Peranan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dalam menguruskan aset dan kepentingan awam akan diteruskan dengan ketelusan dan tadbir urus yang lebih baik.
Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar berkata GLIC diberikan taklimat mengenai hala tuju yang jelas oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, yang mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan, untuk memastikan pemisahan politik dan perniagaan dalam menguruskan aset dan kepentingan awam.
"Ini jelas dinyatakan kepada kami, yang sudah tentu, kami mengalu-alukan, untuk terus menjalankan secara profesional proses menguruskan wang dan syarikat yang menguruskan kepentingan awam.
"Kami, pada masa sama, mengimbangi ini dengan kepentingan pasaran untuk memastikan semua yang kami lakukan untuk rakyat dilakukan secara teratur dengan pelbagai dasar yang telah diumumkan (oleh kerajaan)," katanya kepada Bernama selepas menghadiri pertemuan selama sejam dengan Tun Daim di sini pada Ahad.
Turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd Datuk Abdul Rahman Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Seri Johan Abdullah, Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Datuk Shahril Ridza Ridzuan.
Dalam menguruskan persepsi pelabur semasa peralihan kuasa, katanya akan terdapat legaran biasa dalam pasaran dalam jangka masa pendek, bagaimanapun persekitaran semasa menyediakan peluang yang baik dalam jangka masa sederhana hingga jangka masa panjang.
"Dalam banyak aspek, kami percaya kebanyakan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan GLIC telah melakukan banyak perkara. Saya fikir, InsyaAllah ini akan meningkatkan lagi pasaran.
"Oleh itu, daripada pasaran, dari segi penilaian ringgit, saya fikir jelas keyakinan adalah faktor terbesar. Saya fikir dengan permulaan baharu ini, ini akan berjaya," katanya.
Sementara itu, ketua eksekutif daripada enam GLIC dan institusi amanah, dalam kenyataan, berkata Tun Daim telah memaklumkan kepada mereka bahawa dalam tempoh 100 hari, Majlis Penasihat Kerajaan akan memanfaatkan GLIC dan GLC yang mana sesuai, untuk membantu mereka dari segi maklumat, sumber dan input dalam menangani pelbagai isu yang digariskan oleh kerajaan.
"Isu tersebut termasuk, antara lain, kajian semula dana dan syarikat tertentu, kajian semula projek, kontrak dan jalan bertol; bidang di mana GLIC dan GLC akan mempunyai kepakaran dan sumber tertentu dan relevan, " katanya.
Menurut kenyataan itu, bagi dana yang mempunyai penyertaan dari segi politik di lembaga pengarah masing-masing, Tun Daim menegaskan bahawa ini akan dikaji semula dan diubah, seperti yang diperlukan, selain menekankan kepada kepentingan prestasi yang baik dan profesional dana tersebut.
"Sebagai GLIC dan institusi amanah, kami menerima mesej ini dan menyokongnya dengan baik, sebagai sebahagian daripada amalan berterusan kami untuk mengukuhkan tadbir urus dan tumpuan prestasi serta akauntabiliti institusi masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 13 2018

Azman (dua, kiri) mengadakan sidang media selepas menghadiri mesyuarat tertutup antara Ketua-ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan dengan Majlis Penasihat Kerajaan, 13 Mei, 2018. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.
Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang dan dijangka akan terus meningkat.

Lady Gaga buat 4 konsert di Stadium Nasional Singapura pada Mei 2025
Singapura akan menjadi satu-satunya destinasi di rantau Asia bagi Lady Gaga dalam konsert jelajahnya kali ini.
"Amerika bukan Kanada", bidas Mark Carney terhadap ancaman AS
Bekas pegawai bank pusat, Mark Carney bertegas Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat dan sentiasa bersedia apabila ada pihak yang mencabar kedaulatannya.
Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza
Serangan berterusan di Gaza memberi kesan amat dahsyat kepada wanita, dengan seramai 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.

Rebut peluang tingkat kelayakan akademik melalui APEL
Inisiatif yang disediakan MQA itu memberikan pilihan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kelayakan akademik individu.

Berlalu sudah 100 hari, apa pula selepas ini? Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini
Adakah semua kementerian mencapai KPInya dalam 100 hari yang ditetapkan, dan paling penting adakah rakyat benar-benar menerima manfaatnya?

Kerajaan perlu wujud jawatankuasa khas tangani isu alam sekitar
Kerajaan perlu mewujudkan jawatankuasa khas untuk melihat polisi dan mengambil langkah-langkah penguatkuasaan dalam menangani isu alam sekitar.

New Zealand rekod 100 hari tanpa jangkitan baharu COVID-19
Ketika ini, negara yang dengan populasi lima juta orang itu sudah menjalani kehidupan seperti biasa.

Mohd Zuki lalui 100 hari pertama di 'luar norma kebiasaan'
Kepentingan fungsi dan peranan beliau sebagai KSN menyerlah semasa Yang di-Pertuan Agong berkenan merungkai kemelut kepimpinan negara.

Rakyat akan terus tagih janji PH - Pemuda UMNO Kelantan
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, rakyat berhak menuntut janji tersebut selepas mereka memberi mandat kepada PH untuk menerajui tampuk pemerintahan negara.

PRK Balakong: Isu hapuskan tol tanya saya - Guan Eng
MCA tidak sepatutnya bertanyakan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki ketika berkempen kerana beliau bukan menteri.

Perlu ada 'win-win' sebelum tol dikurangkan - Mohd Anuar
Usaha menghapuskan tol bukannya janji kepada rakyat dalam 100 hari sebaliknya merupakan janji jangka panjang yang perlu dilaksanakan secara berperingkat.

Sabah telah bertemu Petronas isu royalti minyak
Kerajaan Negeri Sabah sudah mengadakan pertemuan dengan Petronas bagi membincangkan usaha merealisasikan tuntutan 20 peratus royalti minyak, baru-baru ini.

Beri peluang, kita duduk dalam perut mak pun 9 bulan - Jamal Yunos
Jamal menyatakan sokongan supaya kerajaan PH di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peluang untuk menunaikan manifesto.