JAKARTA: Kumpulan perniagaan di Indonesia menyifatkan Sidang Kemuncak Malaysia-China (MCS) 2024 sebagai aspek penting untuk meningkatkan perdagangan dan kerjasama, justeru sedang mengatur delegasi bagi sidang kemuncak berkenaan pada akhir tahun ini di Kuala Lumpur.
Ketua Umum Badan Pengurus Cabang Himpunan Pengusaha Muda Indonesia Jakarta Barat Rika Amelia Rush berkata sidang kemuncak itu menyediakan peluang kepada syarikat Indonesia memperlihatkan kepakaran masing-masing dalam bidang keusahawanan dan inovasi.
"Sidang kemuncak ini membolehkan mereka mengadakan sesi libat urus dengan warga Asean dan China yang luas, memudahkan pertukaran ilmu penting dan memperluas kedudukan global mereka," katanya pada Siri Jaringan Libat Urus: MCS 2024 di sini semalam.
Sidang kemuncak yang diadakan selama tiga hari bermula 17 Disember ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) adalah anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd.
Menandakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia-China, acara itu bertujuan untuk meningkatkan integrasi ekonomi dan kerjasama antara negara Asean dan China.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin menekankan peranan sidang kemuncak itu untuk menambah baik hubungan Asean, terutama antara Malaysia dan Indonesia, di tengah-tengah sambutan ulang tahun ke-50 Malaysia dan China.
"Menyenaraikan Asean dalam sidang kemuncak ini bukan sahaja strategik, malah penting," katanya sambil memaklumkan kepentingan integrasi Asean untuk daya tahan ekonomi serantau.
Syed Md Hasrin dalam ucapannya turut menekankan peranan penting Indonesia, menyaksikan perdagangan dua hala yang kukuh dengan mencapai RM111.21 bilion atau US$24.39 bilion pada 2023.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Malaysia di Jakarta, Farzamie Sarkawi.
Sidang kemuncak bertemakan "Prosperity Beyond 50" disifatkan oleh Pengerusi Eksekutif Qube Integrated Malaysia Richard Teo sebagai peluang untuk perniagaan mengembangkan rangkaian di seluruh rantau ini, dengan jangkaan kehadiran lebih 500 peserta pameran dan 10,000 pengunjung perdagangan.
"Acara ini membolehkan peserta memanfaatkan sinergi ekonomi yang semakin meningkat antara Malaysia dan Indonesia, mendorong peluang perniagaan baharu dan mengukuhkan perkongsian serantau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024
Syed Md Hasrin menekankan peranan Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 untuk menambah baik hubungan ASEAN, terutama antara Malaysia dan Indonesia, di tengah-tengah sambutan ulang tahun ke-50 Malaysia dan China. - Foto BERNAMA
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd belum dituntut ibu bapa mereka.
MMA jumpa Dr Dzulkefly untuk perbincangan
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan pegawai kementerian bagi membincangkan isu berkaitan petugas penjagaan kesihatan dan penjagaan kesihatan awam.
Syarikat Indonesia sedia tingkat perdagangan, kerjasama pada Sidang Kemuncak Malaysia-China
Ia menyediakan peluang kepada syarikat Indonesia memperlihatkan kepakaran masing-masing dalam bidang keusahawanan dan inovasi.
Urus niaga Felda beli ekuiti Eagle High tidak jejaskan kesejahteraan peneroka
Ini berikutan urus niaga itu membabitkan pelaburan dengan pembiayaan sendiri dan tidak menggugat kepentingan golongan peneroka berkenaan.