SHAH ALAM : Beberapa perkembangan terbaharu dan positif menerusi beberapa sektor ekonomi dan data ekonomi negara telah dicapai bulan lalu.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ini termasuklah komitmen kerajaan untuk melaksanakan peralihan tenaga boleh baharu bagi mencari peluang pasaran baharu dan mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat dalam sektor tenaga.
Menurutnya, perkara itu disuarakan sewaktu persidangan antarabangsa Energy Asia pada 26 Jun lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
“Seperti yang saya sebutkan di Qatar Economic Forum sebelum ini, beberapa keputusan penting berkenaan tenaga boleh baharu akan dilaksanakan termasuklah Malaysia akan melancarkan pasaran tenaga boleh baharu serantau yang akan mempercepat dan membantu grid tenaga boleh baharu rentas sempadan dengan kedudukan strategik geografi negara,” katanya pada Facebook pada Selasa.
Selain itu, beliau turut mengumumkan data terbaru berkenaan kadar inflasi negara yang terus mereda kepada 2.8 peratus bagi bulan Mei yang merupakan kadar inflasi terendah yang berjaya dicapai sejak September 2022.
“Ini mencerminkan trend harga yang semakin stabil yang berterusan. Penurusan kadar inflasi Mei 2023 juga menunjukkan kejatuhan menyeluruh yang merentas semua kategori perbelanjaan yang menandakan penstabilan harga yang menyeluruh,” jelasnya
Tambahnya lagi, kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri terus bertambah kukuh apabila beliau meneruskan sesi bertemu wakil-wakil kerajaan negeri Sarawak dan Sabah menerusi Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK ke-12.
“Kajian melibatkan pelbagai pemegang taruh ini penting untuk mengenal pasti sektor-sektor ekonomi yang perlu diberi perhatian dan sokongan bagi membawa keuntungan dan kelebihan ekonomi kepada rakyat di negeri masing masing,” katanya
Beliau turut optimis dengan potensi tenaga hijau akan menyediakan peluang besar kepada ekonomi tenaga boleh baharu di Malaysia.
“Geografi negara kita dan bakat tenaga kerja yang tersedia bermaksud kita memiliki kelebihan untuk meletakkan negara kita sebagai penjana tenaga utama di ASEAN dan jualan semula tenaga hijau.
“Saya berasa gembira dengan usaha-usaha kerajaan negeri yang telah mula meneroka peluang tenaga boleh baharu terutamanya di Sarawak. Dengan kepentingan diselari daripada peringkat kerajaan negeri dan persekutuan, saya menjangkakan kemajuan akan dicapai untuk bulan-bulan mendatang,” ujarnya
Rafizi dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak seperti World Bank Group yang berterusan berhubung dengan pihak kementerian untuk memberikan input dan pandangan terkini berkenaan ekonomi Malaysia dan global.
“Saya harus tekankan di sini bahawa kerjasama seperti ini penting kerana World Bank Group menyediakan sokongan teknikal dan kewangan kepada projek pembangunan di seluruh dunia dengan fokus khusus di dalam keterjaminan makanan dan iklim, bidang-bidang di mana kementerian ekonomi sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian-kementerian lain sejak tujuh bulan yang lalu,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 11 2023

Rafizi berkata, ini termasuklah komitmen kerajaan untuk melaksanakan peralihan tenaga boleh baharu bagi mencari peluang pasaran baharu dan mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat dalam sektor tenaga. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

MyGAS 2025 fokus cabaran pembiayaan industri gas
Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025) edisi keempat membuka pentas perbincangan mengenai cabaran pembiayaan industri gas sambil memastikan usaha peralihan tenaga bersih mampu dicapai.

Perang tarif AS peluang untuk kerajaan percepat reformasi ekonomi - Rafizi
Ketidaktentuan ekonomi dunia ekoran langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menaikkan tarif ke atas China, Kanada dan Mexico merupakan peluang untuk kerajaan mempercepat reformasi ekonomi.

Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.

Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.

Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.

Rafizi jangka cip, GPU buatan Malaysia dapat direalisasikan dalam tempoh lima sehingga 10 tahun
Malaysia dijangka dapat membangunkan cip dan unit pemprosesan grafik (GPU) 'Buatan Malaysia' dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.

Kerajaan ambil pendekatan global dalam RMK13 - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan global untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dilancarkan tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafzi Ramli.

Innovathon 2: Ciptaan bahan pembinaan penebat dipilih juara minggu kelima
Dengan proses penghasilan yang singkat, Bio Polyol mempunyai kebolehulangan yang tinggi (konsisten) dan sifar sisa serta tiada pembebasan gas bertoksik.

RMK13 laksana intervensi terus hapuskan miskin tegar di 10 daerah - Rafizi
Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan melaksanakan langkah intervensi terus miskin tegar di 10 daerah yang mencatat kadar kemiskinan tertinggi di negara ini dengan lapan daripadanya a