumbahan selepas disyaki menyebabkan pencemaran sungai di Nilai.