Pelan 12 perkara yang diumumkan oleh Khazanah Nasional Bhd untuk membolehkan Malaysia Airlines (MAS) kembali mencatat keuntungan perlu dikaji, diperinci dan difahami, kata Kesatuan Pekerja Penerbangan Malaysia (MASEU).
Ketika mengalu-alukan pelan penstrukturan semula itu, Setiausaha Eksekutif MASEU, Mohd Jabbarullah Abd Kadir, berkata ada beberapa isu tertentu yang perlu dibincangkan oleh kesatuan itu dengan ahli-ahlinya.
"Pelan penstrukturan semula itu amat besar dan memberi kesan yang sangat besar juga ke atas 13,500 pekerja MAS yang menjadi anggota kami.
"Sebarang pelan penstrukturan semula untuk memulihkan MAS disambut baik, tetapi kami memerlukan masa yang cukup untuk membuat keputusan sama ada ia baik atau buruk bagi kakitangan. Di atas kertas, pelan itu mungkin hebat, tetapi bagaimana dengan pelaksanaan?" kata beliau kepada Bernama dalam satu wawancara.
Beliau berkata amat penting dinilai formula skim pemisahan sukarela (VSS) kerana ia mungkin menarik bagi kakitangan kanan, tetapi tidak bagi kakitangan bawahan yang mempunyai pengalaman kerja beberapa tahun.
Mohd Jabbarullah berkata bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS (2005-2009), Datuk Seri Idris Jala (kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri) telah menetapkan penanda aras bagi VSS dengan menawarkan gaji satu setengah bulan yang didarab dengan tempoh perkhidmatan kepada 5,000 kakitangan MAS.
Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM), Ismail Nasaruddin, menyifatkan pelan itu sebagai satu proses penyusunan semula biasa, tetapi perinciannya tidak ada.
"Jawatan penting 6,000 pekerja yang akan diberhentikan atau bahagian mana yang terlibat masih merupakan tanda tanya. Angkanya amat besar dan bagaimana proses ini memberi manfaat kepada mereka belum diketahui.
"Ada pro dan kontra tetapi masih awal untuk diulas, terutamanya tentang perincian proses, jumlah pampasan yang akan dibayar kepada kakitangan, dan sama ada jumlah itu boleh mereka terima," katanya.
Beliau berkata NUFAM perlu mengkaji kuantum yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan utama lain seperti Japan Airlines dan Garuda.
Tentang cadangan Akta MAS untuk mempermudah penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu, Ismail berkata menyedari pihak-pihak yang bakal menjadi peserta utama baharu, pendaftaran syarikat baharu membimbangkan semua pihak.
Sementara itu, seorang juruterbang MAS yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun, berkata ide untuk membentuk sebuah syarikat baharu telah ditimbulkan semasa pertukaran saham AirAsia-MAS dan beliau menyokongnya asalkan ia membuahkan hasil yang positif.
Tentang dana berjumlah RM6 bilion bagi penstrukturan semula itu, beliau berkata ia seharusnya mencukupi kerana jumlahnya hampir sama seperti yang disebut oleh Idris Jala semasa beliau cuba memulakan satu pelan pemulihan.
Mengenai VSS, beliau berkata pekerja MAS yang hampir mencecah usia persaraan, berkemungkinan menerima tawaran itu, tetapi kuantumnya haruslah wajar, misalnya, dua atau tiga bulan gaji didarabkan dengan tempoh perkhidmatan, manakala rundingan haruslah telus.
Seorang pramugari kanan yang mempunyai pengalaman selama 18 tahun berkata pelan penstrukturan semula itu akan menyuntik keyakinan baharu terhadap syarikat itu selepas dua tragedi.
"Ia boleh menjadi penguat semangat yang kita perlukan," tegas beliau.
Mengulas tentang VSS, beliau berkata: "Itu lebih baik daripada tiada apa-apa langsung. Tetapi itu satu pilihan, dan bergantung kepada berapa banyak syarikat sanggup bayar.
"Tahun ini merupakan tahun yang tragis dan kami memerlukan pengesahan daripada kerajaan bahawa MAS boleh dipulihkan," tegasnya. -- Bernama
Bernama
Fri Aug 29 2014
![Pelan 12 perkara perlu dikaji, diperinci, difahami - MASEU Pelan 12 perkara perlu dikaji, diperinci, difahami - MASEU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/41409299816_295x200.jpg)
MASEU: Pelan penstrukturan semula itu amat besar dan memberi kesan yang sangat besar juga ke atas 13,500 pekerja MAS yang menjadi anggota kami - Foto Astro AWANI
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723717873_BadrAbdelatty.jpg)
Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza
Pendekatan itu adalah satu-satunya cara menghentikan peningkatan ketegangan serantau dan membendung percubaan untuk meluaskan konflik.
