Murid tujuh tahun Sekolah Rendah Agama Parit Penghulu Benteng Sungai Rambai Melaka lemas selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sini jam 4.45 petang Isnin.
Kanak-kanak perempuan itu terbabit dipercayai sedang bermain bersama-sama rakannya ketika waktu rehat sebelum terjatuh dalam lubang kumbahan itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Penguasa Bomba Masri Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.54 petang sebelum tiba di lokasi pada jam 5.10 petang.
Setelah tiba ke lokasi, kanak-kanak terbabit didapati terperangkap di dalam lubang kumbahan yang mengandungi air sedalam 3.6 meter.
Pihaknya terpaksa mengepam keluar separuh air kumbahan itu dan memulakan misi mencari mangsa melalui empat lubang kumbahan.
"Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 4.53 petang. Kemudian jentera telah keluar pada jam 5.10 petang kemudiannya kerja menyelamat dilakukan dan kita dapati pada 20 minit kemudiannya kita jumpai kanak-kanak perempuan yang telah lemas di loji kumbahan septik di sekolah agama ini', katanya ketika ditemui di sini semalam.
Beliau berkata, selepas dikeluarkan dari lubang kumbahan terbabit, mangsa disahkan meninggal dunia.
Raffi Bachik
Tue Feb 02 2016
![Pelajar tujuh tahun lemas dalam lubang kumbahan Pelajar tujuh tahun lemas dalam lubang kumbahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41454342134_LubangKumbahan.jpg)
Kanak-kanak perempuan terbabit dipercayai sedang bermain bersama-sama rakannya ketika waktu rehat sebelum terjatuh dalam lubang kumbahan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Wanita dan kanak-kanak maut dalam nahas kereta, MPV di Kuala Kangsar Wanita dan kanak-kanak maut dalam nahas kereta, MPV di Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723694795_KemalanganMaut.jpg)
Wanita dan kanak-kanak maut dalam nahas kereta, MPV di Kuala Kangsar
Dua maut selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah MPV jenis Toyota Velfire di Jalan Kuala Kangsar-Manong.
![Keracunan makanan di Sandakan: Kanak-kanak makan makanan dibeli bapa Keracunan makanan di Sandakan: Kanak-kanak makan makanan dibeli bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722205473_DrAsits.jpg)
Keracunan makanan di Sandakan: Kanak-kanak makan makanan dibeli bapa
Kanak-kanak tersebut mengalami gejala cirit-birit, demam dan hilang selera makan, serta mengalami sawan pada Rabu sebelum dibawa ke hospital.
![Keropok beracun: Penyiasat KKM jumpa peket dipercayai racun tikus dekat longgokan sampah Keropok beracun: Penyiasat KKM jumpa peket dipercayai racun tikus dekat longgokan sampah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720609181_TBkeropokracun.jpg)
Keropok beracun: Penyiasat KKM jumpa peket dipercayai racun tikus dekat longgokan sampah
Peket kosong yang sudah dibuka tertera tulisan Cina itu ditemui pasukan terbabit yang melakukan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian.
![Bihun, telur goreng tercemar ragut nyawa pelajar tingkatan 5, kanak-kanak 2 tahun Bihun, telur goreng tercemar ragut nyawa pelajar tingkatan 5, kanak-kanak 2 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718081636_NoorArrifinMohamad.jpg)
Bihun, telur goreng tercemar ragut nyawa pelajar tingkatan 5, kanak-kanak 2 tahun
Kedua-dua mangsa dipercayai makan makanan yang dibawa pulang dari program di sebuah sekolah di Sungai Cincin, Gombak.
![Kanak-kanak 3 tahun maut dihempap pokok kelapa Kanak-kanak 3 tahun maut dihempap pokok kelapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717932599_TBMATIHEMPAP.jpg)
Kanak-kanak 3 tahun maut dihempap pokok kelapa
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dihempap pokok kelapa di belakang rumah keluarganya di Felda Jengka 6 di sini pada Sabtu.
![Lebih 15,000 kanak-kanak maut di Gaza Lebih 15,000 kanak-kanak maut di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717496210_Israelistrike.jpg)
Lebih 15,000 kanak-kanak maut di Gaza
Kementerian Pendidikan berkata lebih daripada 15,000 kanak-kanak Palestin terbunuh sejak Israel mula menyerang Semenanjung Gaza.
![Hampir 2,000 kanak-kanak terbunuh, cedera dalam perang Ukraine - Unicef Hampir 2,000 kanak-kanak terbunuh, cedera dalam perang Ukraine - Unicef](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715679557_TBRussianmissile.jpg)
Hampir 2,000 kanak-kanak terbunuh, cedera dalam perang Ukraine - Unicef
Hampir 2,000 kanak-kanak di Ukraine terbunuh atau cedera sejak peningkatan perang lebih dua tahun lepas, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) hari ini.
![Kanak-kanak 4 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kuarters kediaman di Sungai Buloh Kanak-kanak 4 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kuarters kediaman di Sungai Buloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711291786_jatuhtingkat.jpg)
Kanak-kanak 4 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kuarters kediaman di Sungai Buloh
Ibu mangsa tidak sempat menyelamatkan mangsa sebelum kanak-kanak itu terjatuh.
![Korban nahas di Kuala Krai meningkat kepada empat orang Korban nahas di Kuala Krai meningkat kepada empat orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709376602_TBKUALAKRAIMAUT.jpg)
Korban nahas di Kuala Krai meningkat kepada empat orang
Kanak-kanak lelaki itu meninggal dunia pada 3.15 petang ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Sultan Ismail Petra.
![Kanak-kanak 8 tahun maut ditimpa dinding konkrit dalam pembinaan Kanak-kanak 8 tahun maut ditimpa dinding konkrit dalam pembinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707785666_timpadinding.jpg)
Kanak-kanak 8 tahun maut ditimpa dinding konkrit dalam pembinaan
Adik mangsa turut ditimpa batu-bata dinding berkenaan namun hanya mengalami cedera ringan.