GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) merayu kepada 593,255 pengguna air domestik berdaftar di negeri ini untuk mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus sehingga musim hujan September depan bagi mengelakkan berlakunya krisis air.
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K Pathmanathan berkata pengurangan 10 peratus dalam penggunaan domestik akan dapat membantu PBAPP menjimatkan 50 juta liter sehari (JLH).
"Jadi, jika setiap pengguna air domestik Pulau Pinang dapat mengurangkan 10 peratus penggunaan air, kita akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memastikan bekalan air mencukupi sehingga hujan tiba pada September depan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pathmanathan berkata taburan hujan yang rendah sejak Januari lepas telah menyebabkan penurunan kapasiti efektif di dua empangan utama selain menjejaskan pengeluaran air terawat yang sekali gus memberi kesan kepada operasi bekalan air di Pulau Pinang.
Semalam beliau berkata Empangan Air Itam mencatatkan kapasiti efektif rendah iaitu 41.1 peratus dan Empangan Teluk Bahang 31.9 peratus.
Pengeluaran air terawat lebih rendah turut dicatatkan di Loji Rawatan Air Terjun disebabkan oleh kekurangan air mentah dari Kawasan Tadahan Air (KTA) Air Terjun selain pengeluaran air terawat lebih rendah turut berlaku di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Pinang disebabkan kekurangan air mentah dari KTA Titi Kerawang.
"Kekurangan taburan hujan juga telah menyebabkan bacaan paras air bawah 2.0 meter di muka sauk Lahar Tiang Pulau Pinang selama 16 hari berturut-turut sejak 11 Julai lepas dengan kapasiti efektif Empangan Muda yang dibina untuk melepaskan air ke Sungai Muda turut menjunam kepada 9.9 peratus pada 25 Julai (Khamis).
"Bagaimanapun, mujur kapasiti efektif Empangan Beris di Kedah berada pada 60.2 peratus dan Kedah sedang melepaskan air ke Sungai Muda, manakala PBAPP juga melepaskan rizab Empangan Mengkuang Diperluas (EMD) setiap hari untuk menambah pengambilan air mentah dari Sungai Muda," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pathmanathan memberitahu bahawa PBAPP perlu mendapatkan air mentah yang mencukupi dari Sungai Muda dan melepaskan air daripada EMD untuk mengekalkan operasi pengeluaran air yang optimum di LRA Sungai Dua yang merupakan LRA terpenting Pulau Pinang.
Beliau berkata PBAPP sedang mengaktifkan pelan pengurusan krisis bagi meminimumkan kesan isu taburan hujan rendah serta memastikan Pulau Pinang mempunyai air yang mencukupi sehingga musim hujan tiba pada September.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K Pathmanathan berkata pengurangan 10 peratus dalam penggunaan domestik akan dapat membantu PBAPP menjimatkan 50 juta liter sehari (JLH). - Foto Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air
Sebanyak 3,950 akaun pengguna PBAPP di Simpang Ampat, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Sabtu.

85 peratus pengguna di SPT, SPS terima bekalan air pagi ini - PBAPP
85 peratus daripada 118,000 pengguna yang terjejas gangguan bekalan air berjadual di Daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sejak 4 Okt lepas, mendapat semula bekalan setakat 10 pagi.

Pakej 12A LRA Sungai Dua bakal tambah kapasiti air di Pulau Pinang
Pakej 12A di LRA Sungai Dua dijangka meningkatkan kapasiti rawatan air Pulau Pinang sebanyak 114 juta liter sehari.

Paras air di dua empangan Pulau Pinang menyusut
Bacaan semasa yang direkodkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini menunjukkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam menyusut 1.2 peratus kepada 30.0 peratus.

Kurangkan 10 peratus penggunaan air sehingga September - PBAPP
PBAPP merayu kepada pengguna air domestik di negeri ini untuk mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus sehingga musim hujan September depan.

Kadar air domestik Pulau Pinang rasional- PBAPP
PBAPP menjelaskan bahawa kadar air domestik di negeri ini masih rasional dan munasabah meskipun tarif telah dinaikkan bermula tahun ini.

AIDAP 2024 bantu kekal kapasiti efektif Empangan Air Itam
PBAPP melaksanakan empat langkah kontingensi kejuruteraan bekalan air di bawah Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 bagi mengekalkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam.

Fasa dua MDEP bernilai RM72.5 juta diserahkan kepada Pulau Pinang
Kerajaan Persekutuan secara rasmi menyerahkan Fasa 2B Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Gangguan bekalan air berjadual di Barat Daya bermula Isnin malam - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berjadual dijangka berlaku bermula Isnin malam (29 Jan).

PBAPP akan pasang dua paip baharu untuk selesai isu di Sungai Perai
PBAPP akan memasang dua batang paip baharu di Sungai Perai sebagai penyelesaian sementara selepas saluran paip di dasar sungai itu dikesan mengalami kebocoran baharu.