KUALA LUMPUR: Pemantapan kerangka insurans sosial negara tidak hanya berasaskan pekerjaan sebaliknya turut meliputi pembangunan individu dan negara secara lebih menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) hari ini, berkata langkah itu sekali gus dapat membawa kepada anjakan daripada pendekatan bantuan sosial yang berasaskan kebajikan kepada perlindungan risiko mengikut kitaran hidup rakyat Malaysia.
"Insya-Allah, jaringan keselamatan sosial negara dapat terus diperkukuh dan diperluas serta dirasai dan dinikmati oleh rakyat yang berhak ke atasnya," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.
Perdana Menteri berkata mesyuarat itu membincangkan strategi pengukuhan program insurans sosial sebagai persediaan Malaysia mendepani risiko negara tua.
Beliau berkata menjelang tahun 2030, Malaysia bakal menuju ke arah negara tua dan situasi ini berpotensi meletakkan sebahagian rakyat terutama golongan warga emas terdedah kepada pelbagai risiko antaranya kemiskinan, masalah kesihatan dan perubatan, kekurangan simpanan persaraan serta penurunan produktiviti tenaga buruh yang boleh menimbulkan implikasi kritikal terhadap prospek fiskal negara.
Menerusi hantaran berasingan, Perdana Menteri berkata hari ini beliau turut menerima kunjungan hormat daripada rombongan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang diketuai Presidennya, Norsyahrin Hamidon.
Pada pertemuan itu, Anwar berkata beliau menegaskan bahawa kepentingan perniagaan Bumiputera perlu didasari dengan prinsip keusahawanan yang tulen.
Beliau berkata kesempatan itu juga digunakan untuk mendengar cabaran dan situasi semasa yang dibangkitkan oleh usahawan Melayu.
"Insya-Allah, perkara-perkara ini akan diteliti agar penyelesaian kepada isu-isu pokok dapat direncanakan," katanya sambil menambah DPMM yang ditubuh pada 1938 mempunyai visi sebagai wadah perjuangan ekonomi dan maruah bangsa Melayu serta Bumiputera.
DPMM kini berdiri kukuh dengan jumlah keahlian mencecah sejuta orang melalui 15 cawangan dan beberapa gabungan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024
![Pemantapan kerangka insurans sosial negara meliputi pembangunan individu, negara - PM Pemantapan kerangka insurans sosial negara meliputi pembangunan individu, negara - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717081804_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar berkata mesyuarat itu membincangkan strategi pengukuhan program insurans sosial sebagai persediaan Malaysia mendepani risiko negara tua. - Gambar FB Anwar Ibrahim
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719997761_TBJakarta.jpg)
Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau
Usanita Sdn Bhd berjaya menyelesaikan misi penting tiga hari di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia.
![Mindef sasar salur geran SPKLB kepada 200 usahawan veteran tahun ini Mindef sasar salur geran SPKLB kepada 200 usahawan veteran tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672064333_TBADLYZAHARI.jpg)
Mindef sasar salur geran SPKLB kepada 200 usahawan veteran tahun ini
Mindef juga bekerjasama dengan KSM dan kementerian yang lain untuk menyediakan peluang pendapatan baharu selain keusahawanan.
![Syarikat Indonesia sedia tingkat perdagangan, kerjasama pada Sidang Kemuncak Malaysia-China Syarikat Indonesia sedia tingkat perdagangan, kerjasama pada Sidang Kemuncak Malaysia-China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718920499_syarikatindonesia.jpg)
Syarikat Indonesia sedia tingkat perdagangan, kerjasama pada Sidang Kemuncak Malaysia-China
Ia menyediakan peluang kepada syarikat Indonesia memperlihatkan kepakaran masing-masing dalam bidang keusahawanan dan inovasi.
![TUBE wujud lebih 13,000 peluang pekerjaan, raih jualan RM154.38 juta - Ewon TUBE wujud lebih 13,000 peluang pekerjaan, raih jualan RM154.38 juta - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703236849_EwonBenedick.jpg)
TUBE wujud lebih 13,000 peluang pekerjaan, raih jualan RM154.38 juta - Ewon
TUBE berjaya mewujudkan sebanyak 13,866 peluang pekerjaan dan menyumbang nilai jualan terkumpul hasil daripada perniagaan yang dijalankan berjumlah RM154.38 juta sepanjang penganjurannya.
![Pemantapan kerangka insurans sosial negara meliputi pembangunan individu, negara - PM Pemantapan kerangka insurans sosial negara meliputi pembangunan individu, negara - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717081804_AnwarIbrahim.jpg)
Pemantapan kerangka insurans sosial negara meliputi pembangunan individu, negara - PM
Pemantapan kerangka insurans sosial negara tidak hanya berasaskan pekerjaan sebaliknya turut meliputi pembangunan individu dan negara secara lebih menyeluruh.
![Belia perlu terlibat dalam sektor koperasi - Ramanan Belia perlu terlibat dalam sektor koperasi - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713873143_TBRAMANANKOPERASI.jpg)
Belia perlu terlibat dalam sektor koperasi - Ramanan
Belia diseru untuk terlibat secara aktif dalam sektor koperasi kerana ia menawarkan potensi besar buat golongan itu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R.Ramanan.
![TVET perlu jadi pencetus perubahan kepada sistem pendidikan negara - TPM TVET perlu jadi pencetus perubahan kepada sistem pendidikan negara - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715041428_ZahidHamidi.jpg)
TVET perlu jadi pencetus perubahan kepada sistem pendidikan negara - TPM
Katanya, kursus TVET perlu dijadikan pilihan utama pelajar dan ibu bapa untuk pendidikan di peringkat tertiari.
![Indonesia sedia beri peluang PMKS Sabah pasar produk di Kalimantan Utara Indonesia sedia beri peluang PMKS Sabah pasar produk di Kalimantan Utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709378238_kraftangan.jpg)
Indonesia sedia beri peluang PMKS Sabah pasar produk di Kalimantan Utara
Indonesia sedia memberi peluang kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah untuk memasarkan produk milik mereka ke kawasan Kalimantan Utara (Kaltara).
![ABM berhasrat tawar modul keusahawanan menerusi kerjasama dengan UUM ABM berhasrat tawar modul keusahawanan menerusi kerjasama dengan UUM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708257682_AhmadMaslan.jpg)
ABM berhasrat tawar modul keusahawanan menerusi kerjasama dengan UUM
Ia bagi memastikan pelatih memiliki kemahiran dalam bidang teknikal dan ilmu keusahawanan yang membolehkan mereka menjalankan perniagaan.
![Kerajaan Madani komited pastikan keseimbangan sosioekonomi rakyat - Fahmi Kerajaan Madani komited pastikan keseimbangan sosioekonomi rakyat - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708078214_FahmiFadzil.jpg)
Kerajaan Madani komited pastikan keseimbangan sosioekonomi rakyat - Fahmi
Kerajaan Madani komited memastikan keseimbangan sosioekonomi dengan memberi pendedahan kepada komuniti setempat berkaitan literasi digital dan kemahiran keusahawanan dalam talian.