Aku janji Barisan Nasional (BN) Selangor untuk membayar 20 sen kepada pengguna yang membawa beg sendiri sewaktu membeli-belah di kedai atau pasar raya sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disambut baik daripada rakyat Selangor yang ditemui.
Pesara kerajaan, Kamsiah Said, 62, menyifatkan caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dikenakan kerajaaan pakatan pembangkang ke atas rakyat Selangor bertujuan mengurangkan penggunaan bahan plastik yang mencemarkan alam sekitar dilihat kurang berkesan.
"Caj 20 sen yang dikenakan kepada pembeli yang (menggunakan beg plastik kedai atau pasar raya) kerana tidak membawa beg sendiri, saya lihat kurang berhasil kerana tidak semua orang akan bawa beg plastik sendiri ketika membeli barang.
"Seperti saya sendiri kadang-kadang pada satu-satu masa kita secara kebetulan singgah di kedai untuk beli barang dan waktu itu pula tidak bawa plastikā¦jadi terpaksa kita bayar lebih 20 sen kepada pekedai," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, bagaimanapun, jika pengguna dibayar 20 sen ketika membeli barang keperluan, langkah itu dapat menggalakkan mereka untuk membawa beg sendiri ketika membeli-belah supaya dapat mengurangkan penggunaan beg plastik.
Aku janji itu diumumkan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar menerusi manifesto yang dilancarkan parti itu pada 8 April lepas, di bawah inisiatif Kesihatan Berkualiti dan Kelestarian Alam Sekitar.
Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik dan polistirena setiap hari bagi semua pusat komersial utama mulai 1 Jan, 2018 selepas dilaksanakan pada setiap Sabtu sejak 2010.
Bagaimanapun, bagi pengguna yang ingin menggunakan beg plastik disediakan pasar raya, mereka dikenakan bayaran tambahan 20 sen bagi setiap beg plastik.
Pengguna yang mahu dikenali sebagai Azrun, 34, pula berpandangan langkah BN Selangor itu adalah tepat sekali gus mampu mendidik rakyat supaya mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kehidupan harian.
"Langkah kerajaan Selangor sekarang yang mengenakan caj 20 sen untuk satu beg plastik bagi rakyat yang kurang mampu pada saya perkara itu agak besar.
"Bayangkan jika 100 orang bayar 20 sen sehari atau 100 orang bayar 20 sen selama 100 hari, berapa kerajaan negeri akan untung? Sedangkan sehelai beg plastik kosnya tak sampai 20 sen pun," katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin gagal menjelaskan secara terperinci kepada rakyat Selangor ke mana perginya hasil kutipan 20 sen yang dicaj peniaga ke atas pengguna bagi setiap beg plastik.
"Apabila BN Selangor memperkenalkan pendekatan sebaliknya (dalam manifesto BN Selangor bagi PRU14) ia ternyata akan menguntungkan rakyat kerana mereka akan dibayar atas usaha membawa beg mereka sendiri," katanya.
Pemilik kedai serbaneka, M.Kumares, 49, turut mempunyai pandangan senada dan menyifatkan caj 20 sen yang akan dibayar kepada pengguna sekiranya membawa beg sendiri ketika membeli barang di kedai, pasti memberi kesan positif dalam mengurangkan penggunaan plastik.
"Sebenarnya, saya sendiri tidak mengenakan sepenuhnya caj 20 sen itu kepada pembeli, sebab saya ada ramai pelanggan tetap daripada golongan kurang berkemampuan.
"Apabila ada yang datang beli barang dengan kuantiti yang banyak selalunya saya akan bagi kotak terpakai untuk memudahkan mereka bawa pulang barang yang dibeli," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 02 2018

Caj 20 sen yang akan dibayar kepada pengguna sekiranya membawa beg sendiri ketika membeli barang di kedai, dijangka memberi kesan positif dalam mengurangkan penggunaan plastik. - Gambar hiasan
Lelaki menang saman $50 juta, lecur tertumpah teh Starbucks
Seorang lelaki di California menang saman $50 juta selepas mengalami kecederaan serius akibat teh panas Starbucks yang tertumpah.
Peru isytihar darurat, penyanyi terkenal ditembak mati
Peru mengisytiharkan darurat di Lima susulan peningkatan jenayah, termasuk pembunuhan penyanyi terkenal Paul Flores, ketika kerajaan mengerahkan tentera bagi mengekang keganasan yang semakin berleluasa.
EU janji RM28.1 bilion untuk Syria pasca Assad
Persidangan EU di Brussels menjanjikan $6.3 bilion untuk pemulihan Syria selepas kejatuhan Assad, meskipun pemotongan bantuan AS dan ketidakstabilan politik membayangi usaha membina semula negara yang dilanda perang sejak 2011.
Trump umum dedah fail pembunuhan JFK esok
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pentadbirannya akan mendedahkan baki dokumen kerajaan mengenai pembunuhan Presiden John F. Kennedy pada Selasa, satu kes yang terus mencetuskan teori konspirasi lebih 60 tahun selepas kejadian.
Indonesia bawa balik 561 mangsa penipuan di Myanmar
Indonesia akan membawa balik 561 rakyatnya yang menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian di Myanmar, sebahagian daripada ribuan pekerja asing yang terperangkap dalam eksploitasi buruh rentas sempadan.

Pegawai kanan keselamatan Hamas maut dalam serangan Israel
Pegawai kanan keselamatan Hamas, Mahmoud Abu Watfa dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza pada Selasa.

Saintis tunjukkan rupa sebenar Antartika jika semua ais cair
Peta terbaharu oleh Tinjauan Antartika British (BAS) menunjukkan permukaan sebenar Antartika jika semua ais cair, dengan ketebalan ais purata 1.9 kilometer.

Houthi lancar serangan ketiga, sasar kapal pemusnah AS
Jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea, memaklumkan dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen pada Selasa, kumpulan itu telah melancarkan serangan ketiga terhadap kapal induk pesawat AS.
Saham akhirat Rizzalman Ibrahim
: Inspirasi dakwah dan kerja-kerja amal bekas pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim yang kini menerajui Yayasan Rizalman Ibrahim menggerakkan usaha menyebarkan literasi al-Quran, membina surau dan membantu golongan kurang berkemampuan bermatlamat sebagai saham akhiratnya nanti.
Dekatkan diri dengan Al-Quran, jadikan panduan hidup - TPM
Dalam hantaran di X, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam untuk mendekatkan diri dengan kitab suci Al-Quran.
Beliau menekankan pentingnya tadabbur atau menghayati makna ayat-ayat Al-Quran dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.
Beliau menekankan pentingnya tadabbur atau menghayati makna ayat-ayat Al-Quran dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

Caj perkhidmatan 20 hingga 40 sen bagi pembelian dalam talian - Zahidi
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bercadang mengenakan caj perkhidmatan 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000.

Aku janji BN bayar 20 sen kepada pengguna bawa beg sendiri disokong
Jika pengguna dibayar 20 sen ketika membeli barang keperluan, langkah itu dapat menggalakkan mereka untuk membawa beg sendiri ketika membeli-belah supaya dapat mengurangkan penggunaan beg plastik.

Mana duit 20 sen kami? - PEKA dakwa kempen bebas plastik gagal
PEKA tidak menerima satu sen daripada mana-mana syarikat yang mendakwa akan menyumbangkan wang kutipan beg plastik kepada NGO dan aktivis.