Seratus hari pertama Datuk Seri Mohd Zuki Ali sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) menyaksikan beliau melalui beberapa episod di "luar norma kebiasaan" dan mencabar, namun melakar sejarah negara.
Semasa menerajui sektor perkhidmatan awam Malaysia sebagai KSN ke-15 bermula pada 1 Jan lepas, beliau melalui suasana kerja biasa dengan turut mengambil langkah menyusun semula prinsip dan sistem nilai dalam perkhidmatan awam yang berteraskan "Kepercayaan Untuk Berkhidmat" dengan ditunjangi lima prinsip utama iaitu Kebersamaan; Interaksi; Dinamik; Khidmat Bakti; dan Pembudayaan Integriti.
Namun keadaan berubah pada penghujung Januari apabila negara mula mencatatkan kes COVID-19 yang memerlukan beliau memastikan perancangan sebaik mungkin dibuat khususnya oleh sektor awam bagi membendung penularan virus itu.
Pada bulan berikutnya, beliau berdepan cabaran sebagai ketua perkhidmatan awam apabila berlaku perpecahan dalam kerajaan Pakatan Harapan yang mentadbir negara setelah Bersatu bertindak meninggalkan pakatan empat parti itu pada 24 Feb.
Ini disusuli pula dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada hari yang sama, yang menyebabkan terbubarnya barisan jemaah menteri.
Berikutan itu, Mohd Zuki mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah berkenan menerima peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan melantik beliau sebagai perdana menteri interim.
Yang di-Pertuan Agong turut membatalkan pelantikan semua anggota pentadbiran berkuat kuasa pada hari sama.
Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, negara dipimpin perdana menteri interim tanpa barisan Kabinet, yang menjadikan perkhidmatan awam sebagai jentera terpenting dalam memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.
Keesokannya, Mohd Zuki mempengerusikan mesyuarat khas bersama kesemua ketua setiausaha kementerian untuk memastikan kelangsungan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.
Kepentingan fungsi dan peranan beliau sebagai KSN menyerlah semasa Yang di-Pertuan Agong berkenan merungkai kemelut kepimpinan negara.
Mohd Zuki turut mengiringi Seri Paduka semasa sesi temu bual peribadi dengan kesemua 222 Ahli Parlimen selama dua hari berturut-turut.
Krisis kepimpinan negara yang berlarutan selama seminggu berakhir pada 29 Feb apabila Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan yang mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada 1 Mac.
Pada 9 Mac, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengumumkan barisan Kabinet beliau, dan buat pertama kalinya tidak menamakan timbalan perdana menteri, sebaliknya mengumumkan pelantikan empat menteri kanan yang akan menerajui kluster masing-masing.
Perdana Menteri turut meminta Mohd Zuki memperkemas fungsi dan peranan kluster serta susun atur setiap kementerian untuk memastikan tiada sebarang pertindihan, selain menerajui proses pembentukan kementerian baharu.
Sebagai KSN, Mohd Zuki juga memantau pandemik COVID-19 yang menyaksikan peningkatan kes yang membimbangkan di Malaysia pada Mac.
Pada 16 Mac, Muhyiddin mengisytiharkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19 melalui usaha memutuskan rantaian jangkitan virus itu.
Berikutan pelaksanaan PKP, yang pertama kali dibuat dalam sejarah negara, ekosistem negara melalui perubahan apabila premis kerajaan dan swasta terpaksa ditutup kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara.
Dalam memerangi virus itu, Mohd Zuki membantu barisan Kabinet untuk mencari titik keseimbangan bagi memastikan keselamatan rakyat dan kelangsungan ekonomi demi kestabilan negara secara holistik.
Beliau juga menerajui pemantauan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) berdasarkan sasaran yang ditetapkan oleh Perdana Menteri.
Mohd Zuki, 58, yang menggantikan Tan Sri Dr Ismail Bakar, tidak pernah mengambil cuti rehat sepanjang 100 hari pertamanya sebagai KSN.
"Sejak menjawat jawatan sebagai KSN, beliau memberikan komitmen sepenuhnya terhadap tugas itu tanpa mengira hari dan waktu," kata seorang pegawai di Pejabat Ketua Setiausaha Negara.
Mohd Zuki, yang mempunyai pengalaman selama 28 tahun dalam perkhidmatan awam, sentiasa mengingatkan penjawat awam agar berpegang kepada konsep keneutralan dan profesionalisme serta menghormati prinsip pembahagian kuasa agar kedaulatan undang-undang dapat dipertahan dalam menjunjung Perlembagaan Persekutuan.
Mohd Zuki yang berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura, mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun.
Sebelum menyandang jawatan itu, Mohd Zuki ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan. Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Beliau juga pernah bertugas di Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Persekutuan Sarawak
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 09 2020

Mohd Zuki tidak pernah mengambil cuti rehat sepanjang 100 hari pertamanya sebagai KSN. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Rebut peluang tingkat kelayakan akademik melalui APEL
Inisiatif yang disediakan MQA itu memberikan pilihan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kelayakan akademik individu.

Berlalu sudah 100 hari, apa pula selepas ini? Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini
Adakah semua kementerian mencapai KPInya dalam 100 hari yang ditetapkan, dan paling penting adakah rakyat benar-benar menerima manfaatnya?

Kerajaan perlu wujud jawatankuasa khas tangani isu alam sekitar
Kerajaan perlu mewujudkan jawatankuasa khas untuk melihat polisi dan mengambil langkah-langkah penguatkuasaan dalam menangani isu alam sekitar.

New Zealand rekod 100 hari tanpa jangkitan baharu COVID-19
Ketika ini, negara yang dengan populasi lima juta orang itu sudah menjalani kehidupan seperti biasa.

Mohd Zuki lalui 100 hari pertama di 'luar norma kebiasaan'
Kepentingan fungsi dan peranan beliau sebagai KSN menyerlah semasa Yang di-Pertuan Agong berkenan merungkai kemelut kepimpinan negara.

Rakyat akan terus tagih janji PH - Pemuda UMNO Kelantan
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, rakyat berhak menuntut janji tersebut selepas mereka memberi mandat kepada PH untuk menerajui tampuk pemerintahan negara.

PRK Balakong: Isu hapuskan tol tanya saya - Guan Eng
MCA tidak sepatutnya bertanyakan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki ketika berkempen kerana beliau bukan menteri.

Perlu ada 'win-win' sebelum tol dikurangkan - Mohd Anuar
Usaha menghapuskan tol bukannya janji kepada rakyat dalam 100 hari sebaliknya merupakan janji jangka panjang yang perlu dilaksanakan secara berperingkat.

Sabah telah bertemu Petronas isu royalti minyak
Kerajaan Negeri Sabah sudah mengadakan pertemuan dengan Petronas bagi membincangkan usaha merealisasikan tuntutan 20 peratus royalti minyak, baru-baru ini.

Beri peluang, kita duduk dalam perut mak pun 9 bulan - Jamal Yunos
Jamal menyatakan sokongan supaya kerajaan PH di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peluang untuk menunaikan manifesto.