LAHAD DATU: Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) di sini mampu menjadi salah satu daripada hab pemindahan kargo dari kapal ke kapal yang utama di rantau ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Kedudukan strategik Pelabuhan POIC itu di pertengahan Asia Timur mempunyai kelebihan besar dalam aspek pengendalian kargo pukal yang mana pemprosesan boleh dilakukan di sini, sebelum dieksport ke beberapa negara maju seperti China, Jepun, Korea, Taiwan dan Hong Kong.
"Sudah pasti infrastruktur baharu itu akan menjana pertumbuhan sosio ekonomi tempatan termasuk peluang pekerjaan. Pelabuhan ini juga akan membantu menjayakan lagi sektor perindustrian di Sabah
"Perindustrian antara sektor utama dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) juga sektor tumpuan pertumbuhan ekonomi negeri," katanya dalam kenyataan sempena Majlis Pelancaran Rasmi Pelabuhan POIC Lahad Datu dan Pengoperasian Fasiliti Tangki Pukal POIC di sini hari ini.
Sektor industri pelabuhan adalah salah satu daripada pemangkin utama dan tulang belakang kepada pembangunan negeri Sabah, khususnya melibatkan penghantaran barang atau kargo.
Kemudahan infrastruktur yang baik serta berkualiti akan dapat menyokong setiap usaha pembangunan ekonomi Sabah.
"Kita yakin dengan kerjasama jitu dan erat di antara Kerajaan Negeri dengan sokongan padu daripada Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GLC) negeri.
"Ini termasuk menubuhkan POIC Lahad Datu pada 2005, dengan objektif untuk menerajui pembangunan dalam sektor industri pemprosesan hiliran minyak sawit bagi menambah nilai kepada 1.4 juta hektar ladang kelapa sawit di Sabah, disamping mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan", katanya.
Hajiji juga optimis pelabuhan POIC Lahad Datu akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi negeri khususnya dalam sektor pembuatan, perkhidmatan logistik serta sokongan kepada operasi eksport dan import.
POIC Sabah Sdn.Bhd melalui anak syarikatnya POIC Logistics Sdn. Bhd bertanggungjawab penuh dalam mengendalikan operasi pelabuhan yang terdapat di POIC Lahad Datu, yang menyediakan kemudahan pelabuhan paling komprehensif, canggih dan serba lengkap di perairan Selat Lombok-Makassar.
Pelabuhan-pelabuhan ini terdiri daripada Terminal Kontena, Terminal Pukal Kering, Terminal Pukal Cecair dan Dermaga Pendaratan Baj/Tongkang.
Beliau berkata lagi, dengan kemudahan prasarana itu, Pelabuhan POIC Lahad Datu merupakan antara pelabuhan yang mempunyai kemudahan komprehensif yang terbaik di rantau ini.
"Pelabuhan di POIC mempunyai kedalaman semula jadi sehingga 20 meter, setanding dengan pelabuhan terbaik di dunia seperti Pelabuhan Rotterdam. Oleh itu, adalah diharapkan pemain-pemain industri tempatan dapat memanfaatkan kemudahan pelabuhan tempatan khususnya Pelabuhan POIC Lahad Datu.
"Justeru, pelabuhan ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negeri khususnya bagi kawasan pantai timur Sabah dan akan menjadi salah satu pintu masuk utama perdagangan dan pelaburan ke negeri ini," katanya.
Sementara itu, Hajiji berkata Kerajaan Negeri menyokong dan bersetuju pada dasarnya beberapa cadangan inisiatif baharu yang boleh memacu perkembangan serta meningkatkan keupayaan POIC dalam merancakkan lagi aktiviti perindustrian di Wilayah Pantai Timur Sabah.
Inisiatif itu ialah pengadaan Zon Bebas di Taman Perindustrian Lahad Datu, mewujudkan Pusat Pengumpulan Satelit Biojisim, Lapangan Terbang Antarabangsa di Lahad Datu, menubuhkan Akademi Maritim dan Pembinaan Pusat Rawatan Kesihatan di kawasan tanah komersil di POIC Lahad Datu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 05 2022
Hajiji Noor (kanan) melakukan gimik pelancaran rasmi Pelabuhan POIC Lahad Datu dan Pengoperasian Fasiliti Tangki Pukal POIC di Terminal Kontena POIC Lahad Datu, hari ini.
