Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) pada akhir 1980-an dan 1990-an, hari ini menolak permohonan para peguam yang meminta dua daripada ahli panel suruhanjaya berkenaan untuk menarik diri daripada siasatan.
Permohonan yang dikemukakan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan peguam R. Sivarasa mewakili bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu ditolak oleh Pengerusi RCI Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Ia dilakukan selepas perbincangan dengan empat ahli panel yang lain, atas alasan bahawa mereka sudah dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong.
Mohamed Haniff Khatri dan Sivarasa telah memohon supaya Mohd Sidek serta seorang lagi ahli panel, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon, untuk menarik diri.
Ini kerana, tegas mereka, kedua-dua nama itu juga merupakan ahli pasukan petugas khas yang memberi cadangan kepada Jemaah Menteri untuk penubuhan RCI tersebut.
Bercakap kepada media di Mahkamah Persekutuan, Mohamed Haniff Khatri berkata, pihaknya membangkitkan dua isu kepada panel hari ini, iaitu komposisi RCI dan kedudukan peguam pemerhati semasa prosiding.
"Keanggotaan RCI adalah salah dan tidak sah di sisi undang-undang kerana dua orang daripadanya adalah ahli panel yang mengendalikan 'special task force' yang membuat rekomendasi kepada kabinet untuk mengadakan RCI.
"Permohonan kami supaya diberi peluang untuk satu permohonan bertulis dibuat oleh semua pihak bagi memberi pandangan yang sewajarnya turut ditolak.
"Dan RCI telah buat keputusan bahawa tiada sebab mereka menarik diri sebagai ahli anggota panel," katanya.
Mengenai perwakilan peguam semasa prosiding, Mohamed Haniff Khatri berkata, selepas perbincangan, pihak RCI bersetuju peguam pemerhati akan dibenarkan bertanya soalan yang relevan sahaja.
"Kami bertanya, apakah hak kami sebagai peguam yang hadir untuk melibatkan diri dalam prosiding? Adakah kami cuma diberi peluang untuk duduk sahaja atau melibatkan diri dengan aktif?
"Kerana, pada pandangan kami, semua pihak yang berkepentingan perlu diberi peluang untuk mengambil langkah yang perlu menyoal balas saksi, dan juga memanggil saksi yang perlu, bagi pihak kami," jelasnya.
Beliau berkata pihaknya akan membuat semakan kehakiman terhadap keputusan ahli panel tidak menarik diri tersebut.
Manakala Sivarasa berkata, beliau akan membincangkan keputusan yang dibuat hari ini dengan Anwar untuk memutuskan langkah berikutnya.
Prosiding akan disambung pada 21 Ogos.
RCI tukaran matawang asing diumumkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada bulan Jun, selepas menerima laporan daripada pasukan petugas yang ditubuhkan untuk menyiasat spekulasi mata wang BNM di antara 1989 hingga 1992.
Skandal forex yang berlaku akhir tahun 1980-an dan awal 1990-an itu, semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri, menyaksikan BNM mengalami kerugian besar.
Selain Mohd Sidek dan Saw, suruhanjaya itu dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan; Ahli Institut Akauntan Malaysia, Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia serta bekas rakan kongsi firma Ernst & Young, K Pushpanathan; dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail.
Suruhanjaya itu akan menyelesaikan siasatannya dalam tempoh tiga bulan selepas penubuhannya berkuatkuasa dan akan membentangkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong.
T K Letchumy Tamboo
Tue Aug 08 2017

Tan Sri Mohd Sidek Hassan menolak permohonan para peguam itu selepas mengadakan perbincangan dengan empat ahli panel yang lain. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tiga jawatan utama panel Tribunal Antigangguan Seksual sudah dilantik - Nancy Shukri
Tiga anggota panel Tribunal Antigangguan Seksual kini sudah dilantik serta memulakan tugas sejak Disember lepas.

Akta Antigangguan Seksual: KPWKM peroleh kelulusan lantik 10 ahli panel tribunal
KPWKM telah memperoleh kelulusan bagi melantik seramai 10 ahli panel dalam pembentukan tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2022.

Pelantikan ahli panel dibuat Agong, RCI tolak permohonan peguam
Permohonan yang dikemukakan Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad dan R. Sivarasah mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak oleh Pengerusi RCI Tan Sri Mohd Sidek Hassan.