KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas sejumlah 212.6 kilogram (kg) dan 1,199.2 liter pelbagai jenis dadah dianggar bernilai lebih RM3.5 juta, selepas menahan 5,200 orang menerusi Op Tapis Khas di seluruh negara dari 21 hingga 23 Jan.
Pengarah JSJN Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka yang ditahan dalam operasi bersama polis kontinjen negeri-negeri itu, terdiri daripada 4,987 lelaki dan 213 wanita berumur lingkungan 13 hingga 60 tahun.
"Dalam operasi selama tiga hari itu, polis dalam masa sama berhasil menahan 942 tokan dadah yang turut melibatkan remaja bawah umur. Seramai 129 suspek merupakan warga asing. Operasi sama itu turut menggempur 367 sarang penagih," katanya pada sidang media JSJN di Bukit Aman, hari ini.
Beliau berkata kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 39B, 39A(2), 39A(1), 39C, 12(2), dan 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, selain Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya Langkah- langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.
Ayob Khan berkata polis turut merampas satu senjata api 'Revolver' dalam operasi di Perak, selain senapang buatan sendiri masing-masing di Sarawak dan Negeri Sembilan, berserta beberapa butir peluru.
Turut disita wang tunai berjumlah RM333,766; barang kemas bernilai RM41,540; 34 kenderaan bernilai RM1.58 juta; dan 69 motosikal bernilai RM391,700.
Ayob berkata operasi itu akan diteruskan di semua kontinjen, di samping Program Jihad Dadah dalam usaha membanteras ancaman dadah dalam kalangan masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022

Ayob Khan berkata, dalam operasi selama tiga hari itu, polis dalam masa sama berhasil menahan 942 tokan dadah yang turut melibatkan remaja bawah umur. - Bernama

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Polis rekod RM95 juta kerugian jenayah komersial di Pahang pada 2024
Sebanyak 2,263 kes jenayah komersial direkodkan di negeri ini melibatkan kerugian berjumlah RM95 juta pada tahun lepas.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Op Tapis Khas: Dadah bernilai lebih RM3.5 juta dirampas dalam tempoh tiga hari
Dalam operasi selama tiga hari itu, polis dalam masa sama berhasil menahan 942 tokan dadah yang turut melibatkan remaja bawah umur.

Dicekup bersama lebih 600g syabu, wanita berdepan hukuman gantung
Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, wanita berumur 20 tahun itu dicekup bersama 615.61 gram dadah jenis syabu.

Polis tahan pemandu lori, rampas dadah bernilai RM171,000
Dadah yang dirampas dalam serbuan pada pukul 7.30 malam itu terdiri daripada 2.7 kilogram heroin, 59 gram methamphetamine serta tiga batang pokok ganja.