BUTTERWORTH: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sedang berusaha memulihkan kebocoran pada saluran paip di dasar Sungai Perai bagi memastikan pengguna yang masih terjejas dengan gangguan air memperoleh semula bekalan mengikut tempoh ditetapkan.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata ketika ini hanya kerja-kerja pembaikan di lokasi terbabit yang belum selesai daripada keseluruhan 22 lokasi pembaikan sampingan yang dilakukan PBAPP di seluruh negeri itu, tetapi ia sudah mencapai tahap 50 peratus.
Beliau berkata kerja pembaikan utama membabitkan penukaran dua injap berdiameter 1,200 milimeter (mm) di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua telah siap malam tadi, lebih awal daripada yang dijadualkan.
"Kebocoran itu berlaku di bawah dasar sungai, jadi mereka (PBAPP) terpaksa menggunakan penyelam untuk membuat kerja baik pulih sebab itu ia mengambil sedikit masa. Ketika ini memang PBA sedang berusaha sebaik mungkin dan saya yakin ia dapat diselesaikan mengikut tempoh dirancang.
"Menurut PBAPP setakat ini 60 peratus merangkumi 350,000 akaun pengguna sudah dipulihkan, jadi saya berharap yang selebihnya itu dapat bersabar kerana garis waktu yang ditetapkan untuk bekalan pulih sepenuhnya adalah 96 jam," katanya selepas mengadakan tinjauan kerja-kerja penggantian injap kawalan dan kerja pembaikan sampingan di LRA Sungai Dua di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K. Pathmanathan dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Charles Anthony Santiago.
Akmal Nasrullah berkata SPAN telah meluluskan permohonan kerja pembaikan di LRA Sungai Dua dan kerja penyelenggaraan sampingan berjadual kepada PBAPP pada 12 Dis lepas, selaras garis panduan pengurangan pemberhentian bekalan air di bawah Seksyen 54 dan Seksyen 55 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Beliau berkata kerja itu perlu dilaksanakan kerana ia telah menjejaskan operasi pengepaman air terawat di LRA dan menyebabkan kehilangan kadar air tidak terhasil yang tinggi.
PBAPP sebelum ini memaklumkan, sebanyak 590,000 pengguna di seluruh Pulau Pinang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual bermula 6 pagi semalam hingga 6 pagi Ahad ini bagi memberi laluan kepada kerja penggantian dua injap di LRA Sungai Dua serta kerja sampingan di 22 lokasi lain di seluruh negeri ini.
Sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam, manakala 157 kawasan membabitkan daerah SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam.
--BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024
Akmal Nasrullah mengadakan sidang akhbar selepas meninjau kerja-kerja penggantian injap kawalan yang bocor di Loji Rawatan Air (LRA) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Sungai Dua hari ini. - Foto Bernama
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
85 peratus pengguna di SPT, SPS terima bekalan air pagi ini - PBAPP
85 peratus daripada 118,000 pengguna yang terjejas gangguan bekalan air berjadual di Daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sejak 4 Okt lepas, mendapat semula bekalan setakat 10 pagi.
Pakej 12A LRA Sungai Dua bakal tambah kapasiti air di Pulau Pinang
Pakej 12A di LRA Sungai Dua dijangka meningkatkan kapasiti rawatan air Pulau Pinang sebanyak 114 juta liter sehari.
Paras air di dua empangan Pulau Pinang menyusut
Bacaan semasa yang direkodkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini menunjukkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam menyusut 1.2 peratus kepada 30.0 peratus.
Kurangkan 10 peratus penggunaan air sehingga September - PBAPP
PBAPP merayu kepada pengguna air domestik di negeri ini untuk mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus sehingga musim hujan September depan.
Kadar air domestik Pulau Pinang rasional- PBAPP
PBAPP menjelaskan bahawa kadar air domestik di negeri ini masih rasional dan munasabah meskipun tarif telah dinaikkan bermula tahun ini.
AIDAP 2024 bantu kekal kapasiti efektif Empangan Air Itam
PBAPP melaksanakan empat langkah kontingensi kejuruteraan bekalan air di bawah Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 bagi mengekalkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam.
Fasa dua MDEP bernilai RM72.5 juta diserahkan kepada Pulau Pinang
Kerajaan Persekutuan secara rasmi menyerahkan Fasa 2B Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Gangguan bekalan air berjadual di Barat Daya bermula Isnin malam - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berjadual dijangka berlaku bermula Isnin malam (29 Jan).
PBAPP akan pasang dua paip baharu untuk selesai isu di Sungai Perai
PBAPP akan memasang dua batang paip baharu di Sungai Perai sebagai penyelesaian sementara selepas saluran paip di dasar sungai itu dikesan mengalami kebocoran baharu.
Pemulihan bekalan air tahap kedua bermula 6 pagi - PBAPP
PBAPP memaklumkan pengguna di kawasan di bawah tahap kedua pemulihan bekalan air telah selesai mendapat bekalan air sepenuhnya pada pukul 6 pagi ini.