KOTA KINABALU: Kebakaran di tapak pelupusan Kayu Madang di sini berjaya dipadamkan sebanyak 77.5 peratus sehingga hari keempat semalam, kata Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Ordine Gilu.
Beliau berkata JBPM pada hari kelima ini menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran di kawasan seluas 10,287 meter persegi dan bagi memudahkan operasi kawasan itu dipecahkan kepada empat sektor.
Sektor C katanya telah dipadamkan sepenuhnya manakala sektor D pada tahap 90 peratus, sektor A (80 peratus) dan sektor B (40 peratus).
"Kebakaran melibatkan sisa pembuangan tayar terpakai di tapak pelupusan sampah berkenaan yang berkeluasan 45,700 meter persegi.
"Operasi pemadaman hari keempat semalam menggunakan peralatan Fix Monitor Fire Fighting bersama jentera High Performance Pump Module dengan mengambil sumber air terbuka dan pemadaman menggunakan sebanyak 14 tong buih pemadam kebakaran," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Beliau berkata 41 pegawai serta anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran serta dibantu beberapa BBP lain antaranya dari Kota Kinabalu, Lintas, Penampang dan Ibu Pejabat JBPM Sabah, sedang bertungkus lumus menjalankan operasi itu.
Ordine berkata pihaknya turut menggunakan tanah untuk menimbus kawasan terlibat dengan 200 penghantaran dengan lori dibuat pada hari pertama, 406 penghantaran pada hari kedua dan 294 pada hari ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
![Pemadaman kebakaran tapak pelupusan Kayu Madang capai 77.5 peratus Pemadaman kebakaran tapak pelupusan Kayu Madang capai 77.5 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711599470_kebakaranterbuka.jpg)
Kebakaran di tapak pelupusan Kayu Madang di Kota Kinabalu berjaya dipadamkan sebanyak 77.5 peratus sehingga hari keempat semalam. - Foto Bernama
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Pemadaman kebakaran tapak pelupusan Kayu Madang capai 77.5 peratus Pemadaman kebakaran tapak pelupusan Kayu Madang capai 77.5 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711599470_kebakaranterbuka.jpg)
Pemadaman kebakaran tapak pelupusan Kayu Madang capai 77.5 peratus
Kebakaran di tapak pelupusan Kayu Madang di Kota Kinabalu berjaya dipadamkan sebanyak 77.5 peratus sehingga hari keempat semalam.