Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) menyifatkan kempen bebas plastik di negara ini gagal.
Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata masih ramai pengguna menggunakan plastik selain para peniaga turut menawarkan beg plastik.
Tegasnya, jika mahu inisiatif itu berjaya, kilang-kilang plastik perlu ditutup.
"Kita tengok tak berapa berjaya sangat kerana masih lagi ramai yang pakai beg plastik.
"Kalau betul-betul kita nak larang penggunaan plastik, kita sepatutnya tutup sahaja kilang-kilang yang menghasilkan plastik.
"Selain itu, kalau kutip 20 sen pula, bagi sesetengah orang, mereka tidak endahkan langsung kerana bagi mereka murah sahaja," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Malah, beliau turut mempersoal ke mana perginya hasil kutipan 20 sen yang dicaj peniaga kepada pengguna bagi satu beg plastik.
Beliau pada masa sama akui tidak menerima satu sen daripada mana-mana syarikat yang mendakwa akan menyumbangkan wang kutipan beg plastik kepada badan-badan bukan kerajaan serta aktivis alam sekitar.
"Kami tidak pernah menerima apa-apa duit daripada 20 sen itu kerana mungkin duit itu masuk balik ke syarikat atau poket sesiapa. Itu kami tidak tahu kerana ia tidak pernah beritahu ke mana duit 20 sen itu pergi.
"Bayangkan sekiranya mereka (peniaga) dapat kutip 20 sen daripada 1,000 beg plastik, mereka dapat RM2,000. Itu baru satu hari untuk satu pasaraya, kalau sebulan?
"Kita tidak tahu mana duit itu pergi. Bagi saya, saya tidak setuju langsung dan kita tukarlah cara lain untuk tidak menggunakan plastik lagi," jelasnya.
Beberapa negeri telah memulakan inisiatif tanpa beg plastik seperti di Selangor, Perak dan Melaka sejak beberapa tahun lalu secara berperingkat.
Malah, kerajaan negeri Selangor telah mengutip RM1.87 juta daripada orang ramai menerusi caj 20 sen bagi setiap beg plastik sejak melaksanakan kempen 'Bebas Beg Plastik' bermula 1 Januari hingga 31 Mei 2017.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Feb 17 2018

PEKA tidak menerima satu sen daripada mana-mana syarikat yang mendakwa akan menyumbangkan wang kutipan beg plastik kepada NGO dan aktivis. - Gamabr Hiasan

Mesir kemuka cadangan penempatan pasukan pengaman antarabangsa di Gaza, Tebing Barat
Cadangan itu dikemukakan semasa mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, duta asing serta wakil antarabangsa bagi membincangkan pemulihan sektor penjagaan kesihatan di Gaza.

Keputusan pemilihan CEC DAP tidak ada kaitan kedudukan dalam Kabinet - Loke
Semua anggota Kabinet sedia ada dalam DAP kekal, selain tiada rombakan yang akan dicadangkan parti susulan pemilihan CEC.

Isu had tempoh jawatan PM perlu dihujah dengan adab, bukan konotasi negatif
Isu mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun perlu dihujahkan dengan adab dan wibawa yang tinggi.

IWK bakal hasil baja organik bagi tanaman makanan
Penghasilan baja tersebut merupakan satu usaha CSR IWK, sebagai inisiatif pemulihan sumber bagi menjana kelestarian untuk masa depan hijau.

MAHB komited tangani aktiviti penyeludupan hidupan liar di KLIA
MAHB komited tangani penyeludupan hidupan liar di KLIA melalui langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan dan kerjasama strategik dengan agensi-agensi penguatkuasaan.

Ops Khas HRA 2025: JPJ pantau lebih 15 'hotspot' di Kelantan
Jabatan Pengangkutan Jalan akan memantau lebih daripada 15 kawasan 'hotspot' di seluruh Kelantan menerusi Op Hari Raya (Op HRA) 2025 yang akan bermula pada 24 Mac hingga 8 April ini.

SUKMA 2026: Lima sukan tambahan dijangka dimuktamad selepas Aidilfitri - Exco
Selangor dijangka memuktamadkan lima sukan tambahan yang bakal dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Amalkan sikap tabayyun demi keharmonian masyarakat - Mohd Na'im
Mohd Na'im seru umat Islam amalkan sikap sabar, berfikiran terbuka dan menyelesaikan perbezaan dengan hikmah serta menggunakan saluran yang betul.

Sarawak kaji semula Pelan Induk Elektrik 2025-2030
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta SEB sedang mengkaji semula Pelan Induk Elektrik Sarawak 2025-2030 bagi memastikan usaha elektrifikasi penuh secara menyeluruh.

UMK lancar pelan strategik kekal relevan sebagai universiti keusahawanan
UMK bakal melancarkan Pelan Strategik UMK30 yang berteraskan inovasi, keusahawanan dan pengantarabangsaan bagi memastikan institusi itu kekal relevan dengan keperluan semasa.

Caj perkhidmatan 20 hingga 40 sen bagi pembelian dalam talian - Zahidi
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bercadang mengenakan caj perkhidmatan 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000.

Aku janji BN bayar 20 sen kepada pengguna bawa beg sendiri disokong
Jika pengguna dibayar 20 sen ketika membeli barang keperluan, langkah itu dapat menggalakkan mereka untuk membawa beg sendiri ketika membeli-belah supaya dapat mengurangkan penggunaan beg plastik.

Mana duit 20 sen kami? - PEKA dakwa kempen bebas plastik gagal
PEKA tidak menerima satu sen daripada mana-mana syarikat yang mendakwa akan menyumbangkan wang kutipan beg plastik kepada NGO dan aktivis.