REMBAU: Cubaan pemandu sebuah kereta Toyota Altis melarikan diri daripada diperiksa polis selepas didapati memandu dalam keadaan berbahaya dari Kilometer 223 sehingga Kilometer 169 Lebuhraya Utara Selatan(PLUS) arah selatan pada Khamis gagal selepas dia berjaya diberkas.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superitendan Hazri Mohamad berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan berhampiran susur keluar Tol Tangkak dengan bantuan pasukan kenderaan peronda lebuh raya (EMPV) Tangkak.
"Ketika pasukan EMPV Sektor 2 Pedas-Ayer Keroh membuat kawalan lalu lintas kemalangan jalan raya pada jam 11 pagi telah ternampak sebuah kereta Toyota Altis dipandu dalam keadaan berbahaya dan mencurigakan.
"Ekoran dari itu polis telah mengejar kenderaan itu dan telah berjaya menahannya di Kilometer 169 Lebuhraya Plus berhampiran susur keluar Tol Tangkak," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Menurutnya, ujian pernafasan terhadap suspek juga mendapati kandungan alkohol dalam badannya melebihi paras yang dibenarkan.
Ujarnya, terdapat seorang penumpang lelaki berusia 17 tahun dan ujian saringan air kencing dilakukan terhadap kedua-duanya didapati negatif.
"Semakan rekod polis mendapati pemandu yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan penumpang pula di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu May 05 2022

Dua suspek yang ditahan memandu dalam keadaan berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada Khamis. -Foto Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Lelaki mengaku tidak bersalah memandu dalam keadaan mabuk, sebabkan dua kematian
Yong Sang Kein, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

25 ditahan dalam operasi bersepadu Polis Kuala Lumpur
Operasi berkenaan melibatkan 12 pegawai dan 147 anggota polis, bermula 10 malam Sabtu dan berakhir 7 pagi Ahad.

Pemandu BMW sebabkan kematian dua guru direman
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan yang menyebabkan dua guru meninggal dunia di Jalan Permatang Baru, Butterworth.

Kertas siasatan polis disyaki mabuk, pandu lawan arus diserah ke Bukit Aman
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata kertas siasatan itu dihantar pada minggu lepas.

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu lori di bawah pengaruh alkohol
Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori yang dipandu seorang lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol di Jalan Parit Panjang, petang semalam.

Pemandu Toyota Altis memandu di bawah pengaruh alkohol
Semakan rekod polis mendapati pemandu yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai rekod lampau.

Pemandu mabuk: Pengurus kedai makan didakwa sebabkan kematian penunggang motosikal
Tertuduh Mohd Nazrin Ramli membuat pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Amanina Mohamad Anuar.

Lelaki cuba lari daripada SJR sudah ditahan
Lelaki berusia dalam lingkungan 31 tahun tersebut dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

Tiga lelaki ditahan memandu, menunggang dalam keadaan mabuk
Dalam operasi berkenaan tiga lelaki masing-masing berusia 51, 53 dan 64 tahun ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

11 pemandu mabuk ditahan dalam operasi bermula Jumaat
Kesemua individu berusia 24 hingga 53 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 45 (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.