KUALA LUMPUR: Syarikat atau majikan perlu memberi cuti bergaji kepada kalangan pekerja mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi untuk menunaikan tanggungjawab itu pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata perkara itu terpakai kepada majikan yang menetapkan 19 November 2022 sebagai hari bekerja atau yang melaksanakan sistem giliran atau syif.
"Pekerja yang merupakan pemilih berdaftar dan dijadualkan bekerja pada sebelah siang bagi syif 12 jam hendaklah diberi masa yang munasabah untuk mereka mengundi pada hari pengundian 19 November 2022," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata bagi majikan yang menetapkan 19 November 2022 sebagai hari cuti atau hari rehat maka, pekerja yang merupakan pengundi berdaftar bebas melaksanakan hak mereka sebagai pemilih pada hari pengundian dan tidak ada keperluan untuk majikan memberikan hari rehat tambahan.
Syed Hussain berkata selain itu mungkin terdapat keadaan apabila pekerja yang merupakan pemilih berdaftar perlu membuang undi di pusat pengundian yang terletak di luar stesen kerja dan 19 November 2022 adalah hari bekerja biasa bagi pekerja tersebut.
"Justeru adalah munasabah untuk syarikat menghendaki pekerja tersebut memohon cuti tahunan/cuti tanpa gaji bagi tujuan tersebut," katanya.
Beliau berkata bagi pekerja yang merupakan pengundi berdaftar dan perlu membuang undi melalui undi pos pada 15 Nov, 2022 masa yang munasabah harus diberikan kepada mereka yang bekerja pada hari tersebut untuk membolehkan mereka mengundi secara undian pos.
Beliau berpandangan semua langkah itu sebagai satu kewajipan yang adil dan munasabah yang dikenakan ke atas majikan untuk memastikan semua pekerja yang merupakan pengundi berdaftar diberi peluang sewajarnya untuk mengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022

Pekerja yang merupakan pemilih berdaftar dan dijadualkan bekerja pada sebelah siang bagi syif 12 jam hendaklah diberi masa yang munasabah untuk mereka mengundi pada hari pengundian 19 November 2022. - Bernama

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

PRK DUN Ayer Kuning: Pemuda UMNO ada calon, serah keputusan kepada pucuk pimpinan
Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan untuk melobi calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.

"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.