Berita Terkini Kita: Hero Kita: Kisah wira negara yang tidak didendang
Irfan Faruqi menjelajah Johor membawakan kisah-kisah wira tidak didendang yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara bersempena bukan kemerdekaan.
Niaga AWANI: Potongan 50 peratus bagi pendaftaran domain .my dan .com.my
MYNIC Berhad, agensi di bawah Kementerian Digital menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan memberi potongan harga hingga 50 peratus bagi pendaftaran domain .MY dan .COM.MY yang baharu.
Niaga AWANI: K'jaan Persekutuan, Negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur – PM
Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusan tanpa berkompromi dengan peraturan yang dikuat kuasa bagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur di rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Niaga AWANI: KDNK Jepun meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku kedua
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun mencatatkan pertumbuhan 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku tahun kedua tahun ini, menurut data awal yang dikeluarkan kerajaan Jepun, lapor Sputnik.
Niaga AWANI: Zus Coffee lancar ciri derma baharu dalam aplikasi
ZUS Coffee menjadi syarikat terbaharu yang menyuarakan sokongannya terhadap Palestin.
![KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719502719_DatukArmizanMohdA.jpg)
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
KPDN mempelawa pasar raya besar seperti Lotus's untuk membuka cawangan mereka di Sabah dan Labuan.
![INFOGRAFIK: Shahril Ridza, Pengarah Urusan Khazanah Nasional INFOGRAFIK: Shahril Ridza, Pengarah Urusan Khazanah Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/71518267181_kwspdividentinggi.jpg)
INFOGRAFIK: Shahril Ridza, Pengarah Urusan Khazanah Nasional
Khazanah Nasional Berhad hari iini mengumumkan pelantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan sebagai Pengarah Urusan baharu dana kekayaan kedaulatan itu.
![Shahril Ridza Ridzuan dilantik Pengarah Urusan Khazanah Shahril Ridza Ridzuan dilantik Pengarah Urusan Khazanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61462266058_ShahrilRidza.jpg)
Shahril Ridza Ridzuan dilantik Pengarah Urusan Khazanah
Shahril Ridza dijadual memulakan tugas pada 20 Ogos ini.
![Lembaga Pengarah Khazanah tawar letak jawatan Lembaga Pengarah Khazanah tawar letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81516289449_AzmanMokhtar.jpg)
Lembaga Pengarah Khazanah tawar letak jawatan
Kesemua lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad tawar diri meletak jawatan bagi memastikan peralihan dana kekayaan kedaulatan itu adalah terurus dan berjalan lancar.
![GLIC teruskan peranan dengan ketelusan, tadbir urus lebih baik GLIC teruskan peranan dengan ketelusan, tadbir urus lebih baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526250488_TBKHAZANAHNASIONALA.jpg)
GLIC teruskan peranan dengan ketelusan, tadbir urus lebih baik
GLIC diberikan taklimat hala tuju oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, yang mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan.
![Charon Mokhzani tinggalkan Khazanah Nasional Charon Mokhzani tinggalkan Khazanah Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51443016366_CHARON.jpg)
Charon Mokhzani tinggalkan Khazanah Nasional
Dato Charon Mokhzani akan meninggalkan Khazanah dan KRI pada pertengahan bulan Mei 2018, selepas berkhidmat selama hampir lima tahun.
![Khazanah Nasional untung besar bagi tahun 2017 Khazanah Nasional untung besar bagi tahun 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/51516274086_Khazanah.jpg)
Khazanah Nasional untung besar bagi tahun 2017
Menurut Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar, "keuntungan Portfolio Nilai Bersih Dilaraskan (NWA) adalah yang tertinggi yang pernah dicatat sejak tahun 2004".
![Arul Kanda enggan ulas lanjut isu kepimpinan Khazanah Arul Kanda enggan ulas lanjut isu kepimpinan Khazanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51459407927_ArulKanda.jpg)
Arul Kanda enggan ulas lanjut isu kepimpinan Khazanah
Khazanah mempunyai aset berjumlah RM145.1 bilion setakat akhir tahun lepas, dan mempunyai pegangan dalam lebih 100 syarikat dalam pelbagai sektor.