KUALA LUMPUR: Seorang pengurus sebuah kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Trafik Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Kinabalu, ibu negara pada 11 Mac lalu.
Tertuduh Mohd Nazrin Ramli, 32, membuat pengakuan berkenaan dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Amanina Mohamad Anuar.
Mengikut pertuduhan, dia di tuduh memandu kenderaan Myvi di bawah pengaruh alkohol sebanyak 71 miligram (mg) dalam 100 mililiter (ml) darah, melebihi 21 mg alkohol daripada had yang ditetapkan sehingga tidak berdaya mengawal kenderaan itu dan menyebabkan kematian mangsa.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Kuching menghala pusat bandar di ibu negara kira-kira jam 12.10 malam, 12 Mac lalu.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin.
Mengikut pertuduhan dibawah Seksyen 44 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga RM100,000 serta hilang kelayakan memandu untuk tempoh tidak kurang 10 tahun dari tarikh disabitkan kesalahan, jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 pagi 12 Mac lalu, Ramli Abdul Ajit, 40, maut di lokasi kejadian selepas motosikal ditungganginya dirempuh kenderaan jenis Perodua Myvi dipandu tertuduh dari arah sama di Jalan Kinabalu ke arah Selayang, ibu negara.
Akibat rempuhan itu, mangsa dikatakan terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar tembok penghadang jalan.
Tertuduh pula mengalami kecederaan dan direman tiga hari bagi membantu siasatan.
Mahkamah menetapkan 2 Jun depan bagi sebutan semula kes.
Fareez Azman
Wed Apr 06 2022
Ramli Abdul Ajit, 40, maut di lokasi kejadian selepas motosikal ditungganginya dirempuh kenderaan jenis Perodua Myvi dipandu tertuduh. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pemandu mabuk: Pengurus kedai makan didakwa sebabkan kematian penunggang motosikal
Tertuduh Mohd Nazrin Ramli membuat pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Amanina Mohamad Anuar.