IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan 2021 di Masjid Sultan Idris Shah II di sini malam tadi.
Turut berangkat, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Datuk Seri Mohd Annuar Zaini dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Yusop Husin serta barisan exco kerajaan negeri.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran, tahlil dan doa selamat diikuti bacaan doa berbuka puasa yang dihadiri lebih 300 jemaah.
Baginda turut berkenan menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum berangkat ke majlis santapan di pekarangan masjid berkenaan.
Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan bantuan hari raya daripada dana zakat MAIPk berjumlah RM7.8 juta kepada penghulu-penghulu daerah di seluruh Perak untuk diagihkan kepada 31,296 penerima.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 28 2021

Sultan Nazrin berkenan beramah mesra bersama para tetamu ketika berangkat tiba pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, malam tadi. --fotoBERNAMA
RUU Perkhidmatan Parlimen: Buka ruang kepada lebih banyak Jawatankuasa Pilihan, Usul Persendirian - Penganalisis
Pengarah Eksekutif Institut Reformasi Politik & Demokrasi (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan berkata Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan membuka peluang kepada penubuhan lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas. Manakala, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berpandangan RUU ini akan beri peluang kepada lebih banyak usul persendirian diangkat dalam Dewan Rakyat untuk dibahaskan.
RUU Perkhidmatan Parlimen: Pastikan pegawai kerajaan tidak takut-takut bantu wakil rakyat pembangkang - Penganalisis
Pengarah Eksekutif Institut Reformasi Politik & Demokrasi (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan berkata Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen memberi kuasa kepada parlimen untuk menentukan perbelanjaan dan perjawatan institusi berkenaan. Lanjutan itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub menjelaskan, RUU berkenaan juga memastikan setiap pegawai kerajaan membantu semua wakil rakyat dengan mandat yang jelas, tanpa takut dan bimbang. #AgendaAWANI
Wanita ditemukan maut dalam bilik, dipercayai dibunuh
Seorang wanita berusia 52 tahun ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Seri Pokok Mangga, Melaka pada Ahad.
MB Kelantan jumpa PM bincang kerjasama demi rakyat
Perdana Menteri hari ini menerima kunjungan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud bagi membincangkan tentang usaha menambah baik kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Gula-gula kenyal masih dijual di pasaran, CAP minta haramkan terus
Menurut CAP, berdasarkan tinjauan, pihaknya mendapati gula-gula seperti itu termasuk gummy mata masih dijual secara terbuka.

Kerajaan jamin perkhidmatan Tabung Haji terus berkualiti
Kerajaan memberi jaminan kualiti perkhidmatan Tabung Haji sempena musim haji kali ini tetap berkualiti walaupun jumlah petugas bagi rombongan haji tahun ini berkurangan lima peratus.
AWANI Borneo [24/2/2025] – Di seluruh negara | Air oh air | Kesalinghubungan
AWANI Borneo Isnin, 24 Februari 2025 bersama Jasmine Abu Bakar.
RM22 Bilion Diperuntuk Bagi Rancangan Tebatan Banjir.
Segera bertindak selesaikan krisis air Sandakan.
AirBorneo pemacu transformasi udara serantau.
RM22 Bilion Diperuntuk Bagi Rancangan Tebatan Banjir.
Segera bertindak selesaikan krisis air Sandakan.
AirBorneo pemacu transformasi udara serantau.

Perangi rasuah, hentikan budaya minta komisen - MB Negeri Sembilan
Penjawat awam di Negeri Sembilan diingatkan tidak berkompromi dengan mana-mana salah laku integriti selain perlu menghentikan budaya meminta komisen yang menggunakan alasan tabung kebajikan.
ASEAN 2025 | 24 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Kejayaan ditentukan pada hari pengundian - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengingatkan ahli partinya agar tidak leka dan terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Hospital UTAR di Kampar
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampar.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Menara Hasil LHDN Teluk Intan
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Menara Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Teluk Intan.

Sultan Nazrin lancar buku berkaitan sejarah PDRM pertahan keamanan negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini berkenan melancarkan buku yang memaparkan sejarah dan pencapaian Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sultan Nazrin berkenan rasmi Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah.

Perlakuan rasuah ketika ini amat mengaibkan negara - Sultan Nazrin
Perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.

“Jangan ambil mudah soal pembangunan negara” - Sultan Nazrin
Dunia memerlukan pendekatan pembangunan baharu yang berani dan inovatif untuk menangani kemelut yang semakin kompleks.

Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.

Sultan Nazrin lancar buku Tun Abdul Razak mengenai visi untuk Malaysia
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku bertajuk Tun Abdul Razak: Imagining Malaysia's Future Through His Lenses.

Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin
Apabila agama dan kaum dijadikan 'mata wang yang sah' untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang keterlaluan semakin dicetuskan, titah Sultan Nazrin.