Jika mengambil pekerja asing, pasti golongan majikan itu akan 'dihentam', kononnya tidak memberi peluang pekerjaan tersebut kepada warga tempatan.
Namun apabila peluang itu dibuka kepada warga tempatan, kurang pula sambutan dan penyertaannya.
Jadi apakah sebenarnya pilihan yang ada bagi seorang majikan? Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Noorul Hassan Saul Hameed berkongsi pengalamannya menggaji pekerja asing dalam sektor restoran.
Kebergantungan pekerja asing dalam sektor restoran