KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Majlis Belia Felda Malaysia, Jabatan Pembangunan Komuniti Felda dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan bekerjasama mengumpul data penagih dadah di 317 penempatan rancangan Felda di seluruh negara.
Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pengumpulan data yang dikelola oleh JSJN perlu dilaksanakan sebelum tindakan lanjut secara sistematik dan berkesan diambil bagi mengatasi masalah penagihan dadah di kawasan Felda.
"Kolaborasi yang ditambah baik ini akan dapat meluaskan kawasan pencegahan di Felda dengan melihat kategori penagih dadah sama ada ditahan atau diserah kepada AADK.
"Kami juga akan menjalankan program penerangan di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi mendekati golongan belia serta remaja di kawasan Felda supaya menolak dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Beliau juga berkata hasil Op Tapis Khas 1 dan Op Tapis Khas 2 yang tertumpu di penempatan rancangan Felda sebelum ini memberikan gambaran jelas bahawa isu dadah di kawasan itu memerlukan kerjasama semua pihak terutama ahli keluarga yang dapat mengesan kelainan tingkah laku menjurus kepada pengambilan dadah.
Ayob Khan berkata JSJN akan memberi komitmen sepenuhnya dalam meneruskan operasi dan usaha mengatasi isu dadah selari dengan misi utama jabatan itu bagi membanteras kegiatan penyeludupan, pengedaran serta pemprosesan dadah di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 03 2022
Ayob Khan berkata pengumpulan data yang dikelola oleh JSJN perlu dilaksanakan sebelum tindakan lanjut secara sistematik dan berkesan diambil. - Gambar/ Bernama
Apa yang merisaukan rakyat Malaysia?
Tahap keyakinan dan kerisauan utama rakyat Malaysia. Sumber : Kenyataan Media IPSOS.
Dialog Tiga Penjuru: Trump 2.0, Apa Nasib Gaza?
Donald Trump kembali ke White House, sejauh mana janji untuk menghentikan perang ke atas Gaza dapat direalisasikan atau sekadar retorik? Apa pula tumpuan Sidang Kemuncak Tergempar Negara Arab-Islam di Riyadh 11 November ini? Cadangan resolusi penyingkiran Israel daripada UN, adakah semudah dijangka? Dialog Tiga Penjuru Khamis 8.30 malam
Polis bunuh pelajar: Analisis kimia dapati motosikal berlanggar dengan Ativa
Analisis itu mendapati terdapat perpindahan bahan bukti yang diambil daripada kedua-dua kenderaan berkenaan.
Sanusi mohon maaf, akui hubungan Kedah-Pusat bertambah baik
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui hubungan antara kerajaan negeri pimpinannya dengan Kerajaan Persekutuan bertambah baik terutama membabitkan projek-projek pembangunan di negeri Jelapang Padi demi manfaat keseluruhan penduduknya.
Dua beranak maut ditikam di kawasan apartmen
Dua beranak maut ditikam seorang lelaki dalam kejadian di sebuah apartmen di Lengkok Angsana, Ayer Itam, Pulau Pinang pada Khamis.
Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, suami masih di dalam
Selepas dua jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Pantau Agenda Reformasi: Pasca kemenangan Trump | Navigasi ASEAN dalam era baharu AS
Ann Francke, CEO Chartered Management Institute, membincangkan implikasi pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap ASEAN. Francke memberikan pandangan tentang pendekatan strategik yang boleh diambil oleh negara-negara ASEAN untuk menghadapi cabaran dan peluang yang dibawa oleh pentadbiran baharu AS.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
JS-SEZ dijangka ditandatangani 9 Disember depan - Onn Hafiz
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di antara Malaysia dengan Singapura dijangka ditandatangani pada 9 Disember depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Op Tapis Khas: Polis Johor tahan 373 individu
Polis menahan 373 individu kerana disyaki terlibat aktiviti penagihan dan pengedaran dadah, menerusi Op Tapis Khas di seluruh Johor pada Rabu lepas hingga semalam.
PDRM kumpul data penagih kawasan Felda, rancang operasi sistematik
Ayob Khan berkata pengumpulan data yang dikelola oleh JSJN perlu dilaksanakan sebelum tindakan lanjut secara sistematik dan berkesan diambil.
AADK sedia bantu remaja yang ditangkap kerana cuba curi tabung masjid
Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang remaja dimandikan seperti 'jenazah' kerana cuba mencuri tabung masjid.
Ketua Polis Negara bimbang penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota polis, penjawat awam
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan bahawa terdapat 200 anggotanya terbabit dalam aktiviti penagihan manakala lebih 40 yang lain memiliki dadah.
Polis Kedah gempur sarang dadah di Langkawi
Operasi yang dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Langkawi dan dibantu AADK Langkawi berjaya menahan 80 penagih serta pengedar.
Wanita sarat mengandung, menyusu bayi, janda, 'pengkid' antara ditahan positif dadah
Seorang janda yang positif dadah jenis methamphetamine didapati masih menyusukan anak bongsunya.
'Penagihan dadah perlu dirawat, bukan tindakan undang-undang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan akan melihat penagihan dadah dari perspektif penyakit yang perlu dirawat dan bukan dikenakan tindakan undang-undang.
Program pemulihan dadah: Bukan gagal tapi kurang peruntukan - AADK
Agensi Anti Dadah Kebangsaan mengakui menghadapi banyak kekangan dalam membasmi masalah penagihan dadah, termasuk kekurangan peruntukan.
Janda, empat beradik antara ditahan AADK
Seorang janda anak satu berusia 21 tahun dan empat anggota keluarga termasuk bapanya yang menjadikan rumah mereka sebagai sarang penagihan dadah ditahan AADK awal hari ini.
Lebih 2,000 pelajar sekolah menengah dan rendah terlibat dadah
Lebih 2,000 pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh negara dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah di negara ini.