TAWAU: Pendakwaan kes perbicaraan enam anggota polis dan seorang awam yang didakwa membunuh seorang pemandu e-hailing akan membuktikan bahawa mangsa telah diumpan keluar dari sebuah hotel di sini dan diarah memandu ke ladang kelapa sawit di mana dia ditikam pada 13 Januari tahun lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat dalam ucapan pembukaan kes itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata bedah siasat turut mengesahkan bahawa punca kematian mangsa adalah kecederaan parah pada leher disebabkan oleh objek tajam.
Di kandang tertuduh ialah bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) SAC Datuk Mat Zaki Md Zain, lima anggota polis iaitu Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, dan John Kennedy Sanggah, 44, serta seorang awam Vivien Fabian, 34.
Rosdi, Denis, Fabian, Khairul Azman, Mohd Azlan, Kennedy dan Vivien didakwa membunuh Nurman Bakaratu, 61, di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Baru 5 di sini di antara 7.30 malam hingga 11.30 malam mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mat Zaki, 59, pula berdepan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.
Pada prosiding hari ini, empat saksi memberi keterangan termasuk seorang pekerja ladang sawit iaitu Kereiun Elbis yang merupakan orang pertama menemukan mayat Nurman dan sebuah kereta di Estet Liew Tet Chung pada pagi 16 Jan 2023.
Kereiun berkata dia turut menunjukkan laluan ke lokasi penemuan mayat kepada Koperal Sharifuddin Yusop manakala Pengurus Estet itu Liew Tet Chung pula memaklumkan mahkamah dia ternampak sebuah kenderaan jenis Myvi ketika membawa pekerjanya itu untuk menabur baja.
Liew berkata dia ternampak mayat mangsa di tepi kenderaan terbabit dan menghubungi abang saudaranya yang kemudian menyuruh dia menghubungi polis.
Khairul Azreem turut dibantu oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail, Rohaiza Abdul Rahman, Low Qin Hui dan Mohammad Fakhrurrazi Ahmad manakala Mat Zaki, Khairul Azman, Mohd Azlan, Vivien dan John Kennedy diwakili peguam Ram Singh serta Kamarudin Mohmad Chinki.
Peguam Datuk Ansari Abdullah, Abdul Gani Zalieka dan Erveana Ansari Ali mewakili Rosdi, Denis pula diwakili peguam Hairul Vaiyron Othman dan Luke Ressa Balang manakala Fabian diwakili peguam Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon, Zahbia Ophent serta Mohamed Zairi Zainal Abidin.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024

Pada prosiding hari ini, empat saksi memberi keterangan termasuk seorang pekerja ladang sawit. - Gambar hiasan
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Pemandu e-hailing didakwa buat kenyataan hina agama Islam
Pertuduhan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Sebutan semula kes bunuh Nurul Asikin 17 Mac ini
Mahkamah Majistret menetapkan 17 Mac untuk sebutan semula kes seorang pemandu e-hailing yang didakwa membunuh Nurul Asikin Lan yang mayatnya ditemukan dalam longkang.

Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
Zakwan didakwa menyebabkan kematian Nurul Asikin pada 6 Disember dan tiada pengakuan direkodkan kerana kes ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kertas siasatan OKU dipukul anggota pengiring VIP dirujuk kepada TPR - Razarudin
Polis telah memanggil 12 individu termasuk mangsa, pekerja hotel, dan pengawai juruiring kepada orang kenamaan terbabit untuk memberi keterangan berhubung kes.

Dipukul pengiring VIP: Pemandu e-hailing OKU dirakam keterangan
Peguam Lawyer For Liberty terdiri daripada N Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili mangsa turut hadir.

Warga asing rompak pemandu e-hailing wanita ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing disyaki terlibat dengan kes rompakan bersenjata seorang pemandu e-hailing wanita di Sibu.

Pukul OKU: PDRM akan panggil pegawai terlibat ke Bukit Aman - KPN
Razarudin berkata, langkah itu diambil bagi memastikan siasatan menyeluruh dilakukan dan semua pihak terlibat dapat memberi keterangan.

Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pokok tumbang: Mangsa lelaki dibenar keluar hospital, warga Sweden masih dirawat
Pemandu e-hailing itu dibenarkan keluar jam 6 pagi tadi, manakala penumpangnya yang berusia 72 tahun masih menerima rawatan di HKL.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Januari 2024.