GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melaksanakan empat langkah kontingensi kejuruteraan bekalan air di bawah Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) bagi mengekalkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam sekurang-kurangnya sehingga musim hujan akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K.Pathmanathan berkata menerusi pelan itu pihaknya telah meminimumkan pelepasan air mentah dari Empangan Air Itam ke Loji Rawatan Air (LRA) Air Itam sebanyak 75 peratus setiap hari, daripada 44 juta liter sehari (JLH) kepada 11 JLH.
Beliau berkata langkah kedua ialah mengoptimumkan pengambilan air mentah dari muka sauk Utama dan muka sauk Tat, iaitu dua sumber air mentah lain untuk LRA Air Itam pada kadar 6 JLH.
"Ketiga mengurangkan penghasilan air terawat di LRA Air Itam pada kadar 66 peratus daripada 50 JLH kepada 17 JLH sehari.
"Langkah keempat pula, mengepam 33 JLH air terawat dari LRA Sungai Dua (Seberang Perai) ke kawasan perkhidmatan LRA Air Itam bagi menggantikan kekurangan 33 JLH dalam aliran keluar air terawat dari LRA Air Itam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pathmanathan berkata dalam tempoh 11 hari lepas termasuk hari kemuncak Tahun Baharu Cina, kapasiti efektif Empangan Air Itam telah menurun sebanyak 0.4 peratus iaitu kurang daripada 0.04 peratus sehari.
"Kapasiti efektif di empangan itu pada 5 Feb lepas adalah 32.8 peratus dan semalam, kadar yang direkodkan 32.4 peratus. Ini disebabkan pelaksanaan AIDP 2024," katanya.
Dalam pada itu, Pathmanathan berkata paras Sungai Muda ketika ini dilihat agak 'sihat' iaitu 2.02 meter (m) yang direkodkan semalam.
Beliau berkata kapasiti Empangan Muda dan Empangan Beris yang melepaskan air ke Sungai Muda, masing-masing mencatatkan 74.8 peratus dan 100 peratus.
Justeru, berdasarkan situasi itu beliau optimis PBAPP mampu mengekalkan langkah kecemasan AIDAP 2024 untuk tempoh 30 hingga 60 hari akan datang.
Berkaitan cuaca panas ketika ini, Pathmanathan berkata biarpun AIDAP 2024 bertujuan meningkatkan kapasiti efektif Empangan Air Itam secara beransur-ansur, taburan dengan hanya 1.5 milimeter (mm) taburan hujan sejak 1 Feb lepas selain peningkatan suhu hingga 36 darjah Celsius telah menyebabkan purata aliran masuk air ke empangan itu kurang daripada biasa iaitu 15 JLH.
"Aliran (air) masuk empangan berubah-ubah antara 10 dan 12 JLH dari tiga muka sauk empangan iaitu muka sauk Balik Pulau, Sungai Tepi dan Sungai Pinang Barat dan hasilnya, kapasiti efektif empangan menurun sedikit sebanyak 0.4 peratus dalam tempoh 5 hingga 16 Feb," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024

Pathmanathan berkata dalam tempoh 11 hari lepas termasuk hari kemuncak Tahun Baharu Cina, kapasiti efektif Empangan Air Itam telah menurun sebanyak 0.4 peratus iaitu kurang daripada 0.04 peratus sehari. - Gambar fail/Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air
Sebanyak 3,950 akaun pengguna PBAPP di Simpang Ampat, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Sabtu.

85 peratus pengguna di SPT, SPS terima bekalan air pagi ini - PBAPP
85 peratus daripada 118,000 pengguna yang terjejas gangguan bekalan air berjadual di Daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sejak 4 Okt lepas, mendapat semula bekalan setakat 10 pagi.

Pakej 12A LRA Sungai Dua bakal tambah kapasiti air di Pulau Pinang
Pakej 12A di LRA Sungai Dua dijangka meningkatkan kapasiti rawatan air Pulau Pinang sebanyak 114 juta liter sehari.

Paras air di dua empangan Pulau Pinang menyusut
Bacaan semasa yang direkodkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini menunjukkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam menyusut 1.2 peratus kepada 30.0 peratus.

Kurangkan 10 peratus penggunaan air sehingga September - PBAPP
PBAPP merayu kepada pengguna air domestik di negeri ini untuk mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus sehingga musim hujan September depan.

Kadar air domestik Pulau Pinang rasional- PBAPP
PBAPP menjelaskan bahawa kadar air domestik di negeri ini masih rasional dan munasabah meskipun tarif telah dinaikkan bermula tahun ini.

AIDAP 2024 bantu kekal kapasiti efektif Empangan Air Itam
PBAPP melaksanakan empat langkah kontingensi kejuruteraan bekalan air di bawah Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 bagi mengekalkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam.

Fasa dua MDEP bernilai RM72.5 juta diserahkan kepada Pulau Pinang
Kerajaan Persekutuan secara rasmi menyerahkan Fasa 2B Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Gangguan bekalan air berjadual di Barat Daya bermula Isnin malam - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berjadual dijangka berlaku bermula Isnin malam (29 Jan).

PBAPP akan pasang dua paip baharu untuk selesai isu di Sungai Perai
PBAPP akan memasang dua batang paip baharu di Sungai Perai sebagai penyelesaian sementara selepas saluran paip di dasar sungai itu dikesan mengalami kebocoran baharu.