BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Madani komited memastikan keseimbangan sosioekonomi dengan memberi pendedahan kepada komuniti setempat berkaitan literasi digital dan kemahiran keusahawanan dalam talian tanpa mengira kedudukan sosial mahupun geografi.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan yakin inisiatif antaranya menerusi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mampu menjana pendapatan komuniti terutama di luar bandar dan akan dapat menoktahkan kemiskinan dalam kalangan masyarakat.
Beliau berkata PEDi, yang pada mulanya menawarkan akses Internet secara kolektif di kawasan luar bandar terutama bagi golongan kurang berkemampuan, kini telah berevolusi sebagai pusat sehenti yang mampu meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat.
"Setiap PEDi dilengkapi capaian Internet serta menawarkan latihan teknologi maklumat dan komunikasi, keusahawanan digital serta e-pembelajaran bagi manfaat komuniti setempat khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana, golongan belia dan pelajar," katanya.
Fahmi berkata demikian ketika berucap pada Karnival Pengukuhan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Politeknik Seberang Perai di sini hari ini.
Beliau mengajak golongan belia untuk turut meneroka peluang lain yang tersedia meskipun ramai dalam kalangan anak muda berharap memperoleh pekerjaan berdasarkan bidang pengajian masing-masing.
"Apabila bercakap tentang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), penekanan utama ialah untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu melalui penguasaan kemahiran teknikal yang bersifat amali atau praktikal.
"Antara penguasaan bidang kemahiran TVET ialah pemasangan dan penyelenggaraan elektrik, perkhidmatan servis diagnostik kenderaan ringan, penyediaan dan pembuatan makanan serta rekaan grafik," katanya.
Justeru, Fahmi berkata pelajar TVET sebenarnya cukup bertuah kerana menguasai kemahiran teknikal yang bukan sahaja mampu diolah menjadi perniagaan dalam bentuk perkhidmatan dan produk malah ia akan membolehkan golongan belia sendiri menjadi majikan.
Beliau berkata melalui pelbagai latihan keusahawanan yang komprehensif dan galakan untuk golongan belia menceburi bidang keusahawanan khususnya perniagaan dalam talian, mereka berpeluang menjalankan operasi perniagaan dalam komuniti masing-masing tanpa perlu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.
Fahmi juga berkata liputan 4G di kawasan berpenduduk di Pulau Pinang telah mencapai 99.88 peratus manakala peratusan liputan 5G mencatatkan 90.3 peratus.
"Menerusi projek JENDELA (Jalinan Digital Negara), 120 struktur pemancar baharu, 2,106 naik taraf stesen pemancar (4G/LTE) dan 308,072 ketersediaan sambungan gentian optik (premis) telah berjaya disiapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
Fahmi (kiri) berbual dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai Datuk Azhar Arshad (kanan) ketika menghadiri Majlis Perasmian Masjid Jamek Tengah Berapit dan Kenduri Rakyat hari ini. - Gambar fail/Bernama
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.
Rusia pertimbang penerbangan terus ke Malaysia
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Agensi pemerkasaan agenda bumiputera perlu cekap, bertanggungjawab - PM
Anwar bagaimanapun berkata semua dasar bumiputera tidak akan mengenepikan hak kaum-kaum lain.
Harga diesel turun 5 sen mulai esok
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada RM3.30 seliter seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak ketika ini.
Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS
Ringgit Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.32 pagi hari ini.
'Belum terbuka hati jumpa wakil pembangkang' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengakui terdapat wakil parti politik pembangkang yang mahu berjumpa beliau dan Anwar untuk berunding membentuk kerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kerajaan pertimbang model Ombudsman unik, gabung EAIC, Biro Pengaduan Awam
Kerajaan sedang mempertimbangkan satu model Ombudsman Malaysia yang unik dengan menggabungkan Biro Pengaduan Awam serta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
Kebajikan anggota keselamatan terus diberi keutamaan - PM Anwar
Perdana Menteri beri jaminan bahawa Kerajaan Madani akan terus memastikan kebajikan dan kemudahan anggota keselamatan diberi keutamaan.
Rasionalisasi subsidi diesel diumum jam 5 petang hari ini
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mengadakan sidang media mengenai rasionalisasi subsidi diesel di pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya jam 5 petang pada Ahad.
Dasar TVET Negara 2030: 5 teras selaras program TVET
DASAR TVET Negara 2030 adalah usaha menyelaras pelaksanaan program TVET di Malaysia.