JOHOR BAHRU: Polis menahan 373 individu kerana disyaki terlibat aktiviti penagihan dan pengedaran dadah, menerusi Op Tapis Khas di seluruh Johor pada Rabu lepas hingga semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua individu yang ditahan, terdiri daripada 355 lelaki dan 18 wanita berusia 18 hingga 70 tahun.
"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 3(1) ADB (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi berkenaan turut menahan 63 individu berstatus orang dikehendaki dan 28 tokan dadah.
Katanya dalam operasi itu juga polis merampas heroin seberat 143.37 gram (g), syabu (107.98g), ganja (97.94g) dan pil erimin 5 (empat biji).
"Kesemua dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM20,772.95 dan jumlah dadah ini jika berterusan berada di pasaran, boleh digunakan seramai 1,358 orang penagih," katanya.
Kamarul Zaman berkata sejak 1 Jan hingga semalam, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor telah menahan 8,383 orang atas pelbagai kesalahan dadah dan merampas 2.27 tan dadah bernilai RM10.40 juta.
Menurut beliau dalam tempoh itu juga, seramai 170 tokan dadah telah ditangkap, iaitu peningkatan sebanyak 86.81 peratus berbanding 91 tokan dadah pada tempoh sama tahun lepas.
Sebarang maklumat berkenaan penyalahgunaan dadah di Johor orang ramai boleh terus menghubungi hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di talian 012-2087222.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 30 2022

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua individu yang ditahan, terdiri daripada 355 lelaki dan 18 wanita berusia 18 hingga 70 tahun. - Gambar fail/BERNAMA
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Polis tahan 5,791 individu, rampas dadah dan kenderaan dianggar RM1.55 juta
Operasi membabitkan lebih 2,200 pegawai dan anggota jabatan itu turut merampas 128.3 kilogram serta lebih 16,000 liter pelbagai jenis dadah.

Polis Kelantan tahan suami isteri, rampas dua pistol
Polis merampas dua pistol dan menahan empat individu termasuk satu pasangan suami isteri dalam serbuan Ops Tapis Khas di Pasir Mas dan Tumpat, semalam.

318 penagih, pembekal dadah ditahan di Johor dalam tempoh 2 hari
Seramai 318 individu ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan penyalahgunaan dadah di Johor dalam Op Tapis Khas yang dijalankan selama dua hari, bermula 21 Jun.

Op Tapis Khas: Dadah bernilai lebih RM3.5 juta dirampas dalam tempoh tiga hari
Dalam operasi selama tiga hari itu, polis dalam masa sama berhasil menahan 942 tokan dadah yang turut melibatkan remaja bawah umur.