Aktiviti gaya hidup dan beli-belah atau 'lifestyle and shopping' dalam kalangan pelancong di negara ini menjadi penyumbang terbesar, kepada pendapatan pelancongan negara iaitu sebanyak RM28.1 bilion atau 33.4 peratus, pada tahun lepas.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata jumlah itu merupakan satu peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding tahun 2017.
Katanya berdasarkan kajian yang dilakukan kementerian melalui Tourism Malaysia, mendapati antara barangan yang menjadi pilihan pelancong asing adalah kraftangan, pakaian, barangan kecantikan termasuk kasut, yang menjadi pilihan utama.
"Saya tidak nafikan kepentingan tarikan gaya hidup dan beli-belah ini dalam menarik kedatangan pelancong. Saya percaya kerjasama pihak awam dan swasta adalah sangat penting, dalam memastikan perkembangan industri ini dan sememangnya kita mengharapkan bilangan pelancong dan pendapatan pelancongan bertambah melalui aktiviti jualan dan membeli-belah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian dan pecah tanah Gembox@Nilai di sini, hari ini yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Turut hadir, Pengarah Urusan Gembox Berhad Norman Pang dan Pengerusi Eksekutuf Kumpulan GD Holdings Datuk Seri Yeat Sew Chuong.
Tambah Muhammad Bakhtiar bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, sejumlah 13.35 juta kedatangan pelancong telah direkodkan iaitu satu peningkatan sebanyak 4.9 peratus, berbanding tempoh sama tahun lepas.
"Sempena Visit Malaysia 2020 kita mensasarkan 30 juta pelancong asing ke Malaysia, yang diharapkan dapat menyumbang RM100 bilion kepada pendapatan negara. Usaha ini dapat dilakukan dengan kerjasama semua pihak, termasuk kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan inisiatif swasta, seperti yang dilakukan Gembox ini," katanya.
Mengulas mengenai pembinaan Gembox iaitu sebuah pasar malam yang bakal menghimpunkan pelbagai produk termasuk makanan dan produk kraftangan dari serata negara oleh Gembox Berhad, Aminuddin berkata ia bakal menjadi satu lagi produk pelancongan di negeri ini.
"Ini peluang untuk kita kembangkan perniagaan khususnya perniagaan anak-anak muda termasuk peluang keusahawanan kepada penduduk tempatan termasuk industri kecil luar bandar dalam sektor makanan termasuk kraftangan.
"Selain itu, kita juga ada minta daripada Pengerusi GD Holdings untuk buka peluang kepada pengusaha food truck tempatan kita untuk sama-sama bangunkan kawasan ini," katanya.
Gembox@Nilai yang mula dibina bulan ini di atas tanah seluas 15 ekar dan dijangka memulakan operasinya pada suku pertama tahun hadapan, akan menempatkan sebanyak 850 buah gerai yang menjual pelbagai produk termasuk makanan dari setiap negeri.
Pasar malam berkonsepkan kabin itu juga dijangka akan menjadi sebuah pasar malam yang terbesar di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 12 2019

Tarikan gaya hidup dan beli-belah mampu menarik kedatangan pelancong. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Pelancong asing sumbang RM28.1 bilion
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata jumlah itu merupakan satu peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding tahun 2017.

Nilai 3 akan dipromosi semula sebagai destinasi beli-belah
Ada syarikat bersetuju ambil alih tanggungjawab mempromosi semula Pusat Perniagaan Nilai 3 sebagai pusat komersil terbaik di negara ini.

AirAsia 3.0: Pelan Digitalisasi di landasan tepat ke arah menjadi syarikat digital
Ini sejajar dengan hasrat Tan Sri Tony Fernandes menjadikan AirAsia lebih daripada sebuah syarikat penerbangan.

Jualan 11.11 Alibaba cecah US$10 bilion dalam tempoh sejam pertama
Syarikat itu mengumumkan angka tersebut mengatasi GMV 2017 yang merekodkan 168.2 bilion (1 yuan/renminbi = RM0.60) secara keseluruhan tempoh 24 jam.

Ikea Malaysia lancar beli-belah dalam talian, sasar tambah jumlah gedung
Timbalan Pengarah Runcit IKEA bagi Asia Tenggara, Gerard Jansen berkata jumlah dagangan dan kunjungan pelanggan itu merupakan dua faktor penting bagi pembuat perabot Sweden itu.

Lira merudum: Pelancong di Turki 'naik hantu' membeli-belah!
Pelancong Arab kelihatan sanggup berbaris panjang di hadapan pintu masuk butik jenama Chanel dan Louis Vuitton di Nisantasi.

Warga kota ambil kesempatan membeli-belah pada hari pertama GST sifar
Warga kota terutamanya umat Islam yang akan menyambut Aidilfitri kira-kira dua minggu lagi mengambil kesempatan membeli-belah barangan keperluan pada hari pertama pelaksanaan GST berkadar sifar.

Aku janji BN bayar 20 sen kepada pengguna bawa beg sendiri disokong
Jika pengguna dibayar 20 sen ketika membeli barang keperluan, langkah itu dapat menggalakkan mereka untuk membawa beg sendiri ketika membeli-belah supaya dapat mengurangkan penggunaan beg plastik.

Beli-belah guna Ringgit Malaysia di aplikasi Amazon
Syarikat Amazon melancarkan ciri terbaru dalam aplikasi untuk pengguna membeli-belah sebanyak 45 juta barangan yang boleh dihantar ke satu dunia dihantar ke seluruh dunia melalui peranti mudah alih.