PUTRAJAYA: Pelajar-pelajar lepasan SPM kini berpeluang untuk terus bekerja dan dilatih menjadi pekerja mahir menerusi pelaksanaan inisiatif Academy in Industry (AiI).
Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli menjelaskan buat masa ini sebanyak 10 buah syarikat telah diberikan sijil untuk melaksanakan inisiatif ini.
Mohd Rafizi menjelaskan dalam tempoh beberapa bulan mendatang sebanyak 200 buah syarikat lagi akan diberikan sijil untuk turut terlibat dalam melatih lepasan SPM ini.
Jelas beliau, dalam tempoh 18 bulan pelajar lepasan SPM yang terlibat dalam inisiatif ini ini akan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia dan dalam masa sama turut bekerja.
"Sebab itu kita bangunkan Academy in Industry sebagai satu aliran latihan yang baru yang seiring dengan institusi-institusi sedia ada tetapi ini pilihan kepada mereka.
"Mereka boleh memilih untuk pergi belajar dan habis belajar cari kerja ataupun mereka terus kerja dan dari kerja itu terus mensijilkan dan mengambil kelayakan yang lebih tinggi.
"Akhirnya sama ada ambil saluran pergi universiti atau kolej atau saluran bekerja terus, kalau mereka terus mensijilkan, mereka akan tetap mempunyai kerjaya yang ada asas kemahiran dan pensijilan yang terbaik," katanya selepas sesi perjumpaan bersama rakan strategik AiI.
Buat masa ini, jelas Mohd Rafizi inisiatif itu hanya memfokuskan kepada pemberian sijil sahaja namun ia akan ditambah baik kepada diploma dan ijazah.
"Kita mula sekarang dengan sijil dahulu kalau ia berjalan dengan baik maka kita boleh mula membangunkan program seperti ini untuk pensijilan diperingkat diploma dan pensijilan di peringkat ijazah," katanya.
Beliau menjelaskan, sekiranya 200 syarikat lagi berjaya disijilkan untuk melaksanakan inisiatif ini, ia membolehkan 20,000 lepasan SPM dilatih sehingga akhir tahun ini.
Mohd Rafizi menjelaskan banyak negara-negara lain antaranya Perancis dan Jerman yang telah melaksanakan program-program sebegini.
Inisiatif AiL adalah berlandaskan kepada pendekatan demand-driven yang dilaksanakan atas dasar permintaan industri melalui konsep Place and Train.
Ia dijangka akan menyumbang kepada sasaran pertumbuhan produktiviti dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) pada kadar 3.6 peratus setahun dan 40 peratus sumbangan pampasan kepada pekerja pada tahun 2025.
Astro Awani
Mon Jun 12 2023

Mohd Rafizi menjelaskan banyak negara-negara lain antaranya Perancis dan Jerman yang telah melaksanakan program-program sebegini. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kerajaan tidak bercadang tarik subsidi minyak peket - Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kenyataannya yang tular sebelum ini menyentuh mengenai usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan ketirisan, bukan mahu memansuhkan subsidi untuk minyak peket.

PADU: Individu di 4,752 lokaliti tidak pernah mohon sebarang bantuan
Selangor merekodkan angka tertinggi dengan 1,282 lokaliti, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 992 lokaliti dan Sarawak pula merekodkan 765 lokaliti.

Lima masalah PADU boleh diatasi segera - Rafizi
Menurut Rafizi, penyelesaian telah dilaksanakan dalam tempoh satu jam dan telah selesai pada 2 Januari 2024 jam 9.15 malam.

Menteri Ekonomi bukan 'Santa Claus' - Rafizi
Tugas Menteri Ekonomi bukan menjadi Santa Claus yang membawa hadiah percuma kepada rakyat sebaliknya memperbetulkan semula ekonomi Malaysia ke landasan pertumbuhan mampan, kata Rafizi Ramli.

Lebih 25 peratus miskin tegar tidak berminat program menjana pendapatan - Rafizi
Mereka lebih berminat untuk terus menerima bantuan tunai termasuk melalui sistem e-Kasih dan kurang berminat terhadap program menjana pendapatan.

Mesyuarat pertama Majlis Tenaga Negara dijangka pada Oktober ini - Rafizi
Kerajaan bercadang mengadakan mesyuarat pertama Majlis Tenaga Negara seawal Oktober ini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Terima kasih RTM, tampil kerjasama dengan Astro AWANI jayakan Debat Ekonomi Rafizi-Syahir
Satu diskusi penyelarasan akan dibuat antara kedua-dua pihak pendebat dalam masa terdekat bagi merencana dan membentuk persetujuan berkaitan program.

Menteri ditugas umum perkembangan dasar, program Ekonomi Madani - PM Anwar
Kesemua menteri akan ditugaskan secara harian untuk mengumumkan dasar dan program yang dirancang di bawah konsep Ekonomi Madani.

Indeks Peralihan Tenaga: Malaysia diiktiraf negara terbaik di Asia Tenggara
Pencapaian ini menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan yang tepat bagi pengurusan peralihan tenaga yang pantas, selamat dan berpatutan.

Rafizi umum kejayaan Kementerian Ekonomi bulan lalu
Beberapa perkembangan terbaharu dan positif menerusi beberapa sektor ekonomi dan data ekonomi negara telah dicapai bulan lalu.