Kejadian seorang pelajar maut dipercayai dipukul sekumpulan 10 penghuni asrama berlaku di Asrama Akhlak (lelaki) Pokok Sena, Kedah dan bukannya terjadi di Pusat Pemulihan Akhlak Pokok Sena seperti yang dilaporkan akhbar tempatan.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan di sini menjelaskan kedua-dua institusi berkenaan merupakan dua institusi berbeza yang ditadbir oleh dua agensi berlainan.
"Asrama Akhlak adalah di bawah pentadbiran Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala Pusat Pemulihan Akhlak Pokok Sena di bawah tanggungjawab Jabatan Penjara Malaysia, KDN," kata kementerian itu hari ini.
Jumaat lalu, Mohamad Shukri Kassim, 17, disedari meninggal dunia oleh warden pusat itu apabila tidak bangun menunaikan solat Subuh.
Sebuah akhbar melaporkan bahawa mangsa dimasukkan ke pusat pemulihan itu sejak 11 Nov lalu kerana masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatan kes pecah rumah di Langkawi, Kedah.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala serta perut dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.
Berikutan itu, polis menahan 10 penghuni lain berusia antara 14 hingga 17 tahun yang disyaki terbabit dengan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 23 2016
![Pelajar maut di Asrama Akhlak Pokok Sena, bukan di Pusat Pemulihan Akhlak Pelajar maut di Asrama Akhlak Pokok Sena, bukan di Pusat Pemulihan Akhlak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81450053335_MAYATGENERIC.jpg)
Jumaat lalu, Mohamad Shukri Kassim, 17, disedari meninggal dunia oleh warden pusat itu apabila tidak bangun menunaikan solat Subuh. - Gambar hiasan
![Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717499145_TBVolkerTurk.jpg)
Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan
Volker Turk berkata, kebanyakan yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Ogos 2024.
Tumpuan Jumaat – 16 Ogos 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714298313_DatukMuhamadZakiH.jpg)
PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi
Polis mengesahkan bahawa ada pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pengundi untuk tidak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Sabtu ini.
![[KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak [KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723734879_LebuhrayaPanBorneo.jpg)
[KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak
Di Malaysia, pembangunan infrastruktur seperti jalan raya merupakan kunci kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
![Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723715909_TBEONBHD.jpg)
Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON
EON mengunjurkan penembusan pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia mencecah sehingga dua peratus menjelang akhir tahun, didorong oleh pelancaran model EV tambahan.
![AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715345_ShamsulAnuarNasara.jpg)
AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah bersiap sedia dalam segala aspek sejurus Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 diwartakan kelak.
![MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658163463_klcc.jpg)
MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus
MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku kedua 2024 pada sekitar 6.1 peratus tahun ke tahun, disokong oleh pertumbuhan kukuh sektor perkhidmatan.
![Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715543_fadillahyusof.jpg)
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![Pelajar maut di Asrama Akhlak Pokok Sena, bukan di Pusat Pemulihan Akhlak Pelajar maut di Asrama Akhlak Pokok Sena, bukan di Pusat Pemulihan Akhlak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81450053335_MAYATGENERIC.jpg)
Pelajar maut di Asrama Akhlak Pokok Sena, bukan di Pusat Pemulihan Akhlak
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan menjelaskan kedua-dua institusi berkenaan merupakan dua institusi berbeza yang ditadbir oleh dua agensi berlainan.