KOTA BHARU: Seorang pegawai polis cedera ringan selepas sebuah van membawa Orang Kena Tuduh (OKT) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai ke Mahkamah Kota Bharu terlibat dalam kemalangan di Kampung Beta Hulu, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata kemalangan berlaku pada 9.40 pagi ketika kenderaan itu membawa pegawai polis lelaki tersebut bersama tiga anggota dan dua OKT untuk urusan pertuduhan di Mahkamah Kota Bharu.
"Tiba di tempat kemalangan, sebuah kenderaan jenis Toyota Inova yang dipandu oleh remaja perempuan berusia 19 tahun telah keluar secara mengejut dari simpang sebelah kiri haluan hala ke Kota Bharu seterusnya menyebabkan berlaku kemalangan.
"Akibat kemalangan itu, remaja perempuan tersebut mengalami kecederaan di bahagian kaki. Pemandu van polis tidak mengalami kecederaaan namun seorang pegawai cedera ringan di bahagian tangan kiri, manakala dua OKT juga tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Abdul Rahim Daud berkata kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021
Abdul Rahim Daud berkata kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar fail
Nahas KM204: Polis temukan rim besi dipercayai milik tayar lori punca kemalangan
Polis telah menemukan komponen rim besi yang dipercayai berasal daripada tayar lori yang menjadi punca kemalangan.
Penunggang motosikal meninggal dunia selepas tujuh hari bertarung nyawa
Mangsa berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 5.42 petang di hospital berkenaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
1. Polis tolak permohonan penganjuran himpunan di Istana Kehakiman
2. SPRM reman lelaki disyaki terlibat kes rasuah pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom
3. Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
1. Polis tolak permohonan penganjuran himpunan di Istana Kehakiman
2. SPRM reman lelaki disyaki terlibat kes rasuah pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom
3. Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Seorang maut, 35 cedera dalam letupan di Pakistan
Lapan individu yang cedera berada dalam keadaan kritikal manakala yang lain dilaporkan stabil.
Bunuh isteri gara-gara video TikTok
Suspek menampar pipi mangsa berkali-kali, selain memukulnya di bahagian kepala, badan dan paha selain menghentak kepala mangsa pada dinding.
Pakar bedah AS gesa amaran kanser untuk minuman alkohol
Minuman beralkohol disarankan untuk menyertakan amaran tentang risiko kanser pada labelnya.
70 rakyat Palestin syahid di Gaza dalam sehari
Serangan ini berlaku ketika usaha diplomasi sedang giat dilaksanakan untuk mencapai gencatan senjata.
Warga Myanmar hilang dibawa arus deras di Kelantan
Seorang lelaki warga Myanmar berusia 50 tahun dipercayai hilang selepas dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Kuala Nal, Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan pada Jumaat.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang di rumah rakit, Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut, pada Sabtu petang.
Pemimpin Israel diekori, didesak bebaskan tebusan
Kejadian itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari rumahnya ke sebuah rumah ibadat.
Pegawai polis cedera ringan van bawa OKT ke mahkamah terlibat kemalangan
Seorang pegawai polis cedera ringan selepas sebuah van membawa OKT dari IPD Kuala Krai ke Mahkamah Kota Bharu terlibat dalam kemalangan di Kampung Beta Hulu.