Seorang janda anak satu berusia 21 tahun dan empat anggota keluarga termasuk bapanya yang menjadikan rumah mereka sebagai sarang penagihan dadah ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) awal hari ini.
Ketua AADK Daerah Baling, Mohamad Nasir Md Radzi berkata, serbuan tersebut dilakukan di kediaman keluarga itu di Kampung Carok Machang, Kuala Ketil sekitar pukul 1 pagi menerusi Op Cegah.
Empat beradik berusia antara 18 hingga 28 tahun berjaya dicekup manakala bapa mereka berusia lingkungan 40-an yang juga disyaki penagih dadah sempat melarikan diri.
"Lima sekeluarga yang terdiri daripada seorang bapa dan empat anaknya iaitu tiga lelaki berusia 18, 23 dan 28 tahun serta anak perempuan berumur 21 tahun itu dipercayai menagih dadah jenis opiat dan methamphetamine sejak dua hingga tiga tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan.
Serbuan di rumah tersebut turut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang merupakan anak wanita berkenaan.
"Empat beradik yang merupakan penganggur ini menjadikan rumah mereka sebagai sarang untuk menagih dadah dan kegiatan itu dikatakan mengganggu ketenteraman awam selain berlaku kes kecurian di kawasan sekitar," katanya.
Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah dan mereka ditahan di Pusat Tahanan Reman AADK dan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 pindaan 1998.
Dalam operasi itu, turut ditahan lima lagi individu disyaki penagih dadah berusia antara 18 hingga 30 tahun di sekitar Kuala Ketil, Kampung Carok Machang, Kampung Ketemba dan Kampung Bukit Tinggi di Kupang.
"Empat daripada mereka positif dadah jenis morfin dan methamphetamine manakala seorang lagi negatif dan dibebaskan," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 17 2018
Serbuan tersebut dilakukan di kediaman keluarga itu di Kampung Carok Machang, Kuala Ketil sekitar pukul 1 pagi menerusi Op Cegah.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Hampir 9,000 notis dikeluarkan dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan
Hampir 9,000 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan susulan pemeriksaan terhadap 32,178 kenderaan perdagangan dan lain-lain kenderaan, dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
AADK tidak kompromi petugas terlibat pelanggaran integriti
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) terhadap petugasnya.
Komuniti MADANI berperanan jadi perantara kerajaan dan rakyat
Komuniti MADANI berperanan sebagai perantara bagi kerajaan dan rakyat dalam usaha memastikan dasar dan polisi yang ingin dilaksanakan selaras dengan keperluan dan kepentingan rakyat.
Keluarga tempat rujukan utama klien - AADK
Ini kerana keluarga adalah tempat rujukan utama klien dalam mendapatkan kepulihan sepanjang hayat.
Doa buat Mamat tidak pernah putus untuk kembali ke pentas - Exists
Doa buat vokalis kumpulan Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, agar beliau dapat kembali beraksi di pentas tidak pernah putus.
AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah bersiap sedia dalam segala aspek sejurus Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 diwartakan kelak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Julai 2024.
Penyalahgunaan ketum dan undang-undang
AADK ingin menekankan penyalahgunaan ketum atau bahan psikoaktif mitragynine memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria (khayal) yang boleh menyebabkan ketagihan.
AADK guna 11 alat saringan dan penilaian
AADK menggunakan 11 alat saringan dan penilaian bagi menilai seseorang penagih atau penyalah guna dadah dan bahan terlarang justeru tidak tertumpu pada saringan air kencing semata-mata.
Pindaan RUU Akta Penagih Dadah bawa semangat nyah jenayah penagih, penyalah guna
Beliau berkata perkara itu selari dengan prinsip kerajaan dan dunia menerusi United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC).