KLUANG: Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap seorang pekerja binaan atas kesalahan menggunakan wang palsu untuk berbelanja pada awal bulan ini.
Hakim Mujib Saroji menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Lim Lai Kok, 53, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan wang kertas RM100 untuk membeli sebuah beg kulit berharga RM30 di sebuah kedai kasut di Taman Sri Tengah di sini pada jam 3.30 petang, 7 November lalu.
Pemilik kedai yang menyedari wang RM100 diberikan adalah wang palsu kemudian bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan pemeriksaan lanjut mendapati tertuduh turut memiliki sekeping lagi wang kertas RM100.
Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menggunakan wang palsu RM100 untuk membeli dakwat mesin pencetak di Jalan Lambak di sini jam 1.24 petang hari yang sama.
Bagi kedua-dua pertuduhan terbabit, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun jika disabit kesalahan.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Nabihah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sementara itu, dalam rayuannya, Lai Kok berkata, dia terpaksa melakukan perbuatan tersebut kerana terdesak akibat ketiadaan wang untuk perbelanjaan sekolah anak-anaknya selain keadaan kesihatan yang tidak baik.
Hakim kemudian memerintahkan tertuduh dihukum tiga tahun penjara di atas setiap pertuduhan dan hukuman berjalan dari tarikh dia ditangkap.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Nov 21 2021

Seorang pekerja binaan dipenjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di Kluang pada Ahad atas pertuduhan menggunakan wang palsu untuk berbelanja pada 7 November lalu. -Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tiga lelaki warga Sierra Leone didakwa miliki wang kertas palsu
Tiga lelaki warga Sierra Leone mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki empat keping wang kertas palsu US$100, tiga minggu lepas.

Polis tahan tiga warga Sierra Leone dalang sindiket wang palsu
Cubaan tiga warga Sierra Leone menjual wang palsu dolar Amerika Syarikat (USD) kepada pembeli tempatan gagal, selepas diberkas polis dalam serbuan di ibu negara.

Lelaki warga emas dipenjara 10 bulan, miliki wang Amerika Syarikat palsu
Seorang lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki 12 keping wang kertas Amerika Syarikat palsu berjumlah US$1,200 tiga bulan lepas.

'Duit ini betul atau tidak, peniaga tak nak terima'
Gara-gara wang kertas yang ditandatangani Gabenor Bank Negara baharu, seorang peniaga kedai didakwa menolak untuk menerima duit tersebut daripada pelanggan untuk tujuan urusan jual beli di daerah ini.

Lelaki jual telefon bimbit dibayar dengan wang palsu RM1,700
Seorang lelaki menjadi mangsa penipuan jual beli menggunakan wang palsu selepas menjual telefon bimbitnya kepada seorang wanita, minggu lepas.

Suami isteri didakwa miliki 53 keping wang palsu
Mengikut pertuduhan, pasangan itu tahu 53 keping wang kertas RM100 yang dimiliki mereka adalah palsu.

Pekerja warung mengaku tidak bersalah guna wang palsu
Seorang pekerja warung mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menggunakan wang palsu awal bulan ini.

Dua rakan dicekup beli kucing Parsi guna wang palsu
Keghairahan dua rakan membeli dua ekor kucing Parsi bernilai RM2,600 dengan menggunakan nota wang palsu membawa padah apabila mereka berjaya dicekup pasukan polis.

Pekerja binaan dipenjara enam tahun guna wang palsu
Tertuduh berkata dia terpaksa melakukan perbuatan tersebut kerana terdesak akibat ketiadaan wang untuk perbelanjaan sekolah anak-anaknya selain keadaan kesihatan yang tidak baik.

Pelanggan bayar tambah nilai guna wang palsu
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.