KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Fasa 1 Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) (2020-2022) telah melepasi sasaran kawasan liputan perangkaian, kelajuan rangkaian mudah alih dan kesalinghubungan gentian yang ditetapkan.
Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus berkata Fasa 1 JENDELA yang selesai semalam telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi 7.5 juta premis pada sasaran awal.
Beliau berkata penyiapan Fasa 1 JENDELA juga menyaksikan 96.92 peratus kawasan berpenduduk sekarang mempunyai kelajuan liputan rangkaian mudah alih dan 4G, 116.03 megabit sesaat (Mbps).
Sasaran awal liputan rangkaian 4G ialah 96.9 peratus dan sasaran kelajuan rangkaian mudah alih ditetapkan pada 35 Mbps.
"Langkah paling penting sekarang ialah untuk mencapai pada tahap tertentu dan mengekalkannya pada tahap itu atau lagi baik lagi dapatkan tahap yang lebih tinggi daripadanya," katanya kepada kepada media dan penganalisis secara dalam talian semasa pembentangan laporan penyudahan Fasa 1 JENDELA semalam.
Mohd Ali Hanafiah berkata dengan lengkapnya Fasa 1 JENDELA, Fasa 2 JENDELA dijangka akan bermula seawal suku ketiga (S3) tahun ini atau paling lewat menjelang suku keempat (S4).
Bagaimanapun, beliau berkata terdapat halangan yang perlu diatasi sebelum Fasa 2 dilaksanakan termasuk peralihan daripada model rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian seperti yang diumumkan baru-baru ini.
"Kerajaan telah membuat kajian semula dan dasar rangkaian borong tunggal akan diteruskan hanya sehingga kita capai 80 peratus (liputan 5G) pada hujung tahun ini.
Selepas itu kita akan berhijrah kepada dwirangkaian. Apa telah dilakukan kerajaan adalah menubuhkan sebuah pasukan petugas yang bermesyuarat setiap dua minggu. Melalui pasukan petugas ini ini akan menyelidiki semua isu dan halangan," katanya.
Beliau berkata kewujudan Tawaran Akses Rujukan (RAO) juga mungkin perlu dikemas kini atau diganti kerana ia hanya direka bentuk untuk model rangkaian borong tunggal.
"Sebaik sahaja ia menjadi entiti berkembar, ia akan berbeza daripada RAO yang kita ada hari ini yang berasaskan kepada sebuah model rangkaian borong tunggal. Bahkan ini adalah antara yang dibincangkan pasukan petugas pada masa ini," katanya.
Perkara ini timbul selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar ibrahim mengumumkan pelaksanaan 5G negara akan bertukar kepada model dwirangkaian sebaik sahaja rangkaian di bawah Digital Nasional Bhd mencapai 80 peratus liputan kawasan berpenduduk bagi memastikan kualiti rangkaian 5G.
Dalam taklimat semalam, Mohd Ali Hanafiah juga mengumumkan liputan 5G dalam kawasan berpenduduk kini mencecah 57.9 peratus dan MCMC yakin bahawa sasaran 80 peratus menjelang hujung tahun ini boleh dicapai.
Walaubagaimanapun, beliau berkata penggunaan rangkaian 5G masih rendah setakat Mac lepas dengan hanya 1.2 juta pengguna atau 3.1 peratus pengguna melanggan Internet 5G.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023

Dengan lengkapnya Fasa 1 JENDELA, Fasa 2 JENDELA dijangka akan bermula seawal suku ketiga tahun ini atau paling lewat menjelang suku keempat. - Foto Facebook MCMC

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum - Fahmi
Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Lapan individu dipanggil bantu siasatan kandungan palsu, jelik kait Institusi Diraja - MCMC
Kandungan tersebut didakwa boleh menimbulkan kekeliruan serta kebencian terhadap Institusi Diraja.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi
Sebanyak 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam menerusi fasa pertama dalam usaha meningkatkan capaian internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

'Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan, saya lepaskan jawatan' - Naib Canselor UKM
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa, Ahad.

Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).