SHAH ALAM: Terdapat lima isu berbangkit Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dikenal pasti dan boleh diatasi segera, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Beliau berkata, isu yang pertama adalah melibatkan nombor kad pengenalan digunakan untuk ‘override’ dan tukar kata laluan.
Menurut Rafizi, kelemahan dalam pengendalian authentication ini tidak ditemui semasa Security Posture Assessment (SPA), namun pasukannya telah mengambil tindakan segera serta penyelesaian telah dilaksanakan dalam tempoh satu jam dan telah selesai pada 2 Januari 2024 jam 9.15 malam.
“Kedua, pengguna boleh melangkaui keperluan e-KYC dan terus mengisi maklumat.
“Bagi melicinkan proses pengemaskinian individu, maklumat pengemaskinian boleh dilaksanakan sejurus log in (selepas daftar masuk) tanpa melalui proses e-KYC.
“e-KYC hanya dilaksanakan setelah pengemaskinian maklumat dilaksanakan dan individu ingin membuat pengesahan dan perakuan penghantaran profil.
“Sebarang maklumat yang diisi tanpa eKYC yang disahkan tidak akan diintegrasikan ke dalam PADU.
"Hanya maklumat yang dikemukakan dari pengguna yang telah berjaya pengesahan e-KYC dikira sah,” katanya menerusi Facebook pada Rabu.
Isu berbangkit yang ketiga adalah berkenaan nombor telefon yang sama boleh digunakan untuk mendaftar lebih dari satu akaun yang bermaksud boleh digunakan sebanyak lima kali bagi memudahkan pendaftaran individu yang merupakan ahli isi rumah (18 tahun ke atas) atau ibu bapa yang tidak memiliki telefon untuk membuat pendaftaran akaun PADU.
Keempat, aduan melaporkan bahawa proses pengisian mereka tersekat semasa mengisi butiran isi rumah.
Rafizi menjelaskan, bagi tujuan pembentukan isi rumah, individu yang berada di bawah satu isi rumah perlu dimasukkan di bawah satu isi rumah bersama ahli yang lain termasuklah mereka yang berusia di bawah 18 tahun dan bukan warganegara.
“Bagi memastikan maklumat isi rumah terselaras, ketua isi rumah sahaja yang dibenarkan membuat pengemaskinian isi rumah.
“Perakuan bagi ahli isi rumah hanya boleh dibuat apabila ketua isi rumah telah selesai mengisi maklumat isi rumah masing-masing.
“Setiap individu digalakkan untuk mengisi bersama-sama isi rumah yang lain bagi memudahkan proses perakuan dilakukan dengan mudah,” katanya lagi.
Yang terakhir, berlaku masalah apabila medan data kosong selepas proses e-KYC, Rafizi berkata, e-KYC merupakan proses pengesahan identiti pengguna, maka pengguna perlu memastikan setiap maklumat yang dikemas kini perlu disimpan (save) pada setiap variabel.
Menurutnya, setelah semua maklumat disimpan, pengguna perlu melaksanakan e-KYC bagi melaksanakan perakuan kepada maklumat yang telah dikemas kini.
Terkini setakat jam 10 pagi pada Rabu, sebanyak 233,782 pengguna telah berjaya mendaftar di bawah sistem PADU dalam tempoh 24 jam selepas pelancarannya.
Daripada jumlah itu, sebanyak 118,115 atau 71 peratus pengguna berjaya melakukan proses e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital) iaitu memuat naik swafoto dan kad pengenalan untuk pendaftaran PADU. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 03 2024
Rafizi (foto) berucap pada sesi sidang media Pangkalan Data Utama (PADU) di Menara Prisma Putrajaya, 29 Dis 2023. -Gambar fail/BERNAMA
Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza
Kata Menteri Pertahanan Israel, rakyat Palestin boleh pergi "ke mana-mana negara yang sudi menerima mereka."
Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu
PM Israel sokong rancangan Presiden Trump dan mengarahkan tentera bersedia untuk proses memindahkan warga Palestin dari Gaza.
Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.
Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.
Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.
Rafizi jangka cip, GPU buatan Malaysia dapat direalisasikan dalam tempoh lima sehingga 10 tahun
Malaysia dijangka dapat membangunkan cip dan unit pemprosesan grafik (GPU) 'Buatan Malaysia' dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.
Kerajaan ambil pendekatan global dalam RMK13 - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan global untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dilancarkan tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafzi Ramli.
Innovathon 2: Ciptaan bahan pembinaan penebat dipilih juara minggu kelima
Dengan proses penghasilan yang singkat, Bio Polyol mempunyai kebolehulangan yang tinggi (konsisten) dan sifar sisa serta tiada pembebasan gas bertoksik.
RMK13 laksana intervensi terus hapuskan miskin tegar di 10 daerah - Rafizi
Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan melaksanakan langkah intervensi terus miskin tegar di 10 daerah yang mencatat kadar kemiskinan tertinggi di negara ini dengan lapan daripadanya a
Pembaharuan dalam RMK13 pastikan projek lambat, sakit dikurangkan - Rafizi
Rafizi berkata sebahagian projek sakit berpunca daripada masalah tanah belum diselesaikan ketika permohonan untuk kelulusan projek dan peruntukan dilakukan.
Kerajaan akan perkemas pelaksanaan projek RMK13, elak kelewatan
Kerajaan Pusat memberi komitmen memperbaiki dan memperkemaskan proses pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi mengelakkan kelewatan dan kegagalan projek sakit di Sabah.
Malaysia sasar tingkat kerjasama, perdagangan dengan negara lain pada 2025 - Rafizi
Tiga aspek itu adalah keutamaan pembangunan, prinsip jiran yang baik serta pemikiran yang melangkaui perdagangan.