KULIM: Pasukan penyiasat Kementerian Kesihatan (KKM) menemui satu peket racun tikus yang dipercayai diletakkan dalam bungkusan keropok dimakan dua beradik, yang seorang daripada mereka meninggal dunia manakala seorang lagi kritikal.
Peket kosong yang sudah dibuka tertera tulisan Cina itu ditemui pasukan terbabit yang melakukan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian iaitu di kawasan kebun dan rumah di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di sini, hari ini.
Sumber memaklumkan, peket racun tikus jenis serbuk itu ditemui berdekatan longgokan sampah.
Sementara itu, tinjauan Astro AWANI di kawasan itu hari ini mendapati, sepasukan polis mengunjungi rumah terbabit namun pemiliknya tiada.
Pasukan berkenaan berada di kawasan itu kira-kira sejam untuk menunggu pemilik rumah berkenaan sebelum beredar.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi, mengesahkan tiada sebarang tangkapan dilakukan pihaknya setakat ini.
Namun sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan daripada dua individu berusia 53 dan 34 tahun yang disyaki meletakkan bungkusan makanan ringan mengandungi racun itu pada dawai besi sekeliling pagar kebun.
Dalam kejadian Ahad lalu, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, muntah dan mulut mereka mengeluarkan buih di rumah selepas dipercayai termakan keropok bercampur racun tikus.
Mereka kemudian dikejarkan ke Hospital Kulim sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
Muhammad Akil Syauqi disahkan meninggal dunia di HPP jam 8.30 pagi tadi, manakala adiknya, Muhammad Luth Syauqi masih kritikal dan belum sedarkan diri.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jul 10 2024

Sepasukan polis mengunjungi lokasi kejadian hari ini. Gambar kanan: Peket dipercayai racun tikus.
AWANI 7:45 [27/2/2025] – Nilai kemanusian dalam dunia Islam| Rakam keterangan saksi| Mayat tersangkut pada pokok tepi sungai| Sedang rangka mekanisme
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Pemimpin Islam utama kepentingan peribadi, kepercayaan makin terhakis
-SPRM panggil lapan lagi saksi, siasatan rasuah empat bekas pegawai Ismail Sabri
-Kehilangan dan kematian ada keraguan, polis siasat ibu bapa Hud Aryan
-Sasaran subsidi petrol RON95, dijangka pertengahan tahun ini
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Pemimpin Islam utama kepentingan peribadi, kepercayaan makin terhakis
-SPRM panggil lapan lagi saksi, siasatan rasuah empat bekas pegawai Ismail Sabri
-Kehilangan dan kematian ada keraguan, polis siasat ibu bapa Hud Aryan
-Sasaran subsidi petrol RON95, dijangka pertengahan tahun ini

RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak ubah status tanah terlibat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan RUU Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dicadang dibentang di Parlimen nanti, tidak akan mengubah status tanah yang terlibat.

Bernas agih RM15 juta kepada pesawah sempena Ramadan - PM Anwar
Golongan pesawah di seluruh negara bakal menerima agihan sumbangan membabitkan peruntukan berjumlah RM15 juta daripada Bernas untuk membantu mereka melakukan persediaan awal Ramadan dan Syawal.

Konvensyen Francais ASEAN Mei ini rancakkan ekosistem francais serantau - Ewon
Konvensyen Francais ASEAN (AFC) yang julung kali diadakan pada Mei ini di ibu negara antara lain sebagai usaha memperkukuh ekosistem francais di rantau Asia Tenggara.
AWANI Tonight: Govt considers congestion charges in major cities to ease traffic
The government is considering congestion charges in Kuala Lumpur, Georgetown and Johor Bahru to ease traffic in these cities, pending studies and Cabinet approval
AWANI Tonight: Malaysia Education Blueprint: Progress, challenges & the road ahead
As the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 nears its conclusion this year, Dr. Logendra Stanley Ponniah from Taylor’s University evaluates its achievements, remaining gaps and the way forward.

Warga emas didenda RM6,000 miliki senapang patah buatan sendiri, 108 peluru
Seorang lelaki warga emas didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki senapang patah buatan sendiri dan 108 butir peluru tanpa lesen.

Jabatan Perikanan Perak tekad perangi populasi ikan asing
Jabatan Perikanan Perak terus komited memerangi populasi spesies ikan asing yang merupakan ancaman besar kepada ekosistem sungai di negeri ini, kata Pengarahnya Mohd Ghazali Abd Manap.

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama keselamatan maritim
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Badan Keamanan Laut Indonesia (Bakamla) menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama maritim bagi menjamin keselamatan perairan kedua-dua negara.

40 rakyat China yang ditipu untuk masuk secara tidak sah ke Thailand dihantar pulang
Operasi itu adalah contoh kerjasama berterusan kedua-dua negara untuk menangani aktiviti jenayah rentas sempadan.

Kes keropok beracun: Pemilik kebun diminta tampil jika ada maklumat tambahan
Siasatan PDRM terhadap kes membabitkan dua kanak-kanak maut selepas termakan keropok beracun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim pada Julai lepas dijalankan berlandaskan undang-undang.

Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis
Suspek yang juga pekebun itu akan dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.

Biskut beracun: 'Terasa masam, mujur dia sempat muntahkan' - Bapa
Remaja lelaki yang nyaris maut selepas termakan biskut dicampur racun di sebuah kebun, pada Jumaat lalu kini stabil dan di pantau selama 72 jam sebelum dibenarkan pulang.

Lagi kes termakan makanan beracun, remaja nyaris maut di Kemaman
Seorang remaja berusia 13 tahun nyaris maut selepas makan biskut yang dipercayai dicampur racun dalam kejadian di Kampung Dadong, Kemaman Jumaat lalu.

Insiden keropok beracun: "Wake-up call" buat KKM - Dzulkefly
Dzulkefly berkata kejadian itu mengingatkan pihaknya terutama penguat kuasa agar memberikan perhatian terhadap bahaya racun tersebut kepada manusia.

Keropok beracun: Luluh hati nenek, kehilangan dua cucu selang dua hari
Nenek kepada pasangan dua beradik yang termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus, sedih selepas menerima perkhabaran Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia hari ini.

Keropok beracun: Muhammad Luth meninggal dunia
Seorang lagi kanak-kanak yang termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus, Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia pada Jumaat.

Wajah Muhammad Akil Syauqi jernih, tersenyum - Bekas pengasuh
Menurut Siti Fadilah Hashim, dia yang dipanggil dengan panggilan Mama oleh Arwah sangat sedih kerana amat disayangi Fadilah sekeluarga.

Suspek kes keropok beracun direman enam hari
Tahanan reman ke atas pekebun itu bagi membantu siasatan membabitkan kematian kanak-kanak selepas disyaki makan keropok beracun.