Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, beliau tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut kerana kes ini sedang dalam siasatan dan sebarang kenyataan boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.
Bagaimanapun, Hajiji memberi jaminan pengurusan pentadbiran baharu SMM adalah teratur serta
mengikut tadbir urus yang baik, tambahnya dalam ucapan penggulungan Jabatan Ketua Menteri di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Dewan Undangan Negeri Sabah, pada Rabu.
Semua pertimbangan dan kelulusan diputuskan melalui mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.
Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Mineral Management, Jontih Enggihon bagi membantu siasatan.
Ia susulan siasatan SPRM berkaitan rasuah perolehan projek mineral membabitkan ahli perniagaan yang dikaitkan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.