SHAH ALAM: Seorang Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menerima sebuah kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire 2.5, enam tahun lepas.
Feroz Hanif Mohamed Ahmad, 47, sebagai seorang penjawat awam didakwa menerima untuk dirinya kenderaan itu yang bernilai RM325,000 daripada pengurus sebuah syarikat untuk perkara yang diketahui ada kaitan dengan tugas rasminya.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di pusat jualan kenderaan di Kampung Kayu Ara, Damansara Utama pada 14 April 2017.
Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim Rozilah Salleh membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di Pejabat SPRM berdekatan setiap awal bulan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Fadhly Mohd Zamry manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan.
Mahkamah menetapkan 24 Mac ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di pusat jualan kenderaan di Kampung Kayu Ara, Damansara Utama pada 14 April 2017. - Gambar hiasan

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (13 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penentuan bayaran perundingan GP swasta pada peringkat akhir - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam peringkat akhir perbincangan bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi penentuan bayaran perundingan pegawai perubatan am (GP) swasta.

Warga emas hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi ditemukan maut
Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik sebuah hotel di sini hari ini, selepas dilaporkan hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi pada Selasa lepas.

LHDN, MyDigital ID perkukuh kerjasama ke arah kelestarian pendigitalan negara
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan MyDigital ID Sdn Bhd memperkukuh kerjasama dalam pembangunan serta memperluas penggunaan identiti digital di Malaysia.
Tumpuan Jumaat – 14 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Hampir 80 peratus pekebun kecil minyak sawit tempatan patuh peraturan EUDR - Johari
Kira-kira 70 hingga 80 peratus pekebun kecil kelapa sawit tempatan telahpun mematuhi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Wanita dan inovasi digital: Meningkatkan penyertaan, memacu perubahan
Kedutaan Belanda di Kuala Lumpur menghimpunkan pakar dan aktivis bagi membincangkan peranan wanita dalam landskap digital dan teknologi yang semakin berkembang.

Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi perkukuh kualiti hidup komuniti setempat
Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi di daerah Seberang Perai Selatan, dijangka dapat memberi kesan positif jangka panjang terutamanya dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk.

MBSA peruntuk RM150 juta atasi isu banjir di Setia Alam
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperuntukkan RM150 juta untuk Pelan Tebatan Banjir Setia Alam bagi menyelesaikan masalah banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan itu sejak 2021.

MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan
MBSA hanya membenarkan jualan mercun dan bunga api di empat bazar Ramadan di bawah kendaliannya sepanjang Ramadan kali ini.

Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.

Permainan gelongsor air kaca di i-City tiada kelulusan MBSA
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung baru-baru ini masih belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Tidak boleh jual daging babi, makanan tidak halal di pasar malam - MBSA
Wakil MBSA menegaskan, penjualan daging babi tidak boleh dilakukan di kawasan terbuka terutama di kawasan pasar malam.

Air pasang besar: MBSA minta orang ramai lebih berhati-hati, siap sedia
Dijangka paras air di Stesen Pelabuhan Klang akan melebihi para 5.5 meter hingga 5.8 meter dalam tempoh empat hari tersebut.

Video tular peniaga cuci kuali guna air longkang bukan di Shah Alam - MBSA
Tindakan segera diambil dengan mengenal pasti lokasi gerai dan semakan mendapati ia bukan berada di bawah kawasan pentadbiran pihaknya.

TERKINI: Buaya masih bebas, Taman Tasik Shah Alam Seksyen 7 ditutup sementara
Kawasan sekitar Taman Tasik Shah Alam di Seksyen 7 ditutup sementara mulai malam ini bagi memberi laluan kepada operasi menangkap buaya oleh PERHILITAN Selangor.

Operasi tangkap buaya, kawasan sekitar Tasik Shah Alam Seksyen 7 ditutup sementara
Langkah ini diambil bagi memastikan keadaan sekeliling yang lebih sunyi semasa operasi selain memastikan keselamatan orang awam dan mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Perhilitan pantau kehadiran buaya di tasik Shah Alam
Perhilitan pantau kehadiran buaya di Tasik Shah Alam