Malaysia gesa PBB ambil tindakan segera tangani isu Palestin, Myanmar
Beliau turut menyatakan kebimbangan mendalam Malaysia terhadap konflik yang berterusan dan pencabulan hak asasi manusia di Palestin dan Myanmar.
PM Anwar buat panggilan video dengan Uya
Video yang dikongsikan di akaun TikTok @husnanawwarloksin memaparkan kanak-kanak itu meminta agar Perdana Menteri melawatnya di PPS.
Tiga kelab Liga Super alami isu tunggakan gaji didenda RM15,000
Denda itu berikutan MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian berhubung tunggakan gaji.
37 pusat penjagaan kesihatan di Lubnan henti operasi berikutan serangan Israel - WHO
Menurut WHO, penutupan ini telah meninggalkan jurang yang ketara dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan di seluruh negara.
Pelumba basikal Switzerland, Furrer, meninggal dunia selepas kemalangan di Kejuaraan Dunia
Muriel Furrer menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Zurich, tempat beliau menerima rawatan.
TikTok Shop catat pertumbuhan 2.2 kali pada separuh pertama 2024
Ini menggambarkan peralihan sikap pengguna dalam talian Malaysia, apabila pembeli mengenali jenama-jenama menerusi kandungan di TikTok Shop.
Malaysia komited perkukuh kerjasama global dalam tindakan iklim - Johari
Johari berkata empat bidang utama penting untuk memastikan kemampanan produk minyak sawit Malaysia.
Datuk Bandar NY didakwa terima rasuah
Penginapan di hotel mewah St Regis di Instanbul, dan syarikat penerbangan Turkish Airlines merupakan antara yang disebut dalam dakwaan rasuah ke atas Datuk Bandar New york, Eric Adams.
10 Berita Pilihan - (27 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Francis akui skandal seks memalukan gereja katolik
Pope Francis mengambil pendirian bahawa pihak gereja katholik perlu berasa malu dan memohon keampunan susulan skandal penganiayaan seksual.
Pemerintah Kota Vatican itu, ketika berucap di hadapan Raja dan Permaisuri Belgium di Brussels pada Jumaat, bertegas akan menangani skandal tersebut dengan tegas.
Pemerintah Kota Vatican itu, ketika berucap di hadapan Raja dan Permaisuri Belgium di Brussels pada Jumaat, bertegas akan menangani skandal tersebut dengan tegas.
Sabah alu-alukan kenaikan peruntukan khas interim sementara tunggu tuntutan 40 peratus
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik kenaikan peruntukan khas interim kepada RM600 juta untuk tahun depan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
PM Anwar adakan lawatan dua hari ke Sabah
Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour.
Sabah antara enam penyumbang utama KDNK Malaysia bagi 2023 - Hajiji
Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan Sabah menyumbang 5.5 peratus kepada KDNK 2023, seiring Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang.
Kerajaan GRS-PH Plus adil kepada semua tanpa mengira fahaman politik - Hajiji
Hajiji berkata walaupun pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya serta kerajaan pimpinannya, namun soal keadilan tetap menjadi pegangan beliau.
Sabah tubuh jawatankuasa khas, pasukan petugas tangani penduduk tanpa dokumen pengenalan diri
Kerajaan Sabah akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan dan Pasukan Petugas Khas (JKKSK) bagi menangani isu penduduk tanpa dokumen pengenalan diri.
Kerjasama Malaysia, Brunei saling menguntungkan kedua-dua negara - Hajiji
Hajiji berkata rundingan itu juga membolehkan kedua-dua negara meneruskan dan mengukuhkan kerjasama meluas, juga memberi manfaat besar untuk hubungan antara Sabah dan Brunei.
Sabah peruntuk RM470 juta bagi pembangunan modal insan - Hajiji
Kerajaan Sabah memperuntukkan RM470 juta bagi tujuan pembangunan modal insan tahun ini termasuk pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran.
Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji akui terima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah.
Sabah perkasa belia melalui pelbagai program - Hajiji
Agenda pembangunan modal insan akan terus diberi penekanan dalam usaha melahirkan insan berkualiti, berkemahiran dan berminda kelas pertama.