KUALA LUMPUR:Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Semenanjung bagi tahun 2020-2039 akan dilancarkan dalam masa terdekat, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.
Shamsul Anuar berkata Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan, Pelaksanaan dan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) yang dipengerusikannya pada Selasa telah meluluskan pelan tersebut.
Beliau juga berkata, menerusi pelan tersebut hala tuju Tenaga Boleh Baharu (TBB) meliputi pindaan kepada definisi TBB serta penetapan sasarannya bagi tahun 2025 hingga 2035.
"Keputusan mesyuarat akan diangkat untuk pertimbangan Mesyuarat Jemaah Menteri, sebelum sebarang pengumuman terperinci mengenainya akan dibuat," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Shamsul Anuar menjelaskan mesyuarat tersebut turut dihadiri pegawai-pegawai Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad(TNB) dan pegawai dari Jabatan Single Buyer.
Selain itu, mesyuarat JPPPET turut disertai secara virtual oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta PETRONAS.
Astro Awani
Tue Oct 20 2020
![Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Semenanjung bagi tahun 2020-2039 akan diperkenal Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Semenanjung bagi tahun 2020-2039 akan diperkenal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/41590837833_shamsulanuarnasara.jpg)
Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan menerusi pelan tersebut hala tuju Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang meliputi pindaan kepada definisi TBB serta penetapan sasarannya bagi tahun 2025 hingga 2035. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Guna teknologi AI perkukuh kawalan sempadan negara Guna teknologi AI perkukuh kawalan sempadan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Guna teknologi AI perkukuh kawalan sempadan negara
Cadangan itu adalah langkah strategik KDN bagi meningkatkan kawalan sempadan di Malaysia menggunakan teknologi terkini, selari dengan perkembangan semasa dunia.
![KDN ingatkan pegawai, anggota penguat kuasa tidak sebar siasatan dalaman KDN ingatkan pegawai, anggota penguat kuasa tidak sebar siasatan dalaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719989616_TBShamsulAnuarNasar.jpg)
KDN ingatkan pegawai, anggota penguat kuasa tidak sebar siasatan dalaman
Pegawai dan anggota penguat kuasa agensi di bawah KDN diingatkan supaya tidak menyebarkan kepada umum sebarang siasatan dalaman.
![Pembinaan ICQS Bukit Berapit baharu dimuktamad bulan depan Pembinaan ICQS Bukit Berapit baharu dimuktamad bulan depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693826519_ShamsulAnuarNasara.jpg)
Pembinaan ICQS Bukit Berapit baharu dimuktamad bulan depan
KDN dan Kerajaan Negeri Perak akan memuktamadkan perbincangan mengenai pembinaan kompleks ICQS Bukit Berapit yang baharu, Mei ini.
![Pengoperasian MCBA di pintu masuk sempadan perlu 13,700 perjawatan Pengoperasian MCBA di pintu masuk sempadan perlu 13,700 perjawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711517619_TBSHAMSUL.jpg)
Pengoperasian MCBA di pintu masuk sempadan perlu 13,700 perjawatan
Pengoperasian penuh Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) di 141 pintu masuk negara dijangka memerlukan 13,700 perjawatan anggota.
![302 pegawai, anggota PDRM dipecat sejak 2022 hingga Februari 2024 302 pegawai, anggota PDRM dipecat sejak 2022 hingga Februari 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710749167_ShamsulAnuarNasara.jpg)
302 pegawai, anggota PDRM dipecat sejak 2022 hingga Februari 2024
Shamsul Anuar Nasarah berkata PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai serta anggota yang melanggar peraturan dan undang-undang.
![Stoking tertera kalimah Allah: Polis terima 178 laporan di seluruh negara Stoking tertera kalimah Allah: Polis terima 178 laporan di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711363901_TBSHAMSUL.jpg)
Stoking tertera kalimah Allah: Polis terima 178 laporan di seluruh negara
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata PDRM turut menerima 30 laporan mengenai ketidakpuasan hati terhadap hantaran melalui Facebook mengenai isu sama.
![289 kes pemerdagangan manusia dari 2022-2024 289 kes pemerdagangan manusia dari 2022-2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710222276_TBShamsulAnuarNa.jpg)
289 kes pemerdagangan manusia dari 2022-2024
Sebanyak 526 tangkapan dilakukan, dengan 992 mangsa diselamatkan dalam tempoh sama.
![Maritim Malaysia laksana peranan dengan baik sejak 19 tahun lalu - Shamsul Anuar Maritim Malaysia laksana peranan dengan baik sejak 19 tahun lalu - Shamsul Anuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707973025_tbMaritimMalaysia.jpg)
Maritim Malaysia laksana peranan dengan baik sejak 19 tahun lalu - Shamsul Anuar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebaiknya dalam menjaga keselamatan perairan negara sejak penubuhan 19 tahun lalu.
![Lebih 20,000 banduan jalani program pemulihan dalam komuniti Lebih 20,000 banduan jalani program pemulihan dalam komuniti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662708968_TBpenjara.jpg)
Lebih 20,000 banduan jalani program pemulihan dalam komuniti
Lebih 20,000 banduan di seluruh negara menjalani program pemulihan di luar tembok penjara bersama komuniti dengan pemantauan Jabatan Penjara Malaysia.
![JPN cetak 160,000 MyKid, serah kepada pemohon berperingkat - KDN JPN cetak 160,000 MyKid, serah kepada pemohon berperingkat - KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702442088_ShamsulAnuarNasara.jpg)
JPN cetak 160,000 MyKid, serah kepada pemohon berperingkat - KDN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencetak 160,000 kad pengenalan diri kanak-kanak bercip (MyKid) yang tertunggak sejak Oktober lepas.