KUALA LUMPUR: Pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan menzahirkan kesyukuran dengan berita gembira pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM200 kepada mereka yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Mereka menyifatkan bantuan berkenaan sebagai bukti kesungguhan dan kepekaan Kerajaan Persekutuan dalam mengutamakan kebajikan pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan sekali gus membantu meringankan beban golongan itu dalam membuat persiapan menyambut lebaran.
Di KEDAH, pesawah terutama yang terjejas akibat bencana banjir dan kejadian tanah jerlus di negeri itu baru-baru ini menyifatkan bantuan tambahan khas itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka.
Pesawah dari Kampung Titi Haji Idris, Pendang di sini, Jamaludin Mahmud, 67, yang juga mangsa bencana itu berkata dia lega dengan bantuan khas berkenaan kerana dapat mengurangkan tekanan kewangan kerana pendapatan hasil sawah terjejas akibat banjir.
Ahmad Abu Bakar, 72, dari Taman Impian, Alor Setar yang sudah mengusahakan sawah lebih 40 tahun berkata bantuan itu dapat dimanfaatkan untuk membeli barangan keperluan termasuk persiapan serta kelengkapan menyambut Aidilfitri.
Di NEGERI SEMBILAN, Othman Parman, 67, antara peneroka yang menerima manfaat berkenaan turut berharap jumlah bantuan khas itu dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa bersesuaian dengan trend kos sara hidup kini semakin meningkat.
"Saya berterima kasih dengan bantuan tersebut, kita harapkan semua penoreh getah dapat merasai bantuan khas itu, saya menoreh kebun sendiri, jadi mereka yang menoreh getah orang lain juga diharapkan menerima bantuan itu kerana pendapatan mereka lebih terhad," katanya yang berasal dari Jempol.
Senada denganya, penoreh Jamal Borhan, 51, turut mengharapkan kadar bantuan tersebut dapat dinaikkan pada masa akan datang terutamanya bagi membantu penoreh getah yang mempunyai keluarga besar.
Golongan nelayan di TERENGGANU yang turut menerima manfaat bantuan khas kewangan Aidilfitri itu berkata ia bukan sahaja membantu untuk persiapan menyambut hari perayaan malah ada yang menggunakannya bagi membeli barangan keperluan persekolahan anak-anak.
Bagi nelayan pantai, Kamaruddin Osman, 58, yang terjejas berikutan musim tengkujuh beberapa bulan lepas, bantuan itu membolehkannya membeli kelengkapan persekolahan anak-anak.
"Empat bulan tanpa pendapatan dan tiba-tiba bulan Mac kena belanja besar untuk sekolah tiga anak. Memang terduduk juga kerana semua anak di sekolah menengah, terpaksa harapkan duit isteri yang buat kuih sikit-sikit hantar ke kedai," katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Maras di sini, hari ini.
Perdana Menteri ketika mengumumkan khabar gembira itu semalam berkata, bantuan berkenaan bakal memberi manfaat kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan yang menelan belanja RM170 juta ringgit.
Dalam Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan RM300 sebulan kepada nelayan dan RM200 sebulan untuk pesawah padi bagi tempoh tiga bulan semusim, serta menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan kepada pekebun kecil getah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023

Bantuan berkenaan dapat membantu meringankan beban golongan itu dalam membuat persiapan menyambut lebaran. - Gambar hiasan/Reuters

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pekebun kecil getah, pesawah, nelayan bersyukur dapat 'duit raya'
Bantuan berkenaan dapat membantu meringankan beban golongan itu dalam membuat persiapan menyambut lebaran.

Kelantan beri bantuan Aidilfitri RM700 kepada penjawat awam
Kelantan hari ini mengumumkan pemberian bantuan raya RM700 kepada penjawat awam dan lantikan politik di negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Negeri Perak
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran, tahlil dan doa selamat diikuti bacaan doa berbuka puasa yang dihadiri lebih 300 jemaah.

Bantuan khas Aidilfitri RM1,000 untuk penjawat awam di Perak
Bantuan khas itu diharap sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban penjawat awam yang terkesan akibat pelaksanaan PKP.