Pernikahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa dengan pasangannya yang merupakan bekas Ketua Penerangan Muda berlangsung dalam majlis sederhana di Eco Palladium, di sini.
"Saya bernikah para jam 10 pagi tadi (Jumaat) dengan dihadiri keluarga dan rakan rapat sahaja. Insya-Allah esok (Sabtu) resepsi.
"Kami kenal sudah lama sejak dari zaman belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Muda dalam hantaran media sosial parti berkenaan mengucapkan tahniah atas pernikahan tersebut.
"Kami mendoakan semoga ikatan perkahwinan ini kekal bahagia, diberkati dengan kasih sayang, keharmonian, serta kebahagiaan yang berkekalan hingga ke akhir hayat.
"Selamat menempuh fasa baru. Salam ikhlas daripada seluruh keluarga besar Muda," tulisnya. - Sinar Harian