MUAR: Kementerian Pertahanan (Mindef) menyasarkan untuk menyalurkan geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) kepada 200 usahawan veteran angkatan tentera tahun ini.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata SPKLB ialah kerjasama antara Mindef melalui Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera (Perhebat) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA).
"Kita memilih dalam kalangan veteran kita, usahawan dalam pelbagai bidang untuk menerima geran bantuan (SPKLB) daripada KKDW sebanyak RM5,000 setiap seorang," katanya kepada pemberita selepas Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) di sini hari ini.
Adly berkata keusahawanan menjadi tumpuan Mindef kerana hampir 80 peratus peserta yang menjalani kursus di Perhebat sebelum bersara dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memilih bidang keusahawanan.
Beliau berkata Mindef juga bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dan kementerian yang lain untuk menyediakan peluang pendapatan baharu selain keusahawanan kepada veteran angkatan tentera selepas bersara.
Terdahulu, Adly menyampaikan geran SPKLB kepada 20 usahawan veteran ATM negeri Johor.
Menerusi PUVET ATM, veteran turut menikmati manfaat seperti pemadanan perniagaan atau 'business matching', akses terus kepada insentif keusahawanan seperti kemudahan, latihan dan konsultansi dalam aspek pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran.
Program berkenaan memfokuskan kepada pemerkasaan veteran dalam kerjaya kedua khususnya keusahawanan bagi membantu mereka dalam kelompok B40 meningkatkan taraf hidup masing-masing.
PUVET ATM juga berperanan sebagai pemudah cara dan penghubung untuk mengenal pasti dan menyalurkan insentif keusahawanan merangkumi khidmat kepakaran, kemudahan, geran dan latihan yang diperlukan oleh usahawan veteran ATM untuk memajukan perniagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2024

Adly berkata, Mindef juga bekerjasama dengan KSM dan kementerian yang lain untuk menyediakan peluang pendapatan baharu selain keusahawanan kepada veteran tentera. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Penduduk Israel protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv
Warga Israel meneruskan protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv sehari sebelum tiga tebusan dijadualkan dibebaskan pada Khamis.

Penghantaran pulang warga Palestin sedang dimuktamadkan - Adly
Kementerian Pertahanan sedang memuktamadkan proses penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang sebelum ini dibawa ke Malaysia untuk menerima rawatan.

Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN
Mohamed Khaled berkata fokus kedua adalah bagi memastikan ASEAN diangkat sebagai platform diplomasi terbaik dalam menguruskan sebarang cabaran serantau.

CIO Korea Selatan minta polis laksanakan waran tahan Yoon
Agensi antirasuah Korea Selatan meminta polis mengambil alih pelaksanaan waran untuk menahan Yoon yang menghadapi proses pendakwaan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Januari 2025.

Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.

Presiden Yoon gagal hadir untuk disoal siasat
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Rabu gagal mematuhi perintah hadir untuk disoal siasat berhubung percubaan beliau untuk melaksanakan undang-undang tentera.

Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.

PLKN 3.0 dilaksana berdasarkan kajian terperinci, mendalam - Mohamed Khaled
Kerajaan dan Kementerian Pertahanan telah menjalankan kajian terperinci secara kuantitatif dan kualitatif pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.