Seorang pekerja sambilan di Taman Buaya Batu 8 putus kaki kanan manakala tangan kanannya hancur akibat dibaham buaya di taman itu di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata dalam kejadian pada 1.45 tengah hari itu, mangsa seorang lelaki berusia 35 tahun dikatakan sedang memberi makan kepada haiwan itu di kolam pertunjukan di taman berkenaan.
Katanya, selepas memberi makan, mangsa dipercayai menggosok hidung buaya berkenaan menyebabkan reptilia itu berang lalu membaham mangsa.
Katanya buaya terbabit hanya melepaskan mangsa selepas pekerja lain yang berada di tempat kejadian bertindak menghalau buaya itu.
Akibat kejadian itu, katanya kaki kanan mangsa hingga paras lutut putus manakala tangan kanannya hingga ke siku hancur dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Duchess of Kent di sini.
Azhar berkata siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang pekerja sambilan selama enam bulan dan dijangka akan tamat kontrak pada bulan depan. -- Bernama
Bernama
Tue Feb 21 2017

Buaya terbabit hanya melepaskan mangsa selepas pekerja lain yang berada di tempat kejadian bertindak menghalau buaya itu. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dua pekerja ladang maut dalam nahas jalan raya
Dua pekerja ladang warganegara Filipina maut selepas motosikal mereka tunggangi terlibat dalam satu nahas jalan raya di simpang Kampung Jaya Bakti, dekat sini, hari ini.

Pekerja putus kaki dibaham buaya di Taman Buaya Sandakan
Seorang pekerja sambilan di Taman Buaya Batu 8 putus kaki kanan manakala tangan kanannya hancur akibat dibaham buaya di taman itu di sini semalam.