Hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap bangkai gajah pygmy yang ditemukan mati di Sungai Udin, Dumpas di Kalabakan, pada Khamis lepas berpunca daripada peluru yang digunakan menembusi tengkorak gajah malang itu.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga berkata di kiri dan kanan badan gajah itu terdapat kesan lebih kurang 70 peluru tabur, namun tidak menyebabkan kematian kepada gajah berkenaan.
"Banyak kesan tembakan di badan tetapi itu mungkin hanya menyebabkan kesakitan tetapi salah satu peluru itu menembusi tengkorak gajah berkenaan dan gadingnya telah dipotong serta diambil pemburu," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian '5th Asia Protected Areas Partnership (APAP) Technical Workshop on Tourism and Visitor Management in Protected Areas," di sini hari ini.
Augustine turut menjelaskan bahawa gajah berkenaan adalah gajah jantan dewasa yang berumur antara 20 hingga 30 tahun dan bukan gajah betina seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Dalam pada itu, beliau berkata wang ganjaran sebanyak RM30,000 ditawarkan kepada pemberi maklumat, bagi mengesan pemburu yang terlibat dalam aktiviti itu dan bantuan orang ramai amat diharapkan untuk menyalurkan sebarang maklumat.
"Kawasan berkenaan tidak ramai penduduk tetapi JHL akan terus berusaha untuk mencari mereka yang bertanggungjawab melakukan pemburuan haram itu," katanya.
Pada Khamis lepas, sekumpulan pemancing menemukan bangkai gajah pygmy di Sungai Udin, Dumpas di Kalabakan, dekat Tawau, dan dipercayai mati antara tiga hingga empat hari.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 01 2019

Sekumpulan pemancing menemukan bangkai gajah pygmy di Sungai Udin, Dumpas di Kalabakan, dekat Tawau, dan dipercayai mati antara tiga hingga empat hari. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bangkai gajah pygmy dipotong, disiat ditemukan di Tongod, Sabah
Bangkai haiwan dilindungi itu ditemukan oleh pekerja ladang berkenaan dekat Kampung Imbak pada pagi Rabu lepas, dalam keadaan reput dipercayai mati selama empat atau lima hari.

Gajah Borneo Sabah perlu kaedah pemuliharaan betul, agresif
Konflik manusia-hidupan liar di Sabah berada pada tahap kritikal dengan lebih 140 ekor gajah dibunuh dalam tempoh kurang 10 tahun.

Kematian gajah pygmy: 'Girang' dipercayai alami keracunan
Bedah siasat mendapati organ gajah itu seperti jantung, paru-paru, hati, limpa dan buah pinggang dilaporkan mengalami 'severe congestion'.

Bangkai gajah Pygmy tanpa kepala ditemui di Sungai Kinabatangan
Penemuan itu juga menjadikan jumlah gajah yang mati di Sabah sebanyak 21 ekor untuk tahun ini.

Menyedihkan... Bangkai ketiga gajah pygmy ditemukan di Kinabatangan
Sepasukan daripada Jabatan Hidupan Liar Sabah dikerahkan untuk mendapatkan (bangkai) gajah tersebut agar bedah siasat dapat dijalankan.

Gading disyaki milik bangkai gajah pygmy ditemui
Polis menemui gading yang disyaki milik bangkai gajah pygmy Borneo yang ditemui mati di sebuah ladang di Beluran, berdekatan lokasi kejadian pada Rabu.

RSPO tawar ganjaran RM50,000 untuk maklumat berkaitan pembunuhan gajah pygmy
Ganjaran ini adalah sumbangan yang tidak seberapa bagi membantu usaha mencari mereka yang bertanggungjawab, dan pemberiannya akan diselia oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Seekor lagi gajah Pygmy ditemui mati dengan kesan tembakan
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata, bau busuk membawa penemuan bangkai gajah terbabit oleh pekerja ladang.

Reman suspek bunuh gajah pygmy disambung
Enam suspek dipercayai terbabit dalam pembunuhan seekor gajah Pygmy yang ditemui di kawasan hulu Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan dekat sini, baru-baru ini, disambung reman dua hari lagi.

Pemberi maklumat pembunuhan gajah akan dapat ganjaran seperti dijanjikan
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata perkara itu sedang diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar negeri.